Puding Raja Kegemaranku

Waktu bulan puasa ni menu kegemaran aku ialah mi kari dan puding raja. Yummy…sedapnya. Puding raja tu resepi tradisional kerabat Diraja Pekan. Selalunya dihidangkan pada majlis-majlis rasmi istana pada zaman dahulu. Tetapi sekarang, bila-bila masa sahaja boleh makan. Dah namanya puding, sudah tentulah menu ni untuk pencuci mulut. Aku baru sahaja makan puding ni semalam. Aku beli kat Bazar Ramadan kat Pekan, Pahang. Alhamdulillah, aku makan seorang je disebabkan my adeng tak minat makanan ni. Aku suka, aku suka.

Setakat ni, aku tak pernah buat sendiri. Sebab ada satu bahan dia yang aku macam tak yakin je nak buat sendiri iaitu jala emas. Jala emas ni diperbuat daripada telur itik. Cara membuatnya menurut mak aku, sama dengan cara buat roti jala. Cari resepi dalam internet, tak ada yang beri penjelasan dengan sebenar-benarnya macamana nak buat jala emas yang betul. Aku nak tahu bancuhannya tu. Ada juga yang aku jumpa resepinya tapi dia tak buat jala emas tu. Aku rasa sedapĀ  juga. Jala emas tu yang menjadi bahan utama menjadikan namanya Puding Raja. Warnanya kuning berkilat. Nak buat dengan telur ayam memang tak menjadi langsung. Insya Allah, dalam bulan puasa ni aku nak buat juga Puding Raja ni. Hehe. Jom tengok apa resepinya?

Bahan-Bahannya :-

15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering
minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam

Cara- cara :-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
2. Tabur buah prune ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan. Boleh juga tabur kuih jala emas di atas.

puding raja

Gambar diambil dari kacip.blogspot.com