TIDAK SUKA Filem Aku Bukan Tomboy!!!

Nak meluahkan rasa tidak puas ati yang teramat sangat dengan filem arahan Syamsul Yusof tu. Ish malas nak cerita panjang sebab memang tak suka..tak suka…tak suka. Tak tahu apa moral of the story yang nak dia nak sampaikan. Plot macam tu dah berlambak-lambak ditayangkan. Perilaku macam lelaki, tapi dalam hati ada taman. Diminati oleh 2 lelaki tapi akhirnya tak pilih sesiapapun. Perasaan cinta yang dibawa tu tak natural langsung. Kenapalah orang dok puji melambung cite Syamsul Yusof sedangkan maaf…tiada nilai estetika dalam filemnya. Maaf, kepada peminat anak Datuk Yusof Haslam ni.

Advertisements

Ada Apa Dalam Hati?

Bercerita tentang soal hati…adalah sesuatu yang sangat kompleks bagi saya. Bukankah hati adalah tunjang kepada segala perbuatan manusia. Kalau tuannya memiliki hatiĀ  yang baik maka baiklah perbuatannya.

Hati rasa kosong disebabkan apa? Adakah kurangnya amalan-amalan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta yang tetap sabar mengurniakan macam-macam nikmat. Atau adakah kerana tiada rasa bahagia berada di sisi kita? BAHAGIA? Bagaimana bentuk bahagia? Adakah hati terasa mahu menyanyi riang setiap masa?

Mahu mengeluh sepuas hati tapi bolehkah hilang rasa yang bergayut di dalam hati ini?

Pelik dan hairan

Statement biasa bagi orang yang sudah lama tidak mengemaskini blog peribadinya…’dah lama tak update blog’. Sebab? Malas? Tak ada mood? Kerja pejabat yang menimbun? Aku memang ada sesuatu yang diluahkan tetapi aku kira apa yang aku rasa sekarang ni adalah terlalu peribadi. Tak mahu aku kongsikan dengan sesiapa yang mungkin pernah menjengah blog ini.

Cuma apa yang boleh kongsikan ialah situasi hangat yang berlaku di pejabatku saat ini. Dua isu besar yang aku kira sangat merisaukan dan membuatkan hati aku membengkak dengan cara pengurusan oleh individu-individu yang bertanggungjawab. Kecewa sebenarnya! Pemimpin tertinggi di tempat aku bekerja ni telah menerima surat tamat perkhidmatan yang terlalu awal dari tempoh tamat kontraknya. Pada mulanya aku kecewa dengan keputusan oleh pihak yang lebih berautoriti dan aku sedih kerana banyak juga yang dia telah sumbangkan kepada institusi ini walaupun hakikatnya banyak kepincangan yang sukar diperjelaskan. Namun segalanya mula berubah apabila pengkhabaran tentang kenaikan gred dan anjakan gaji berlaku tetapi terlalu banyak isu yang boleh dipersoalkan kerana ada yang berhak memperolehinya tetapi nama mereka tidak tersenarai. Tiada kriteria yang jelas tentang kenaikan tersebut. Aku bingung dan keliru dengan cara pengurusan sumber manusia.

Di mana letaknya amanah yang Allah s.w.t galaskan atas bahu mereka? Lupakah mereka itu? Angin yang membawa udara hangat ini mula menjadi buah mulut semua kakitangan. Yang memperolehi kenaikan tersebut sudah tentulah mendiamkan diri. Namun ada juga yang menerima kenaikan tetapi kenaikan yang tidak wajar. Tidak wajar dalam dua aspek. Aspek pertama kerana mereka bukanlah golongan yang kuat bekerja tetapi dipilih untuk tersenarai. Aspek kedua, mereka yang bertungkus lumus bekerja tetapi hanya memperolehi sedikit sahaja kenaikan. Aduh! Aku cukup-cukup bingung!

Saat Ini…

Saat ini hati dan jiwaku disayat rasa sayu kerana masih mengenangkan pemergian seorang insan yang telah menyumbangkan suara untuk mengajak masyarat ke arah kebaikan. Aku mengaguminya suaranya. Dan aku mula teringat kenapa aku beriya-iya untuk membeli CD beliau sebulan lepas. Sebelum ini aku lebih suka download dari internet. CD Zikrullah itu menjadi penemanku sewaktu aku memandu dan menjadi penawar di ketika aku terasa tertekan dengan pemandu di jalanraya yang selalu tidak sabar. Masanya telah tiba. Bagaimana pula nasib kita nanti?

Saat ini aku sering memikirkan tentang pengisian dalam perjalanan hidupku. Jika dikira betul-betul, telah terlalu banyak masa aku habiskan dengan menonton televisyen dan berjalan-jalan yang tanpa arah tujuan. Ya, aku minat membaca tapiĀ  dah agak lama aku tinggalkan. Mungkin kerana tiada buku-buku baru walaupun sebenarnya masih banyak lagi buku di rumah yang masih belum kusingkap untuk ku hirup ilmu di dalamnya. Cuma dalam seminggu ni, sejak my adeng sibuk dengan program ofisnya, aku berjinak-jinak semula dengan hobi itu tapi aku tak boleh tumpukan pembacaan dalam tempoh yang lama. Tak seperti dulu. Dengan cara ini, aku rasa masaku benar-benar terisi.

Saat ini aku rasa aku perlu bertindak tegas terhadap diriku untuk mula menulis. Aku boleh mulakan dengan penulisan kreatif dan kemudian penulisan ilmiah. Aku terlalu ingin berkongsi ilmu dengan masyarakat di luar sana. Aku kurang petah berkata-kata dan aku kira inilah cara terbaik mendekatkan diriku dengan masyarakat. Bukankah itu juga sumbangan peribadi kepada bangsa? Semoga hasrat dan niatku akan terlaksana.

Saat ini…

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri. Hari ni genap umur aku 30 tahun. Alamak, aku dah mencecah angka 3o-an. Rasa macam takut pulak. Setakat pukul 3.28 petang ni, aku masih belum terima ucapan hari lahir daripada my adeng. Semalam, aku rasa macam tak kisah sangat memandangkan bulan 12 dan 1 ni kitaorang ada 3 sambutan..hari lahir aku, ulangtahun perkahwinan kami dan hari lahir my adeng. Tapi, apabila kawan-kawan mula beri ucapan aku tertunggu-tunggu pula ucapan daripada my adeng. Hehehehe.

Tapi, rasanya dia akan ucap juga nanti. Tak payah fikir sangatlah. Hadapi hari ini dengan ceria! Hadiah..mungkin ada, mungkin tak ada. Rasanya macam tak kisah kalau tak dapat pun sebab hari tu my adeng pergi Sabah dia dah belikan aku 4 gelang mutiara. Macam kasihan pulak dia nak belikan aku hadiah lagi.

Malam kena hadapi kerja yang lebih sikit. Kena kemas beg dan pastikan stok kain kotor tak ada yang tinggal. Kain dah lipat semalam. Masak, aku yakin aku tak masak malam ni. Makan kat luar lagilah jawabnya tapi tak apalah hari ni kan hari istimewa untuk aku. Hehehehe.