Orang malas update blog

Assalamualaikum….

Ayat klise bagi orang yang malas mengemaskini blog ialah…malas hahaha

Tapi kan…setiap kali saya duduk menghadap pc mesti anak-anak nak join sekali. Pot diaorang mesti atas riba. Nak menaip sekali huhu…Habis macamana ibu nak update blog yang bersawang setebal tilam vono ni huhuhu…Statement macam menyalahkan anak-anak la pulak. Tak baik, kan? Salahkan diri sendirilah tuan blog, sebab tak pandai nak cari masa yang sesuai. Teruk betul pengurusan masaku!

Entri terakhir bulan raya hari tu kan? Ish…apa yang telah terjadi kepada diriku ini? Ok la stop2 la membebel.

Banyak story boleh tepek tapi kan…semalam dengar cerita Shah Alam-Subang jammed eh? Dek penangan Pak Obama tu. Huhuhu….apa la yang penting sangat sampai menyusahkan rakyat semata-mata kerana ‘pembunuh’ dunia tu? Maaf! Geram ok?! Saya cuti semalam jadi tak tahu la macamana keadaan balik kerja semalam. Dah la hujan. Hari Jumaat pulak tu.

Memikirkan hal-hal dan isu-isu yang banyak berlaku kat Malaysia sekarang ni, menyesakkan fikiran sebenarnya. Dengan percanggahan statement pasal vape, kontroversi wang YAPIEM. Itu belum kira isu-isu yang masih disembunyikan sebab takut menimbulkan keresahan masyarakat. Pasal YAPIEM, ada jawapan daripada Timbalan Menteri Agama yang merupakan ex-boss saya dulu. Tapi…wallahua’lam. Allah Maha Tahu Segala-galaNya.

Ni ha…nak beritahu drama yang saya dok layan sekarang ni? Drama Melayu…of course drama ‘Tuan Anas Mikael’. Cerita boleh masuk dalam fikiran la walaupun jalan ceritanya tetap tak berbeza. Benci pastu cinta sayang. Tapi superb la lokasi drama ni. Rumah dan serba mewah!

sumber

sumber

Dengar jugak drama Hello Mr Perfect tu ramai yang kritik. Nak menangis tengok sebab ceritanya membosankan dan pelakon perempuan utamanya tu pun nampak tak real. Kadang-kadang nak jugak tengok sebab mana tahu ada yang menarik. Sekali…memang tak boleh layan langsung.

Lagi satu drama Korea. Kebetulan pulak Channel One HD banyak drama  best sekarang ni. Tapi yang paling menarik perhatian of course drama ‘The Village: The Achiara’s Secret.’ Cerita yang ada teka teki, misteri dan perlu kita berfikir macam ni memang saya suka. Sekurang-kurangnya otak saya akan berhubung untuk sama-sama fahamkan jalan ceritanya. Dah masuk episod 13 ni masih belum terjawab teka-tekinya sepenuhnya. Dah boleh agak-agak la tapi tak tahu betul ke tak. Takpe tinggal lagi 3 episod.

Cubalah tengok kalau korang bercitarasa macam saya. Kisahnya tentang seorang guru bahasa Inggeris, So Yoon (Moon Geun-Young) dari Kanada yang mengambil keputusan nak berpindah dan mengajar di sekolah kat situ. Dia berpindah ni pun ada sebab.

Sejak kedatangan Cikgu ni di Achiara, misteri mula tersingkap apabila satu mayat dijumpai dalam satu kawasan hutan di situ. Kampung yang dahulunya dikatakan sunyi daripada kes jenayah tiba-tiba meletup dengan penemuan mayat tu. Setelah proses autopsi, rupa-rupanya yang mati kakak So Yoon yang disangkanya dah meninggal dunia dalam kemalangan dengan kedua ibu bapanya. Dan dia pun baru tahu rupa-rupanya kakak dia tu anak angkat.

Banyak persoalan yang belum berjawab.

Siapa Kim Hye Jin (Jang Hee-Jin) ni sebenarnya selain daripada seorang guru bahasa Inggeris yang hilang selama 2 tahun kemudian mayatnya ditemui dalam hutan.

Siapa ibu bapa kandung yang dicari oleh Kim Hye Jin?

Apakah sebab yang jadikan perempuan kaya (Shin Eun-Kyung) tu takut sangat setiap kali sebut nama Kim Hye Jin?

Kenapa Kim Hye Jin goda suami dia?

Betul ke anak tiri (On Joo-Won) dia tu baik? Sama-sama tolong cari klu pasal Kim Hye Jin dengan Cikgu So Yoon? – Tapi saya suka la pelakon lelaki ni.

Siapa pulak lelaki yang awalnya menyamar sebagai perempuan (Choi Jae-Woong). Kemudian cari jugak klu2 pasal Kim.

Melalui pengamatan saya…hehe..plot cerita ni pasal kes rogol yang berlaku di Achiara sejak bertahun-tahun lamanya tetapi tak ada siapa nak bongkar. Tak apa. Kita tengok sampai habis dan tengok macamana kesudahannya.

Ok la…si kecik ni dah menangis-nangis nak duduk sekali huhu…Ini la dugaannya bila nak update blog.

sumber

sumber

 

 

 

Semangat puasa tahun ni

Assalamualaikum…

Hari ni dah 14 Ramadhan. Alhamdulillah. Makin lama makin seronok dan relaks berpuasa. Masa cepat sangat berlalu kan? Tak terasa lapar sangat. Cuma ada masa-masa tertentu saja. Budak-budak berdua, Tuah dan Saif sangat behave. Tak kacau sangat time ibu dan ayah berbuka.

Apa yang semangatnya tahun ni? Hehe…semangat nak memasak dan buat kuih. Hari tu dah berjaya buat nasi ayam. Lepas tu buat puding roti sebab mak buyung, adik saya teringin nak makan hari Sabtu lepas. Betullah, masakan ni kalau kita buat, jadi dan ada orang makan rasa seronok dan nak buat lagi dan lagi. Tapi, biasalah orang mengandung ni makannya sikit je. Last-last saya jugak yang tukang perabih. My adeng tak minat puding roti. Kalau puding karamel dia laju. Yang tu tak sempat nak buat lagi.

Hari ahad pulak buat buah melaka. Ala, tak sempat nak snap gambar sebab siap buatnya dah dekat nak berbuka. Dan saya jugaklah yang tukang perabih. Sedap la bukan tak sedap. Tapi time tu my adeng sakit perut. Dia makan sikit je. Adik saya pun bawak balik sikit untuk husband dia. Yang balance tu la saya pulun time sahur.

Ni 2 minggu lagi nak raya. Rasa tahun ni nak buat kek lapis (percubaan kali ke-2) dan kek marble, kegemaran my mom. Insya Allah, semangat berkobar-kobar ni harap-harapnya sampailah ke penghujung Ramadhan nanti. Belum belek lagi resepi kek yang senang dan bahannya sikit hehe. Selalu lupa. Nanti nak belek 2 buah buku resepi kek lapis yang my mother in law bagi tu.

Dalam oven

Dalam oven

Penghujung 2014…banyak cerita tak kemaskini

Assalamualaikum cik blog! dan kepada pembaca-pembaca yang tersinggah blog berabuk saya ni :))

Sekejap benar masa berlalu tahun ni. Dah sampai penghujung tahun pun. Hari ni saya paksa diri juga untuk kemaskini blog ni. Kalau ikutkan banyak cerita yang boleh diceritakan tapi rasanya bukak blog ni pun dah lama saya tak buat. Kenapa, ye? Betullah… duduk rumah memang banyak kerja nak buat. tapi rasanya lepas Isyak dah agak lapang tapi masa tu jugalah si kenit, Saif nak menyusu dan selalunya memang saya terus terlelap dengan dia huhu…salahkan diri sendiri ok? Ni pun saya menaip di opis, time rehat Jumaat yang panjang. Takde mood pulak nak keluar jalan-jalan hari ni.

Ok…saya buat numbering la supaya saya tak terbabas nak bercerita. Saya ni mudah lupa. Jom tengok!

1. Bulan lepas, kitaorang anak beranak kena sakit mata. Bermula dengan Saif, pastu saya dan akhir sekali my adeng. Alhamdulillah, Tuah tak berjangkit sekali. Bayangkan, bulan 11 tu berapa hari saya kerja. Mula-mula cuti sebab jaga Saif lebih kurang seminggu. Pastu mc pulak 7 hari. Baru saya tahu betapa sakitnya sakit mata. Disebabkan saya rujuk dengan doktor pakar mata, (Klinik Mesra, Pusat Pakar Mata Bangi & Klinik Perubatan Umum, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi) memang ‘tebal’ sikit la duit yang keluar tu. Pemeriksaan pertama saya dan Saif sekali gus, kena RM380.00. Dengan ubat 10 jenis dan suntikan untuk saya. Fuh! Nasib baik my adeng ada cash banyak tu masa tu. Telan air liur saya. Kali kedua pergi, sebab doktor nak tengok semula mata saya. Caj dalam RM100. Itupun doktor nak cucuk lagi saya yang tak nak. Dia kata takpe kalau tak nak, pilihan atas saya. Memang tak la sebab saya boleh terfikir hari tu cucuk tak baik jugak sakit mata saya. Boleh gitu? Kiki…Tambah ubat lagi dan kali ni ubat-ubat ni memang serasi dengan saya. Time my adeng, dia refer kat Klinik Kesihatan saja. Bengkok le kalau nak pergi situ lagi  walaupun sebenarnya puas hati dengan cara doktor tu check kita. Masa tengah bulan kot…Ok…kalau ada sesiapa ada masalah mata dan berhampiran dengan BBB, boleh lah ke situ. Sederet dengan SenHeng.

2. Hujung bulan 11, sibuk pulak  dengan kenduri menyambut menantu adik bongsu saya yang nikah hujung bulan 10 hari tu. Masa tu pun sakit mata saya tak sepenuhnya lagi. Bercermin mata hitamlah saya tapi sekejap-sekejap sebab rimas hehe..Pertama kali saya buat lauk pengantin dengan kakak ipar dan adik-adik perempuan. Hahaha…tak susah pun sebab menu ringkas. Adik bongsu saya penggemar tegar telur jadi menunya adalah…telur goreng pedas! Pelik tak? Daripada kitaorang masak lauk yang dia tak suka, baik kitaorang ikut kegemaran dia walaupun tak pernah dibuat orang. Selain tu, udang galah masak halia dan sayur campur. Yang bestnya..semua lauk habissss…Time kenduri ni nasib baik Saif tak meragam. Good boy anak ibu. Tuah pun bukan main seronok bermain-main.

3. Minggu lepas, Hari Keluarga opis saya kat A Famosa Resort, Melaka. Mula-mula saya tak nak join sebab pilihan lokasi kat PD. Tapi, bila tahu kat A Famosa terus saya nak pergi sebab nak bawak Tuah. Dia tak pernah lagi pegi theme park. So far, ok lah Hari Keluarga kali ni. Cuma, makan masa untuk pergi makan dan theme park.

4. Esok, Hari Keluarga Team KBS, opis my adeng kat Marina Watrerfront, Putrajaya. Acara berlangsung lebih kurang pukul 9 pagi – 1 tengahari.  Pertama kali nak join program dengan YB KJ ni hehe….

5. Owh…hari tu, saya kata nak cerita tentang Saif yang dah start makan. Sekarang, memang tiap-tiap pagi gigih saya masakkan bubur untuk dia. Pastu masukkan puri yang saya bekukan dalam peti ais. Bersemangat sebab Saif jenis yang tak memilih dan berselera makan berbanding Tuah dulu. Dah macam-macam jenis puri sayur dan buah yang saya buat dia dah makan. Antaranya, puri brokoli, lobak merah, keledek, epal, plum, kentang, kurma, avocado dan labu. Makanan dia kat taska pun dah bertambah amaunnya. Alhamdulillah…harap-harap berkekalan sampai dia besar. Setakat ni memang saya akan usahakan dia makan air tangan saya. Cuma hari tu, hari kenduri tu tak sempat nak masak dan kebetulan takde makanan yang sesuai boleh dibuat puri, saya beri dia makan biskut Milna yang dicairkan. Kat Melaka malam pertama tu makan makanan rumah lagi sebab bekal bubur campur puri brokoli dan keju. Saya buat 2 bekas. Satu makan masa kat rumah, satu lagi masa makan malam bertemakan Arabian Night hehe…

Ok, Cik Blog, awak simpan gambar ni ya? Nanti satu hari insya Allah,  Tuah dan Saif boleh tengok. Belanja gambar sikit…:))

carrotcube

tuah

ibusaif

abangtuah

Hoho…berjalan la kito sekueknyo…

Hehe..tetiba tajuk gitu,,,boleh rasanya dengan entri kali ni. Kalau ikutkan entri dah tulis 3 minggu lepas tapi terperap dalam telefon. Oleh kerana hari ni saya cuti jadi bolehlah luangkan masa nak update blog. Inipun selepas dah siap mengemas beg, buat kerja rumah dan mandikan Tuah dan Saif.

Sehari 2 ni saya dok membelek tips-tips untuk  uruskan masa untuk wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama nak pastikan urusan rumahtangga berjalan lancar. Yang paling penting, ada anak kecil tapi rumah tak macam tongkang pecah okey?? Hehe….

Memang kena akui dah ada ank 2 ni lagi berganda kesibukannya. Rasa macam tak cukup nafas. Saya ni pulak jenis nak buat semua kerja dalam satu masa. Pastu nak siap cepat tapi mesti puas hati.

Nak kata saya dapat buat semua kerja rumah, tak jugak. Kemas rumah wajib tapi kadang-kadang tak vakum. Dan sebab itulah saya memang kena minta tolong my adeng untuk buat. Sebut pasal my adeng saya bersyukur dia jenis yang able buat kerja rumah.

Memasak, membasuh, menyidai kain, basuh bilik air, mop lantai. Tapi mengemas dia kurang sikit. Walaupun selalunya kualiti kerjanya tak menepati piawaian saya tapi kira bolehlah dari tak buat langsung kan? Terima sajalah seadanya…:)

Ok…apa tips-tips yang saya cari ya? Saya cari bila masa mommies lipat kain? Gosok baju tiap-tiap hari atau seminggu sekali? Bab gosok baju serius cakap saya memang malas. Terpaksa sebab nak pakai kan? Memasak tiap-tiap hari ke atau macamana? Dan macam-macam lagilah…

Betulkan…kerja rumah ni tak pernah habis. Macam bakul kain kotor semalam dah kosong tapi hari ni dah penuh semula. Ni kira boleh tahan la sebab ada 4 orang je dalam rumah ni. Itu pun dok mengeluh jugak tak boleh bakul kain tu kosong sehari 2 kiki…memang tak mungkin lah kan?

Okey, selepas Zohor nak gerak ke Kerteh. Adik bongsu akad nikah lepas Maghrib. Dah selesai majlis kat sana nanti balik Pekan pulak sekejap. Pagi Sabtu sambung perjalanan ke Kluang pulak untuk majlis sepupu (anak adik sebelah ummi saya). Hmmm…agak2 penat tak? Tak pelah sekali sekala macam ni.

Jadi sebelum nak berjalan, macam biasa saya bersilat selesaikan semua kerja rumah dulu dari semalam hingga baru ni. Ini pun baju tak basuh lagi. Balik dari  Kluang keluarga saya nak lepak sekejap kat rumah.

Okey, sampai sini dululah entri kali ni. Ni pun menaip sambil riba Saif. Dah merengek-rengek pun.

bakul

Bakul bekalan makanan anak-anak

beg

Beg anak-anak dan ibu 🙂

blender

Nak letak juga gambar blender yang baru dibeli semalam untuk solid food Saif sepanjang 4 hari ni. Blender comel yang senang dibawa ke mana-mana. Nanti saya usahakan entri untuk solid food Saif. 

Mood Down

Assalamualaikum…maaflah kali ni guna bahasa Inggeris untuk tajuk hehe… Selepas insiden pagi tadi, rasanya mood saya dah down 360 darjah. Saya tahu, saya tak boleh ikut sangat rasa moody ni sebab memikirkan saya sekarang sedang mencari rezeki untuk anak-anak. Tetapi, saya memang betul-betul tak faham dengan sikap orang yang merendah-rendahkan kebolehan staf bawahan dia.Kita ni buat la keja kita, beri full comitment dan spend masa kat situ nak siapkan tapi apa yang kita dapat? Bukannya kita minta dipuji dan disanjung tapi kita dah buat dah kerja tu sebaiknya dan diluluskan oleh orang atasan. Datang dia pergi pulak mintak officer lain yang buat, konon orang tu lagi pandai. Kalau ikutkan hati panas memang boleh berbakul-bakul rasa marah ni tapi…malas nak layan sangat. Buat kepala kita pulak pening huhu…

Dah saya malas nak buat apa-apa kerja hari ni. Rasa nak balik rumah pun ada. Baik buat kerja rumah lagi bagus. Nasib baik juga ada penawar…buku-buku yang saya beli online. Salah satu kegemaran saya ialah kumpul buku Sasterawan Negara. Karya Pak Sako bertajuk Anak Mat Lela Gila ni saya dah pernah baca zaman sekolah dulu tapi ingat-ingat lupa ceritanya. Jadi, sekarang saya nak baca semula dan buat koleksi (dalam hati risau pulak sebab rak buku kat rumah dah padat). Kalau ikutkan saya tak rancang pun nak beli buku bulan ni tapi terpandang dalam laman web ITBM waktu saya cari buku Rumus di Hatinya  terus order sekali.

Novel Rumus di Hatinya saya beli sebab tergoda dengan review kawan sepejabat saya, Kak Anna. Saya pinjam dulu dengan dia, tapi rasa macam tak seronok pulak baca buku orang. Lagipun, takut buku tu rosak bila pegang lama-lama. Serius cakap, walaupun belum habis baca saya memang salute dengan penulis Yoko Ogawa ni sebab boleh hasilkan novel yang hubungkan nombor dengan falsafah kehidupan. Oh! Saya pun mahu jadi seperti Yoko Ogawa.!

Buku Ingin Jadi Penulis? dan Mengait Cinta di Istanbul tu dipilih sebab terpaut dengan review Kak Mina Min. Ada lagi beberapa buku yang tak buka plastik. Alasan klise tak sempat nak baca hehe…Korang rasa tak masa sekarang bergerak laju sangat?

Baiklah, kena berhenti di sini dulu. Jumpa lagi di alam maya.

koleksibaru

Apa khabar semua???

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi sesiapa yang terajin menjenguk ke blog yang berhabuk ni. Ops…sebelum terlupa. Masih sempat lagi kan ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Serius..saya memang nak upload dah cerita terbaru. Taip dalam ipad last-last lupa nak appear. Dah bersalin anak kedua ni penyakit lupa saya makin menjadi. Huhuhu…takut pulak.

Alhamdulillah…aritu dah cerita pasal kelahiran baby Saif, kan? Tapi kata nak sambung kan? Lupa lagi…

Hari ni nak cerita life saya sekarang dengan kehadiran adik Tuah. Hmm…merenung Tuah saya bagaikan tak percaya dia semakin menginjak dewasa. Semakin keletah dan becok. Dah ada adik pun. Alhamdulillah dengan rezeki yang tak terjangka Allah beri. Tuah bukan main sayang dengan adiknya. Kejap-kejap dia cium Saif. Saif pun 3 bulan lebih. Dah pandai tengok abang dia bermain, layan keletah abang dia. Sengih-sengih kalau abang dia cium. Alahai….indahnya rasa momen itu.

Dah ada anak 2 ni memang sibuk la. Rasanya saya kurang rehat tapi tak apa kan…Susah pun time dioarang kecik ni. So, jangan mengeluh sebab nanti bila diaorang dah besar kita mesti rindu kenangan masa ni.

Saya baru 2 minggu kerja. So far, ok. Pagi sebelum pergi kerja saya susukan dia direct dan untuk kat taska saya bekalkan dia dengan susu ebm. Minggu pertama, saya bekalkan 3 botol. Minggu ke-2, pengasuh dia mintak tambah 1 botol lagi. Rasanya memang Saif kuat menyusu lagi daripada Tuah. 🙂 Masa bawak dia ke klinik kesihatan untuk cucuk 3 bulan, berat dia 6.2 kg. Alhamdulillah…geram tengok pipi ngan paha dia. Rasa nak gigit!

Actually saya update blog ni kat opis hehe. Sorry boss! Ok…got to go!

saif ibuSaif Eid Fathi

Entri bulan puasa

Sekejap saja kan? Dah hari ke-7 pun hari ni kita berpuasa kan? Tu la…siapa yang boleh puasa tapi tak nak puasa memang rugi. Masa sekejap saja bergerak sekarang ni. Kalau kita penuhkan dengan aktiviti yang berfaedah seperti baca Al-Quran dan buat sesuatu yang kita enjoy macam tulis blog…sedar tak sedar dah petang kan? Itu kalau waktu cuti la.

Alhamdulillah…so far setiap hari kami makan makanan rumah. Maksudnya masaklah hehehehe..hari pertama dan kedua saya yang masak. Hari seterusnya my adeng yang masak. Arini saya masak semula. Rajin ibu Tuah bulan-bulan puasa ni kan? Yela…rasa macam tak best pulak kalau beli lauk kat luar. Buat masa ni kita orang bertahan lagi. Cuma beli air yang teringin nak minum macam air kelapa dan kuih muih. Tak sempat lagi Ibu Tuah nak adun kuih (alasan klise) hehehehe…

Suasana time bulan puasa memang nyaman dan sejuk je. Kebetulan hari Sabtu dan Ahad hari tu memang sejuk je. Bayangkanlah mandi pagi boleh menggigil walaupun masa tu dah pukul 10 pagi. Cuma….time pergi keja dan bali, kerja masya Allah jalan jammed luar biasa rasanya walaupun keluar lebih awal dari sebelum ni. Memang dugaan betul. Bayangkanlah saya keluar rumah pukul 6.30 pagi dan sampai opis pukul 8 pagi. Huhuhu….petang pulak 4.30 pecut dari opis sampai rumah pukul 6 petang.

Hari ni saya berbuka dengan Tuah sajalah sebab my adeng ada majlis berbuka di pejabatnya. Tak tau nak masak ke tak…sama ada makan tom yam semalam atau masak ikan goreng sambal. Hmmm..tengok pukul berapa sampai rumah nanti.