Ini memang betul-betul demam! Gara-gara Descendants of The Sun!

Salam siaran. Dah April pun.

Dan dalam bulan 3 dan 4 ni saya demam. Demam drama Korea yang paling popular dan trending sekarang ini…Descendants of The Sun (DOTS). Seriously, saya memang tak tahu langsung pasal kewujudan drama yang menampilkan heroin Hallju kegemaran saya, Song Hyekyo ini.

Saya tahu pun melalui ofismate saya, yang sama penggemar drama Korea macam saya hehe. Saya memang suka drama Korea sejak zaman Autumn in My Heart tapi tak semua drama yang saya tengok. Saya tapis jugak la. Kalau pelakon favourite saya ada dan jalan ceritanya menarik, memang saya layan la. Contoh macam drama, A Man Who In Loves lakonan hero kegemaran saya, Song Seungheun. Tapi ada jugak drama yang saya tak kenal atau suka pelakonnya tapi disebabkan cerita tu best, saya tengoklah. Contoh, drama The Village-Achiara.

Berbalik pada DOTS ni, ia mengisahkan kisah cinta antara seorang tentera Special Force lakonan Song Joongki sebagai Kapten Yoo Sin Jin/ Big Boss dan Song Hye Kyo sebagai Dr Kang Meo Yeon. Suka sangat masa first time diaorang jumpa. Gaduh-gaduh dulu. Berprasangka. Lepas tu, hati dah mula something. Cute sangat!

Saya start tengok episod 3 atau 4. Masa tu scene Kapten Yoo dan Dr Kang berjalan kat satu pulau yang ada bangkai kapal besar tu. Macam merepek je sebab tentera dengan doktor kot dan time tu pulak kat tempat yang ditugaskan untuk tugasan keamanan? Macamana boleh bersiar-siar begitu. Hehe…Tapi disebabkan saya suka SHK, saya try tengok marathon dari episod 1-4 . Haaa….dah faham jalan cerita dan betapa sweetnya mereka berdua ni, demam terus. Addicted! Tak pernah macam ni kot. Sampaikan wallpaper, handphone, whatsapp, pc kat opis pun saya letak gambar diorang. Bermula daripada situ la saya start google tentang SJK. Mamat ni bila pakai baju biasa, nampak biasa je. Tapi dia nampak sangat manly dengan persalinan tentera tu. Tak cair???

Sekarang dah nak masuk episod 13. Diorang dah balik ke Korea selepas terlibat dalam misi keselamatan di Uruk. Azamnya nak tahan diri dari tengok sehinggalah minggu depan. Tapi tak tahulah. Dah la sekarang ni setiap hari intai IG tengok diorang yang sekarang ni sedang buat promosi kat Hong Kong. Sebagaimana sweet dan kuatnya chemistry diorang dalam drama begitulah kat luar. Sampai peminat harap sangat diorang couple.

Ok…mai saya cerita kenapa la saya suka sangat drama ni yang dah tersenarai dalam K Wave yang betul-betul melanda seluruh dunia. Dulu kan kecoh dengan Oppa Gangnam Style. Sekarang DOTS pulak.

  1. SHK ni memang sentiasa cantik kan? Cantik sangat. Lakonannya sebagai doktor yang tegas, berprinsip, komited dan sanggup buat apa sahaja untuk pesakitnya memang berkesan. SJK ni saya memang saya tak pernah kenal. Saya mula suka dia tapi saya paling suka tengok dia dalam drama haha. Karakter sebagai tentera yang berdisiplin, berkaliber, handsome, smart, berkarisma dan juga sangat komited dengan tugasan menjaga keselamatan negara memang sangat memukau! Tapi dalam masa yang sama dia juga ada sisi humor dan kelakarnya. Ish pendek kata sweet sangat dua orang ni disatukan. Tersengih-sengih tengok momen diorang berdua.

  2. Lagu OSTnya pun best di halwa telinga. Dah siap download pun huhu…Over! (Sambil buat entri ni pun sambil dengar lagu-lagunya).

  3. Jalan cerita yang berbeza. Percintaan antara seorang tentera dan doktor. Rasanya setakat saya layan drama Korea ni, tak ada lagi jalan cerita begini.

  4. Tak ada adegan makan-makan penuh meja yang biasa kelihatan dalam drama Korea. Tak banyak juga adegan makan.

  5. Sound effect yang superb masa adegan tembak-menembak, letupan, bunyi helikopter. Lengkap dengan elemen debar, cemas, manis, dan lucu.

  6. Skripnya yang menarik yang diakui sendiri oleh SJK.

  7. Sinematografi yang sangat cantik! Serius terutama adegan-adegan masa kat Uruk tu.

  8. Team production yang beri segala tenaga sepenuhnya. Kalau tak silap drama ni jalani penggambaran selama 285 hari. Lama kan? Perlukan kekuatan fizikal dan mental bukan? Good job team DOTS. Respect u alls walaupun tak kenal. Apa-apa kerja pun kalau kita buat dengan bersungguh-sungguh mesti hasilkan pulangan yang sangat memeberangsangkan dan kepuasan yang tak boleh digambarkan. Bukan?

  9. Saya paling kagum dengan adegan gempa bumi yang berlaku kat Uruk. Nampak real! Dan disebabkan peristiwa tu Big Boss dan Dr Kang saling jatuh cinta.

  10. Poster drama yang sangat cantik dan meaningful! Rasanya tertumpah perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu Big Boss kepada Dr Kang. Perempuan sukakan bila lelaki ambil berat dan pamerkan perasaan sayang tu.

  11. Saya pun sukakan lakonan Jin Goo sebagai Sarjan Seo Dae Young. Karismanya sangat terserlah dalam pakaian tentera.

  12. Cuma satu yang tak berkenan dengan drama Korea sekarang ni. Banyak sangat adegan cium. Rasanya hampir dramanya mesti ada adegan ni. Dah macam cerita Barat dah. Saya lebih suka kalau hero dan heroin pamerkan kasih sayang dengan renungan mata atau pelukan. Tak sesuai nak tengok dengan anak-anak.

    Ok la itu sahaja. Saya memang berharap demam saya ni cepat kebah. Rasanya macam dah dok kat satu dunia lain sebab asyik memikirkan pasal DOTS. Eh entah apa-apa je kan? Huhu.. Dah la tiap2 hari layan OSTnya sama ada dalam kereta ataupun kat opis.

LoveDOTSCantik, kan? Katanya gambar ni diambil oleh salah seorang krew. SJK pun paling suka gambar ni.

DescendedSuka scene ni. Terserlah karismanya.

dots2Antara scene manis yang digemari

Advertisements

Petua terkini yang saya praktikkan…lembapkan kulit

Panjang pulak taju entri ni. Takpe, nampak gempak sikit. 🙂 Gempak ker???

Bercerita pasal petua ada juga petua-petua yang saya amalkan sama ada pada diri sendiri ataupun pada Tuah. Tapi selalunya petua-petua tu tak diamalkan secara istiqamah sebab memang perangai diri ini yang susah nak konsisten. Antara petua yang saya pernah amalkan ialah meletakkan putih telur pada muka. Ada jugak la beberapa kali saya buat bila darjah kerajinan tu mencapai tahap maksima hehehe…Lagi, sapukan kunyit hidup pada hidung Tuah bila dia selsema. Yang ni, memang tak berapa berkesan dengan Tuah walaupun mak-mak orang yang praktikkan memang katanya berkesan kat anak-anak diaorang. Tuah pulak boleh tumbuh ruam bila saya buat petua ni. Hehehe..Terus saya stop pratikkan petua ni.

Okey, kembali kepada petua terbaru saya. Lately ni, memang kulit saya kering. Pekerja spa yang selalu saya pergi tu pun kata saya memang jenis kulit kering. Aah.. dah selalu pergi spa, pilih jelah apa-apa treatment untuk selesaikan masalah tu kan? Tapi…kalau dah ada petua yang murah dan senang apalah salahnya kita buat sendiri kat rumah kan? Jimat duit.

Yang menjadi kerisauan saya sudah semestinya kulit muka. Yelah, even dah pakai pelembap, kulit kering je terutama kat bawah bibir. Malu i, u. Jadi, dengan rajin dan semangatnya saya mulalah berhubung dengan en. google untuk mencari apakah petua untuk mengatasi masalah antarabangsa saya ni. Okey..dah jumpa. Tapi disebabkan saya yang malas ni jadi saya ambil petua yang paling ringkas dan sangat murah iaitu dengan menyapu yogurt ke seluruh muka. Wow! dan hasilnya memang menakjubkan. Berkesan!

Dua malam dah saya buat nak-nak bila saya rasa kulit saya kesat sangat. Caranya mudah saja…beli mana-mana produk yogurt asli kat pasaraya, ya? Yang harganya cuma RM1.49, itu harga kat Econsavelah. Kemudian apabila waktu malam, lazimnya bila saya dah settlekan semua kerja rumah baru saya start nak manjakan diri. Ambil sesudu yogurt, sapukan ke seluruh muka dengan jari, ya. Sapu rata-rata. Pastu biarkan seberapa lama yang suka ataupun sehingga kering. Dah kering, basuhkan muka dengan air. Tak kisahlah air paip ke air suam ke. Mana yang berkenan. Dah siap. Senang dan mudahkan? Nak muka lagi mulus, cuci muka dengan pembersih muka pastu pakai penyegar dan krim malam. Tapi, kalau tak buat pun, memang confirm kulit jadi lembap keesokan harinya.

Nota : Selepas pakai yogurt tu, memang muka rasa mengenyam sikit-sikit tapi abaikan saja. Sebab kesannya memang terbaik.

yogurtDiambil daripada mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Ini saja bahannya. Saya lebih suka jenama Marigold sebab kalau untuk dimakan jenama tu yang kena dengan tekak saya 🙂

Merehatkan diri di Pangkor

Saya salah sebab mengemaskini blog pada waktu pejabat tapi sungguh semangat saya terbang entah ke mana-mana. Dari pagi tadi membawa ke petang ni, tiada langsung jiwa mahu bekerja dengan bersungguh-sungguh. Harap-harap ini mainan perasaan yang rasa ‘sakit’ untuk hari ini sahaja.

Actually, nak cerita pasal program cuti-cuti kitaorang sekeluarga. Hari Sabtu baru ni kami sekeluarga ke Pangkor. Spesifiknya kami ambil pakej percutian di Teluk Dalam Resort dengan harga RM288.00 untuk 2 hari 1 malam. Kesimpulannya, memang puas hati walaupun hanya spent masa yang pendek di Pangkor. Lagipun, ni kali ke-2 saya dan my adeng ke Pangkor dan first trip Tuah. Hmm…rasa relaks dan tak serabut macam saya pergi Langkawi hari tu.

Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi. Konon, nak gerak pukul 4 pagi last-last tidur pengsan, pukul 6 baru bangun memang lambat la dari perancangan. Tapi saya tak kisah sangat. Buat apa nak cepat-cepat,kan? Kata bercuti tak payah lah rushing2 macam kita nak pergi kerja pagi-pagi. Sampai di Lumut lebih pukul 12 lebih. Kitaorang ambil feri khas terus ke Teluk Dalam pukul 1.45 petang. Makan dulu kat area pengkalan feri tu. Perjalanan lebih singkat iaitu 30 minit berbanding kalau kita ambil feri biasa tu.

Sampai di jeti, dah ada cater Teluk Dalam Resort yang menunggu kami. Orang tu dah tahu kami ke TDR berpandukan pada tag yang dah diletakkan pada back pack kami. Rasa perjalanan smooth je. Hehehehe….

Oh, ya…pakej kami termasuk dengan tambang feri, makan malam, sarapan dan makanan tengahari keesokan harinya. Best kan? Perjalanan dari lobi resort ke bilik kami memang agak jauh la. Tapi, relaks aje walaupun terpaksa berjalan dalam panas dan sambil dukung Tuah hahahahah…

Aktiviti kitaorang macam biasa…jalan-jalan pusing Pulau Pangkor, mandi pool, jalan-jalan tepi pantai (tak mandi laut pun sebab Tuah takut dengan air laut). Shopping? Takde sebab takde apa sangat yang nak dibeli kat sini.

Layankan ajelah gambar ni.

20130609_120325Tag yang diletakkan pada beg semasa check in kat jeti Lumut

20130608_181026Pertama kali masuk pool tapi ini budak sangat confident dan tak sabar-sabar nak terjun

20130608_182627

Tuah takut-takut main di gigi air hehehe…cute!

20130609_115605

Gambar anak bujang dengan ibu. Susah tuan blog nak enterprame ni 

20130609_100816

Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Dekat batu-batu tu saya rasa salah satu lokasi penggambaran filem Senario

Kosong…kosong…kosong

Kebelakangan ini diri saya terasa sangat kosong. Adakah kerana telah melalui cuti yang agak panjang; cuti menjaga Tuah dan bersambung dengan cuti balik ke kampung suami. Bulan April, berapa hari sahaja saya ke tempat kerja. Bersambung lagi dengan cuti hari Isnin, sehari selepas pilihanraya 2013. Cuti yang perlu saya ambil kerana kerajaan Selangor umumkan cuti umum pada hari tersebut, dan taska Tuah yang terletak di dalam negeri ini ditutup sempena cuti itu. 

Suami saya pula tidak dapat mengambil cuti kerana terikat dengan temujanji dengan Perbadanan Putrajaya untuk Hari Belia Negara nanti. Memang saya sedikit menunjuk perasaan tapi nasib baik rasa tidak puas hati itu tidak berpanjangan. Yang saya jaga adalah anak saya. Untuk apa saya merungut? 

Hari Selasa membawa ke hari Jumaat, memang semua kerja saya tidak mencapai sehingga 50 peratus pun. Saya masih melakukan kerja rutin saya untuk memuatnaik berita dan artikel ke dalam website. Itu sahaja. Kerja penyelidikan tidak langsung saya sentuh. 

Saya bosan dan jelek  dengan  masalah dalaman organisasi yang tiada pengakhiran. Saya bosan. Bosan kerana kerjaya saya tidak berkembang walaupun saya telah dinaikkan ke gred 44. Gred yang tinggi….tahap yang membolehkan saya membuat keputusan untuk bahagian saya dan pendedahan yang lebih mencabar dalam urusan kerja harian saya. Namun semua itu tidak berlaku. Kerja saya seolah-olah gred 27. Bukan saya berlagak sebab saya bermula dari bawah dulu. Tetapi pada masa tu saya sangat gembira dengan kerja saya walaupun saya sedar masih banyak perkara yang perlu dipelajari. 

Tidak pasti bilakah semua kemelut ni akan berakhir? Kalau terlalu difikirkan memang tak ada langsung semangat nak kerja. Tapi apa yang saya boleh buat kecuali datang juga ke tempat tapi dengan jiwa yang kosong. 

Bersiaran dari Sarawak

Hari ni masuk hari ketiga di Sarawak. Lokasi sebenar di Sibu…rumah adik ipar. Sebenarnya saya balik ke sini sebab bapak mertua saya kena operate semalam. Alhamdulillah….semuanya berjalan lancar. Kalau tak ada apa-apa masalah petang ni dia dah boleh discharge. 

Agak bosan la duduk di rumah ni. Bukannya apa sebab tak ada apa nak dibuat. Masak pon tak. Tak berani saya nak pandai-pandai masak. Takut tak kena dengan selera sidak orang. Saya ni jenis tak kisah. Makan je apa yang ada depan mata. Yang saya buat just basuh baju dan basuh pinggan. Kalau rumah sendiri lain la…macam-macam boleh buat. 

Insya Allah esok bawak balik bapak dan mak mertua balik kampung. Diaorang pun tak betah duduk lama-lama kat rumah anak. Duduk rumah sendiri lagi nyaman. 

Okey, nanti cerita lagi. 

In Love dengan When A Man Loves

Dah lama sangat saya tak demam drama Korea. Walaupun budak-budak sekarang dok layan K-Pop, Gangnam Style dan hero-hero baru, tapi pada saya semua tu tak masuk dalam hati. ‘Cinta’ saya tetap pada Song Seung Hun hehehe…Sebelum ni saya ada cerita pasal drama My Princess tu kan? Tapi macam tak best sangat la. Lepas tu SSH ada berlakon drama Dr. Jin’s Time Slip. Tengok jugalah tapi mungkin heroin dalam cerita tu saya tak berapa suka jadi tak adalah melayan sangat.

Kali ni drama When A Man’ s in Love ni memang masuk dalam jiwa. Masih berkisar tentang cinta tapi ada unsur aksi yang buatkan drama ni ada thrill tersendiri.

Cerita ni berkisar tentang hidup Han Tae Sang yang hidup sebatang kara dan menjalani kehidupan gelap dalam dunia gangster. Dia jadi seorang yang keras dan kasar kerana dibesarkan oleh seorang gangster. Namun jauh di sudut hati dia tetap terselit sifat baik yang mendorong dia untuk kelua dari dunia tersebut. Niatnya mula berputik apabila bertemu dengan Seo Mi Do yang kali pertama ditemui sewaktu meminta hutang daripada ayah SMD di kedai bukunya. Dia melihat bagaimana gadis itu berusaha mempertahankan keluarganya walaupun dikelilingi oleh konco-konco HTS. Ini  mengingatkan dirinya sewaktu dari kecil yang akan mempertahankan diri daripada dibuli. Bermula dari situ, dia menyukai SMD. Mereka berpisah selama 7 tahun kerana peristiwa dia ditikam oleh bosnya sendiri kerana didapati belot dan melindungi SMD. Sewaktu menyelamatkan SMD dia ditikam dari belakang. Tapi nasib baik dia diselamatkan oleh kawan baiknya yang memang setia dengannya. Selepas 7 tahun, mereka bertemu dan HTS meluahkan perasaannya terhadap SMD walaupun jarak umur mereka  12 tahun. Terkejut SMD sebab lelaki itu dah menyukainya sejak dulu. Akhirnya mereka berpasangan tapi banyak dugaan yang mereka akan tempuh sebab HTS ni disukai oleh seorang perempuan yang merupakan bekas kekasih bosna dulu. Dan SMD ni pulak disukai oleh adik lelaki kawan baik TSH tadi. Biasalah…cinta bersegi-segi.

Sekarang ni baru episod 6. Masih ada lagi 14 episod dan dah lama saya tak teruja macam ni hehehe….Bila layan satu-satu episod beberapa kali memang tengah kemaruklah tu.

when a man's in love

Picture-76

photo286789

photo277943

Mari Cuba Masukkan Entri Setiap Hari : Apabila Tuah demam

Saya langsung tak masukkan apa-apa entri pada bulan Mac. Kesal tak kesal memang salah sayalah. Hehehe…Kalau ikutkan saya nak masukkan entri ni dulu sebelum entri pasal Zalora tu tapi sebab semalam idea tersekat, saya dahulukanlah pasal cik zalora.

Hari semalam (Rabu) adalah hari pertama saya masuk kerja selepas 6 hari bercuti menjaga si handsome, Tuah. Dia demam start dari hari Selasa minggu lepas sampai la Selasa minggu ni…cukup seminggu.  Huhuhu…yang mencabarnya sebab dia demam yang tak kebah. Bagi paracetamol dia kebah la sekejap, lepas tu badan dia panas semula. Time dia kebah tu, dia bangun bermain sekejap. Rasa badan dia pun dah tak panas. Saya pun rasa lega tapi tulah kelegaan tu sekejap. Selang 2-3 jam dia akan kembali lemah, merengek dan menangis. Saya dapat rasa badan dia rasa sakit dan tak selesa sebab hidung dia berhingus.

Macam-macam petua dan ikhtiar, saya dan my adeng buat. Pagi Selasa saya memang dah tak masuk kerja. Bawak tuah pergi Klinik Medic, Seksyen 4 Tambahan. Macam biasa doktor akan bagi ubat selsema, paracetamol, ubat batuk dan spray hidung. Saya tahu ubat-ubat ni memang tak berapa elok untuk budak. Jadi, ikhtiarnya saya cuma beri Tuah minum paracetamol. Yang lain-lain tu saya abaikan.

Memang terpaksa kerap mandikan dia dan tuam badan Tuah sebab tak nak bagi terlalu panas. Malamnya, Tuah merengek. Kitaorang tak tahan tengok dia. Kesian. Pukul 12 kitaorang gerak ke HUKM. Setelah diperiksa, Tuah dibenarkan balik dan sekali lagi dibekalkan dengan paracetamol. Huhuhu…Doktor perempuan tu pesan kalau hari Jumaat demamnya tak kebah lagi, kena bawak Tuah ke HUKM sekali lagi untuk ambil darah. Takut suspect denggi. Ya Allah…dalam hati memang saya berdoa harap-harap demam Tuah tidak sampai ke tahap itu. Takutnya. Berdoa supaya demam Tuah kebah sebelum Jumaat.

Namun, kita hanya berdoa, Allah jualah Pengaturnya. Jumaaat malam Tuah masih demam. Tengah malam tu kitaorang sekali lagi ke HUKM. Kali ni agak lama di situ. Lebih kurang 5 jam spent masa di Unit Kecemasan HUKM tu. Tuah menangis time diambil tekanan darah, suhu badan, time ambil darah apatah lagi. Saya dah nak menangis masa tu. Tapi pengalaman menjaga Tuah dalam NICU dulu membantu saya menguatkan hati. Kesian anak ibu! Perkara yang paling saya mahu elakkan, terpaksa juga saya lalui. Pedih hati melihat tangannya dicucuk. Sejak dari dalam inkubator setahun lepas itulah proses yang terpaksa dilalui oleh Tuah. Nasib baiklah dia seorang anak yang kuat.

Kami menunggu keputusan darah sehingga lebih kurang pukul 4. Tuah dibenarkan balik sebab darah dia clear cuma ada virus yang menyebabkan dia demam. Demam tu sebenarnya bagus. Itu adalah tanda anak kita melawan penyakit.  Ya Allah…alhamdulilah. Dan sekali lagi diberi paracetamol. Pukul 6, kami sampai di rumah.

Selain ke klinik dan hospital, kitaorang cuna cara alternatif dan tradisional. Saya gosokkan ibu kunyit dan sapu kat dahi dan batang hidung Tuah untuk keringkan hingus dia. My adeng belikan air Anugerah dan air zam-zam untuk lap kat badan Tuah dan bagi dia minum. Minyakpun dah macam-macam minyak kitaorang sapu kat badan Tuah. Ayah dia beberapa kali urut badan dia sebab takut dia demam urat. Selain tu, saya jeramkan juga kepala Tuah dengan air asam jawa dan daun bung raya. Saya buatkan air penawar yang saya baca sendiri tapi keadaan Tuah masih sama. Ya Allah…bingung jadinya.

Kalau keadaan Tuah berterusan macam ni, memang saya tak boleh hantar Tuah ke Taska walaupun dia dah sihat. Nak tak nak memang kena mintak tolong ummi saya jaga Tuah bila saya dah kerja nanti. Hari Isnin, saya masih tak kerja. Saya tak yakin nak tinggalkan Tuah dengan ummi dengan keadaan badan dia yang masih panas. Lagipun, saya tak nak terlalu bebankan ummi.

Dahlah bingung dengan keadaan dia, risau lagi bila dia tak nak makan. Yelah saya faham, dia macam kita juga tak ada selera makan bila demam. Tekak dia merah sikit, masa doktor check first time aritu. Itupun, saya suapkan kismis. Nasib baik dia nak. Time nampak dia okey sikit saya bagi dia biskut, dia makan jugalah tapi tak habis macam biasa.

Petang Isnin, kitaorang ke Klinik Medic sekali lagi. Kali ni saya bengang sebab doktor yang biasa periksa Tuah tu tak ada. Diganti dengan doktor lain yang saya ibaratkan doktor yang malas. Just check macam-macam tu lepas tu bagi ubat. Memang saya tak confident dengan doktor tu. Fikir punya fikir…saya  cakap dengan my adeng, elok kita cari klinik pakar kanak-kanaklah dan my adeng setuju. Kitaorang terfikirkan Klinik Azzahra tapi memang tahu dah klinik tu ramai orang setiap masa. So, mulalah my adeng google. Akhirnya jumpa Klinik Pakar Ibu dan Anak-anak An-Nur kat Jalan Reko. Kitaorang terus ke situ tapi rehat pulak dari pukul 1 hingga 6 petang. so, kitaorang decide nak pergi malam nanti.

Dari situ, kitaorang pergi cari bubur Tuah kat Ani Sup Utara. Bubur kat situ memang kegemaran Tuah. Harap-harap sangat Tuah nak makan. Dah siap beli, saya ajak my adeng pergi Darussyifa kat Seksyen 2. Mula-mula ingat nak ambil air penawar je tapi bila my adeng tanya, orang kat situ kata boleh bawak anak sekali terus kitaorang bawak Tuah. Nasib baik orang tak ramai. Kena tunggu lagi 5 orang. Elok lepas azan Asar, sampailah giliran Tuah. Air tu kena bagi dia minum dan mandikan dia 3 petang berturut-turut. Malam pulak kena sapu kat muka dan dada dia.

Lepas Maghrib kitaorang ke Klinik Pakar An-Nur. Jumpa dengan Dr. Awaluddin. Doktor ni sangat peramah. Teruja dia bila jumpa Tuah siap kata..ni anak bertuah ni. Dah namanya pakar, ,memang dia periksa betul-betul. Dia periksa tekak, paru-paru dan pernafasan Tuah. Tekak Tuah memang merah lagi dan sehari dua, dia start batuk pulak.  Then dia bagi ubat demam (bukan lagi paracetamol) ubat selsema, batuk dan antibiotik. Kali ni saya terpaksa mengalah. Terpaksa juga bagi antibiotik kepada Tuah sebab dia dah demam lebih dari 5 hari. Saya bulatkan hati. Takpelah, bagilah semua ubat tu kat Tuah. Yang penting Tuah cepat sihat. Saya dah usaha dengan macam-macam cara dan kali ni kenalah mengalah. Doktor juga dah masukkan ubat punggung. Tapi bukan paracetamol yang macam HUKM tu. Saya tak perasan nama ubat tu. Masa kat klinik tu memang Tuah meragam lagi tapi elok sampai rumah dia dah nak bermain. Nampaknya barulah lut ubat tu dengan Tuah. Oh, ya, total semua RM175. Tak kisahkan, demi anak tersayang.

Kesimpulannya, bila Tuah demam sampai seminggu macam ni memang ibunya jadi bingung dan buntu. Inilah kali pertama dia demam lama macam ni. Selalunya kalau beralih bulan, dia memang akan demam tapi sehari je. Lepas makan ubat dan tuam badan, dia dah baik. Ummi kata, ni demam nak beralih tahun. 2 hari ni ummi yang jaga. Semalam saya tanya ummi, Tuah memang sihat sepenuhnya dan tak meragam langsung bila saya tak ada. Alhamdulillah lega rasa hati. Jadi, selepas ni, dah pengalaman anak demam macam ni, lepas ni lebih tenanglah menghadapi situasi begini ya Ibu Tuah?

Ini semua mengajar erti kesabaran dan ketabahan kan? Terutama dalam menjaga amanah Allah iaitu anak-anak. Ibu loves Tuah. Smile!

tuah demam

 Masa kat Darussyifa. Mata dia merah sebab selsema yang agak teruk