Rumah Cantik Katanya…

Waaaahhhh dah lamanya tak menepek sesuatu kat sini. Sejak bertukar unit ni, saya rasa radar kehidupan saya berubah sedikit. Ada masa sangat sibuk macam tak cukup masa sebab kejar nak siapkan kerja. Dulu relaks-relaks je siapkan artikel.

Baru-baru ni pun, persiapan untuk adakan mesyuarat utama company macam nak buat program sehari padahal mesyuaratnya separuh hari je. Pulak tu hari kejadian saya boleh sakit kepala yang teramat sangat. Makan ubat pun tak baik. Try jugak dok relaks tak hilang jugak. Sudahnya terpaksa jugak gigihkan diri memandu balik dari Hotel Pacific KL ke rumah. Mata dah sembab tahan sakit. Sakitnya! Sampai rumah telan ponstan pastu terus tidur. Tu pun bangun rasa macam pening-pening sikit.

Esoknya EL. Dah duduk rumah nak tak nak buat kerja rumah jugaklah. Basuh kain, lipat kain, vakum rumah. Petang, sakit kepala semula. Makan lagi ponstan huhu. Sebenarnya dah risau sebab kira dah 3 hari sakit kepala. Dah mula memikir sakit apa aku ni? Tak tahu lah sebab terlalu penat dengan kerja? Menghadap jammed yang luar biasa 2 minggu ni?

Memang dah terfikir nak take a rest semalaman kat mana-mana. Rehat kat rumah pun akan buat kerja jugak. Kebetulan Tuah pulak nak request nak pergi rumah cantik. Dia tak request actually. Dia tanya kat ayah dia, “Ayah, bila kita nak pergi rumah cantik?” hehehe…

Saya pun dah bagitau my adeng nak relaks kat mana-mana. Yang dekat dan tak tempuh perjalanan yang panjang. Maka sibuklah my adeng cari hotel. Dalam kepala saya memang dah set nak ke Seremban je. Ni kira kali ketiga kitaorang lepak kat hotel ni. My adeng cadangkan jugak ke PD, saya kata takpelah survey la dulu hotel. tapi hati tu berat sebenarnya sebab PD tahu-tahulah hujung minggu mesti jammed dan crowded. Last2 memang ke Royale Bintang Spa & Resort jugaklah kitaorang.

Saya memang suka hotel ni. Sebab hotel ni terletak dalam kawasan Taman Tasik Sremban. Menghijau dan tenang rasanya. Poolnya pun cantik. Sapa yang pernah datang sini tahulah. Tapi pandangan setiap orang berbeza-beza. Harga pun affordable. Dah kali ketiga of course la dapat diskaun sikit.  Yang penting saya boleh relaks…lepak atas katil je hehe.

Satu lagi, saya suka breakfast kat sini. Setakat ni hotel yang ada hidangkan teh tarik time breakfast. Makanan pun pelbagai. Tak makan semua pun. Mana nak muat perut.

Tengahari Sabtu kitaorang gerak ke Seremban. Layan jammed dulu kat highway. Sampai pukul 2 lebih singgah pergi makan tengahari dulu kat Seremban Prima. Kat pukul 4 check in. Apa lagi terus lepaking haha.

Aktivitinya just layan Tuah ngan Saif mandi pool. Yang penting diorang pun seronok. Kalau 2 malam takut bosan pulak. Dan saya…duduk atas katil sambil main Candy Crush Saga haha…

pool

pintu depan Royale Bintang

qualitytime

Al-Fatihah Buat Ustaz Asri

Aku menerima berita pemergian insan ini melalui facebook daripada kiriman Hafiz Hamidun. Antara dengan tidak percaya..aku cuba mencari kepastian. Iya, sememangnya berita itu harus kuterima sebagai hakikat, kepulangan hamba-Nya kepada Sang Pencipta. Sesungguhnya, masa buat insan bernama Asri Ibrahim ini telah tiba ketika umat Islam akan menyambut Ramadhan tidak berapa lama lagi. Aku terlalu merasakan pemergian arwah kerana aku pernah berbual, berbual di telefon dan mengirim sms, dengan arwah semua atas dasar kerja semasa pejabatku menganjurkan satu program di Melaka pada bulan Februari yang lalu.

Aku harus akui, aku gemar dengan sikapnya yang lembut dan masih mampu melayan semua peminatnya walaupun dalam keadaan kurang sihat dan keletihan.  Nak berurusan dengan dia pun sangat mudah dan senang. Aku pernah bawakan cerita itu dalam post sebelum ini. Entah kenapa, aku terasa terlalu dekat dengan arwah. Semoga dia bahagia berada di sana. Takziah buat ahli keluarganya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini. Rasanya entah kali ke berapa air mataku tumpah membaca cerita-cerita mengenai Allahyarham.

ustaz asri

Gambar diambil daripada asrirabbani.blogspot.com

Ada Lagi Cerita Kat Cameron

Aku sengaja nak cerita details pasal trip aku kat Cameron. Nak tajamkan skill bercerita ngeh…ngeh…ngeh. Aku dan my adeng bertolak hari ahad dari KL dalam pukul 9 pagi macam tu lah. Sampai sana dalam pukul 1 lebih melalui susur keluar ke Tapah. My adeng tak bawak laju pun. Aku malas nak drive memandangkan jalan bengkang bengkok macam tu. Hehehe.

Disebabkan tak boleh check in lagi, kitaorang merayaplah ke Ladang Teh Boh. Tak minum pun teh kat situ. Cuma snap beberapa keping dan beli teh kat situ untuk diberikan kepada family. Pemandangan memang cantik, rasa macam kat Switzerland je.  Hehehe. Tak adalah…tapi aku rasa puas hati sebab boleh tengok keindahan ciptaan Allah. Terbayang-bayang lagi kehijauan ladang teh tu.

Lepas tu, kitaorang terus naik sampai Brinchang dan terus ke Kea Farm yang memang popular dengan sayur-sayuran yang segar. Kira hari pertama tu, memang kiatorang survey harga barang yang paling murah. Dah rasa macam dah penat, kitaorang check in di Rumah Peranginan Persekutuan yang my adeng dah booking dan bayar sebelum kitaorang pergi sana. Wahhhh..teruja aku tengok tempat tu. Cantik, tak seperti yang aku bayangkan. Atas bukit dan dekat dengan pintu masuk tu ada satu ladang strawberi. Sebenarnya, aku tak adalah teruja dengan strawberi ni. Sebab aku dengan my deng memang mempunyai citarasa yang sama, sama-sama tak suka sangat dengan buah tu. Hehehe.

Sebelum ni, aku memang dah beritahu kan? Memang surprise tengok bilik dia yang besar tu. Sekali lagi tanggapan aku silap. Sebab aku fikir bila bayar RM25 semalaman, biliknya mesti kecil tapi hakikatnya…tak begitu. Lebih besar dari bilik kat Impiana, KLCC. Tapi kekurangannya ialah tak ada iron, sabun mandi, tuala. Tak kisah sangat pasal tu sebab semua peralatan tu kitaorang dah bawak. Kipas atau air cond memang tak adalah sebab dah tempat sejuk kan?

Dah petang sikit, kitaorang berjalan lagi. Kali ni turun semula sampai ke Ringlet. Hajat hati nak cari tempat makan untuk dinner nanti. My adeng nak makan steamboat. Akhirnya jumpalah satu restoran yang ada steamboat..RM16 untuk dua orang. Murah tu… Jadi, kitaorang mengambil keputusan untuk makan di situ malam nanti. Pastu kitaorang boleh jalan-jalan lagi naik ke Brinchang semula. Alahai..aku rasa macam dah boring dh ni. Kiranya semua kedai yang ada tepi jalan tu kitaorang singgah. Hahahaha. Dah tu..takkan nak lepak kat bilik walaupun kat bilik ada Astro? Petang tu aku beli pelekat kat peti ais tu kat Kea Farm.  Dapat RM10 untuk 5. Ni kira dh habis survey la ni. Hehe. Malam, lepas dah mandi dan solat Maghrib, Isyak, kitaorang pergilah ke restoran tu. Ingatkan macam ramailah orang makan kat situ tapi rupa-rupanya tidak. Disebabkan aku dah terlalu lapar aku order nasi goreng kampung. Dah tu, bila dah makan nasi, terasa kenyanglah pulak. Tapi, disebabkan nak jaga hati my adeng, aku makanlah juga  steamboat yang boleh makan untuk 4 orang tu. Banyaknya bahan-bahan dia. Hmm…makanan kat restoran ni kira sedaplah juga. Boleh diterima oleh tekak aku. Dah selesai satu hari, kira satu hari dah habis kitaorang pusing Cameron.

Untuk dua hari lagi tu, rutinnya macam biasa lah. Mana-mana tempat yang kitaorang rasa tak singgah lagi, kitaorang singgah. Udara memang sejuk dan menyamankan. Hehehe. Aku belikan souvenir untuk kawan-kawan pejabat. Biasalah, my adeng siap cakap kat aku, awak ni membeli macam satu opis tu awak nak bagi. Aku senyum jelah. Apa salahnya kan? Ingatan untuk kawan-kawan.

Hmmm…nak cerita pasal anak patung. Aku memang tak rancang langsung nak beli anak patung tapi sejak hari pertama aku nampak anak patung tu aku rasa berkenan sangat. My adeng suruh beli tapi serba salah sebab harganya dalam RM30. Memang besar dan cute! 3 hari aku fikir sama ada nak beli ataupun tak. Aku usya my adeng mintak dia belanja. Mula-mula dia tak nak tapi pujuk punya pujuk last sekali, dia murah hatilah nak belikan anak patung tu untuk aku. Hehehe…seronoknya! Harga pun dah turun, dapat dalam RM25. Tak sangka pulak, bila my sister datang rumah, dia pun berkenan dengan anak patung tu. Siap cakap, kenapa tak belikan untuk dia sekali? Manalah aku tahu, kan? Tak apalah, lain kali boleh beli lagi. Ataupun kalau ada sapa-sapa pergi sana, aku nak kirimlah.  Habislah cerita aku di Cameron. Hehehe.

 

 

 

Rehat-rehat di Cameron

Hujung minggu lepas, aku dengan my adeng ke Cameron Highlands. Boleh tahanlah sejuknya terutama awal pagi dan waktu malam. Ini kali kedua aku ke tanah tinggi tu. Kali pertama dengan kawan-kawan sepejabat, sambil kerja sambil jalan-jalan. Kali kedua ni, memang jalan-jalan semata-mata. Hmm..bolehlah tapi kalau lama sangat macam boring la pulak sebab satu hari saja kitaorang dah habis pusing satu Cameron. Hehehe.

Tapi tak kisah sangat sebab memang jimat jugalah sebab kitaorang menginap kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands; RM50 untuk dua malam. Biliknya besar. Terkejut kitaroang bila masuk bilik tu. Ini bukan bilik biasa ni. Hehehe. Kalau ikutkan hati banyak juga barang yang aku nak beli tapi aku selalu ingatkan diri aku sendiri untuk berjimat cermat.

Suhu waktu malam memang sejuk. Waktu kitaorang duduk makan kat satu gerai kat Brinchang tu, kitaorang boleh menggigik kesejukan. Hai, nasib baiklah juga aku terniat nak bawak baju sejuk. Kalau tak mahu beku aku kat situ. Hehehe. Jom tengok apa yang kitaorang beli kat sana. Kitaorang beli kaktus, sayur, pokok cili, pokok halau nyamuk, pelekat peti ais, coklat strawberi dan jagung. Aku lupa nak snap gambar barang-barang tu. Walaupun barang tak banyak tapi puas hati la juga.

3 days in cameron

Ni kat Ladang Teh BOH.  Sangatlah jauh rasanya.

3 days in cameron

Kilang memproses teh BOH

3 days in cameron

Posing depan Ladang Teh Bharat

3 days in cameron

Banyaknya kaktus kat kedai ni. Rambang mata!

3 days in cameron

Really love this moment!