7 Hari Mencintaiku Memikat Hatiku

Tirai kisah hati Khuzairi dan Mia Adriana dah pun berlabuh Khamis lepas. Dengar ceritanya drama ni paling trending di laman sosial dan dinobatkan sebagai drama nombor 1 paling digemari tahun ni. Saya suka… saya suka… kata Memey Upin Ipin.

Novel ni memang dah ada kat rak buku saya. Beli tahun 2011 siap ada tandatangan penulis lagi,  Siti Rosmizah. Seingat saya tak hadam sangat la cerita ni masa tu. Tapi bila dah keluar drama baru saya baca betul-betul.

Akhirnya ada juga drama yang mengatasi drama Suri Hati Mr Pilot yang bagi saya tak ada apa yang menarik pun. Maaf saya tak tengok sangat. Tak boleh blend dengan lakonan Fattah Amin dan Neelofa. Dah la banyak la sangat guna bahasa Inggeris. Sorry team produksi SHMP. Saya penonton biasa dan saya berhak bagi pendapat kan?

7 hari Mencintaiku ni memang lain  daripada drama popular kebelakangan ni.

Pertama, latar dramanya di kampung. Dapat tengok sawah padi. Rumah kampung yang memang asli tak ada apa-apa pengubahsuaian. Bilik air edisi kampung. Scene duduk atas pangkin. Scene duduk atas tangga rumah. Sukalah. Dah banyak sangat drama berlakon dalam rumah besar. Cerita ni memang bagi satu sisi yang berbeza. Nak-nak lagi opening yang sangat menghijau di sawah padi.

Kedua, pada mulanya saya tengok sebab saya memang suka lakonan Shukri Yahaya. Bagi saya dia melakonkan wataknya dengan ikhlas. Dan saya perasan dia sering suka bawakan kelainan dan penampilan yang berbeza dalam watak yang dibawanya. Dalam ceita ni saya memang melting dengan kebaikan dan kesabaran Khuzairi. Dia anak yang baik kan? Tapi boleh tahan bergegar jugak kan bila dia marah hehe…

Kemudian saya suka dengan watak Zaidi. Seterusnya watak-watak lain seperti Mak Leha, Pak Samad, Helmi, Sophie, Syakila, Buntat dan of course Mia Adriana. Makin bagus dak Siti Saleha ni berlakon. Geram betul tengok kesombongannya. Dan kesian pula bila terpaksa menagih kasih seorang suami.

Ketiga, terselit mesej yang amat berguna untuk masyarakat kita yang semakin luntur dengan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Ibu yang sangat sayangkan anaknya. Walaupun cara Mak Leha tu salah. Asyik menangkan si Helmi tu je. Ikatan persahabatan antara Khuzairi dan Zaidi. Dek dah lama bersahabat, masing-masing dah memahami perangai masing-masing. Cuma sikit sangat scene Khuzairi yang terkejut bila Zaidi bakal jadi adik iparnya hehe Lakonan Mak Andak pun saya suka. Menonton drama ni seumpama menonton sebuah kisah benar masyarakat. Saya tak nampak Shukri Yahya or Siti Saleha tapi watak yang diaorang bawak.

Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita hehe. Setakat ni memang tak boleh move on lagi. Apapun, tahniah kepada seluruh warga kerja 7 Hari Mencintaiku. Tajuk pun simbolik dan tersirat kan.

7harimencintaikuTak boleh nak buat apa..memang suka poster ni. Cantik.