Dia semakin dewasa

Assalamualaikum…

Tuah Eid Fahri, permata hati saya ini sudah menginjak dewasa. Alhamdulillah, tahun hadapan umurnya dah menganjak 4 tahun. Melihat dia bermain, melompat, berguling, berkata-kata seakan tidak percaya dialah cahaya hati yang saya lahirkan 3 tahun lalu. Allahuakbar! Benarlah, Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya. Meskipun kami masih perlu menghadiri temujanji-temujanji di HUKM, tapi kami sedar ujian ini untuk menguji kesabaran kami suami isteri.

Daripada temujanji yang sangat kerap dulu, kini dah makin berkurangan. Cuma masih perlu jalani pemeriksaan telinga, mata dan fisioterapi pertuturan. Kalau ikutkan ujian telinganya dah tak ada masalah tapi disebabkan speech therapist tengok dia lambat sikit perkembangan pertuturannya, jadi kenalah rujuk kepada klinik telinga HUKM. Kan telinga dan pertuturan mempunyai kaitan yang sangat rapat. Apa yang dia dengar itulah yang dia tuturkan. So far, pendengaran dia ok tapi semalam doktor kata masih ada cairan/lendir di belakang telinganya sebab pemeriksaan telinga kanan Tuah tak berapa cantik. Jadi, kena ulang lagi pemeriksaan bulan 2 nanti. Saya berdoa supaya tidak ada apa-apa yang serius.

Sekarang Tuah dah mula pakai cermin mata sebab dia rabun dekat. Mula-mula susah la sebab dia asyik cakap tak nak, tak nak. My adeng yang banyak main peranan. Alhamdulillah, dia dah boleh pakai seharian dari pagi sampai petang. Sampai ada masa tak nak tanggal pulak hehe…

Kalau ikutkan, pertuturannya  semakin hari semakin baik. Makin banyak perkataan yang dia cakap. Walaupun ada pelat dan ada juga sesetengah perkataan yang tak jelas apa yang dia maksudkan tapi saya rasa perkembangannya sangat bagus.

Anak ini sedang melalui frasa kanak-kanak yang saya harap sangat menyeronokkan walaupun adakalanya saya dan my adeng terlepas tahap kesabaran lantas menaikkan suara dan memarahinya. Ya, kadang kala kerenah dan lakunya menguji kesabaran. Lazimnya kami mahu mempraktikkan kaedah berlembut tetapi sering saja kesabaran kami diuji apabila arahan diberikan tidak dipatuhi. Lantas meninggilah suara menolak segala pendekatan yang kami mahu praktikkan…(hehe ayat jiwang sikit)

Kamulah anugerah terindah buat ibu dan ayah. Semoga menjadi anak soleh, sayang. Berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

* Gambar tak ada sebab dia susah nak beri pose menarik kalau saya yang ambil gambar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s