Apa khabar semua???

Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi sesiapa yang terajin menjenguk ke blog yang berhabuk ni. Ops…sebelum terlupa. Masih sempat lagi kan ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Serius..saya memang nak upload dah cerita terbaru. Taip dalam ipad last-last lupa nak appear. Dah bersalin anak kedua ni penyakit lupa saya makin menjadi. Huhuhu…takut pulak.

Alhamdulillah…aritu dah cerita pasal kelahiran baby Saif, kan? Tapi kata nak sambung kan? Lupa lagi…

Hari ni nak cerita life saya sekarang dengan kehadiran adik Tuah. Hmm…merenung Tuah saya bagaikan tak percaya dia semakin menginjak dewasa. Semakin keletah dan becok. Dah ada adik pun. Alhamdulillah dengan rezeki yang tak terjangka Allah beri. Tuah bukan main sayang dengan adiknya. Kejap-kejap dia cium Saif. Saif pun 3 bulan lebih. Dah pandai tengok abang dia bermain, layan keletah abang dia. Sengih-sengih kalau abang dia cium. Alahai….indahnya rasa momen itu.

Dah ada anak 2 ni memang sibuk la. Rasanya saya kurang rehat tapi tak apa kan…Susah pun time dioarang kecik ni. So, jangan mengeluh sebab nanti bila diaorang dah besar kita mesti rindu kenangan masa ni.

Saya baru 2 minggu kerja. So far, ok. Pagi sebelum pergi kerja saya susukan dia direct dan untuk kat taska saya bekalkan dia dengan susu ebm. Minggu pertama, saya bekalkan 3 botol. Minggu ke-2, pengasuh dia mintak tambah 1 botol lagi. Rasanya memang Saif kuat menyusu lagi daripada Tuah.🙂 Masa bawak dia ke klinik kesihatan untuk cucuk 3 bulan, berat dia 6.2 kg. Alhamdulillah…geram tengok pipi ngan paha dia. Rasa nak gigit!

Actually saya update blog ni kat opis hehe. Sorry boss! Ok…got to go!

saif ibuSaif Eid Fathi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s