Cuci Lumut Kat Blog Hehe….

Kalau ikutkan ada 2 entri saya nak upload kat blog. Masa tu taip kat ipad ingatkan dah upload sekali tengok takde. Kecewa la sebab teruja nak update blog tapi tetiba jadi macam tu. Geram pun ada. Sebab tu kadang-kadang malas je nak update. Padahal banyak je story yang boleh dikongsi. Okey…yang terbaharu dalam hidup saya….

1) Alhamdulillah…cerpen yang saya hantar untuk kompilasi dalam Kapsul Nurani dah diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa 2014 lepas. Merasa la ada buku sendiri walaupun kongsi dengan 49 penulis lain. Satu pencapaian untuk saya.🙂 Terima kasih kepada Puan Zalila Isa yang dah berjaya paksa saya untuk hantar juga tulisan tu. Dia memang banyak memberi inspirasi. Thanks, ya?

kapsulnuraniInilah bukunya!!!

2) Syukur alhamdulillah…new born baby lahir 27 April lepas. Boy lagi,🙂 kawan  Tuah. Tapi, kali ni tak bagi nama Jebat, ya? Tak tahu la saya tak suka sangat nama Jebat. Dia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Kalau ikutkan doktor memang bagi tarikh 29 April untuk saya bersalin. Doktor advise saya bersalin operate jugak sebab kelahiran pertama dulu terlalu awal. 27 minggu masa Tuah dulu…rahim tak bersedia lagi sebenarnya. Kiranya rahim tak cukup matang untuk dibedah so ada risiko kalau saya pilih untuk bersalin normal. Doktor kata berkemungkinan jahitan dalam tu tertetas masa meneran dan sebabkan bayi lemas. Jadi, bila bincang dengan my adeng kitaorang setuju nak operate jugak kali ni. Entah la…saya takut jugak nak bersalin normal. Antara yakin dengan tak masa beritahu kat doktor hari tu. Tawakal je…Saya beritahu doktor saya tak nak bersalin 29hb tu nak jugak bersalin bulan 5. Sebab pertama, saya dah set baby ni lahir bulan 5 dan sebab kedua, saya suka nombor 5. Tapi yelah, perancangan Allah jugalah yang terbaik.

Hari Sabtu tu, saya siap mengemas rumah, cuci bilik air sebab prepare ummi ngan mak mertua nak datang nanti. Tak nak la rumah bersepah-sepah. Petang tu, pergi jalan ke Mines pulak. Cari barang-barang dapur yang dah habis. Masa tu, bila ingat balik memang saya dah rasa lain macam. Kalau ikutkan hari Jumaat tu pun dah rasa macam tak larat sangat. Sampai tak jadi saya nak pergi Pesta Buku padahal dah sampai kat Jalan Ipoh. Tak berani nak menapak sorang-sorang ke PWTC. Pagi Ahad tu, bangun macam biasa…lepas Subuh baring-baring. Tuah pulak start demam. Masa saya duduk tengok Tuah, rasa ada banyak cecair keluar dari bawah. Saya dah rasa cuak. Memang baru saja baca tentang tanda-tanda bersalin. Kalau air ketuban pecah mesti lepas tu ada rasa sakit tapi saya langsung tak rasa sakit. Saya relaks dulu takut saya terkencing. Dah cuci duduk lagi dekat Tuah. Dah la risaukan keadaan Tuah. Harap sangat saya tak perlu ke hospital. Tak nak tinggalkan Tuah dalam keadaan dia tak sihat macam tu. Tapi bila cecair tu keluar lagi banyak saya dah nak start menangis. My adeng pulak keluar cari sarapan. Mulut berdoa lagi..tak nak pergi hospital. Dah makin lama makin banyak sampai kena pakai pad, saya call my adeng. Dia kata, dia baru nak pegi cuci motor. Dia ajak pergi hospital. Saya pun start packing barang saya. Nasib baik barang baby dah pack awal-awal. Tapi dalam hati tak berhenti-henti doa, tak nak kena warded.

Panjang cite kali ni hehe….tak abis lagi nih. Sempat sarapan nasi lemak dulu. Call adik mintak dia jagakan Tuah. Nasib baik dia tak ada apa-apa plan hari minggu tu. Tunggu dia sampai baru saya ngan my adeng pergi HUKM. Terus ke kecemasan O&G. Sekejap je prosesnya dan akhirnya memang saya kena bersalin jugak aritu. Terkejut. Doktor tanya kenapa? Bukan ke puan nak operate? Betul…tapi bukan secepat ni saya jawab. Jadi impian saya nak lahirkan baby bulan 5 tak kesampaian. Saya dibawak ke wad. Katanya pukul 3 tapi mungkin sebab nak call doktor dan sediakan bilik bedah so lepas Asar baru saya ditolak ke bilik bedah.

Bersambung…

Kena sambung nanti…dalam pantang ni cepat pening mengadap huruf-huruf ni. Nak rehat sekejap. Baby pun dah nak susu tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s