Buku ini sangat menginspirasikan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Entri pertama saya di tahun 2014.

Saya tidak tergolong di kalangan orang yang teruja menyambut tahun baru kerana tidak mahu terikut-ikut dengan budaya barat yang terlalu sibuk dengan sambutan tahun baru. Tetapi saya tetap jadikan setiap tahun baru itu sebagai penanda aras untuk saya capai sesuatu. Terima kasih ya Allah, kerana masih memberikan nafas buat hamba-Mu ini. Walaupun masih banyak kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan, sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah surut buat saya dan keluarga. Masih banyak perkara yang sama mahu lakukan terutama untuk Tuah dan bakal adiknya.🙂

Membaca dan menghayati catatan Nazali Noor dalam buku Ulu Yam di Liverpool, Aku Bukan Mat Salih Celup lebih memberikan kesedaran kepada saya betapa terlalu banyak impian saya yang mahu lakukan tetapi saya biarkan ia terperuk jauh dalam minda saja tanpa saya berusaha untuk merealisasikannya. (Mood tulisan agak official sebab kesan yang sangat mendalam daripada pembacaan buku ni).

Kenapa saya kata buku ini sangat menginspirasikan?

Pertama – Sesungguhnya dengan sejujurnya saya bersyukur kerana ‘dipertemukan’ dengan buku ini dan dibukakan hati untuk membelek isinya. Antara genre buku yang saya gemari ialah buku motivasi tetapi buku seperti ini tidak banyak dalam koleksi perpustakaan saya. Sebab saya takut ‘ditipu’. Yalah, niat membaca mahu memotivasikan namun selalunya saya kecewa dengan kandungan buku yang langsung tidak membangunkan spiritual saya. Saya tahu, apa-apa perubahan yang kita mahu lakukan bergantung kepada diri sendiri tetapi bak kata Nazali kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk membantu kita merealisasikan impian sekurang-kurangnya dengan sokongan dan dorongan mereka.

Kedua – Buku ini adalah buku motivasi pertama yang saya baca dan habiskan dalam masa 3 hari sahaja (disebabkan kekangan rasa mengantuk yang cepat pada waktu malam sejak preggy ni). Selalunya rasanya tak khatam buku genre macam ni saya baca. Tetapi, buku ini buatkan saya jadi tak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya dalam hidup Nazali. Sehinggakan saya bawa buku ni ke pejabat dan menghadiri temujanji Tuah di HUKM. Serius saya teruja!

Ketiga – Saya sangat terkesan dengan kehidupan Nazali yang sangat menghargai orang-orang di sekelilingnya. Bukan sahaja ibu bapa, isteri, anak-anak, adik-beradik tetapi juga pelajar-pelajarnya dan sesiapa sahaja. Bagaimana dia terlalu menghargai emaknya? Menyanjung ayahnya? Dan sangat menghargai Puan Ainon…isteri kesayangan yang digambarkan sebagai pendamping paling setia buat dirinya. Mungkin masih ramai orang seperti Nazali. Mungkin juga tak ramai. Tetapi Nazali telah mengangkat watak-watak penting dalam hidupnya dengan ayat yang ringkas namun menyentuh perasaan. Rasanya saya cemburu dengan Puan Ainon yang dilihat sebagai orang paling penting dalan hidup Nazali.Ya, dia telah mengungkapkannya dari hati yang paling dalam dan sebab itulah dia telah berjaya menyentuh hati saya.

Keempat – Beliau berjaya membawa kisah hidupnya daripada seorang kanak-kanak biasa di Ulu Yam hingga menjadi orang luar biasa di Liverpool. Sememangnya dia bertuah dipertemukan dengan 5 watak yang telah memberi impak mendalam dalam dia mengenali potensi diri sendiri.

Saya rasa mahu mempromosikan buku ini kepada sesiapa sahaja. Jadi, jika anda juga mahu sesuatu seperti ini apa kata dapatkan buku ni di kedai-kedai buku berhampiran. Haha..beriklan pulak kita ya?. Buku wajib baca untuk individu yang mahukan sesuatu yang menginspirasikan. Tadi saya dah whatsapp cover buku ni dalam group adik-beradik saya. Senang rasa hati!

Buku ni khabarnya antara buku terlaris di MPH. Dah masuk cetakan kedua. Okey…insya Allah nanti kita sambung di entri seterusnya untuk saya singkap apakah impian saya selama ini?

Terima kasih.

ilhamfatihah.

ImejAmbil dari website alaf21

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s