Manisnya Kemenangan Pahang

Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat pembaca blog saya yang tak seberapa ni hehehe…sebenarnya ada ke orang baca blog yang selalu bersawang ni eh?

Akhirnya, setelah sekian lama tidak bersiaran…hari ini dengan penuh semangat saya muncul untuk becerita tentang kejayaan skuad Tok Gajah @ Pahang memenangi Piala Malaysia hari Ahad lepas.🙂 Sambil menaip pun, senyumanku lebar terukir di bibir. Chewah!

Mahu tak happy? Sangat-sangat gembira. Yelah, dah lama sangat Pahang tak menang apa-apa piala bola sepak. Dah lama sangat bola sepak Pahang suram. Tapi, tahun ni kebangkitan Tok Gajah memang luar biasa!

Saya akui…saya bukan peminat tegar bola sepak tapi kalau ada pasukan Malaysia atau Pahang yang main saya follow jugak. Walaupun tak adalah nak tengok sepanjang 90 minit tu…Uishhh sangat berdebar ok? Tapi, final Piala Malaysia hari tu, saya boleh tengok dari awal hingga akhir. 57 minit pertama tu memang berdebar la tunggu gol tak muncul-muncul lagi. Bila Matias Conti dah jaringkan gol, barulah rasa lega sikit. Tapi bila tinggal 10 minit terakhir rasa berdebar tu lagi kuat. Takutnya Kelantan jaringkan gol sama macam time diorang lawan ATM aritu. Dah lah bukan main agresif Kelantan asak kubu Pahang. Akhirnya, bila pengadil tiup wisel penamat barulah boleh rasa lega. Fuh!

Rezeki memang berpihak kepada Pahang tahun ni. Tapi yang paling best, memang Pahang pamerkan permainan menarik, tersusun, kemas dan bersungguh-sungguh.  Dari awal minit lagi diaorang asak kubu Kelantan. Nampak beno diaorang bersemangat waja nak menang. Hehehe…suka…suka.

Dan disebabkan kemenangan tu, setiap hari saya tekun baca ruangan sukan di suratkhabar, google, tengok berita dan rancangan sukan yang berkaitan dengan kemenangan Pahang sebagai juara Piala Malaysia. Over kan? Memang patut pon. Dah 21 tahun Pahang tak pegang Piala Malaysia.🙂

Okeylah, berkalung-kalung tahniah untuk semua pemain skuad Tok Gajah ; Khairul Azhan, Jalaluddin Jaafar (Saifulnizam Miswan), Razman Roslan, Damion Stewart, Shahrizan Salleh, R. Surendran (Mohd Fauzi Roslan), Hafiz Kamal, Amirulhadi Zainal, R. Gopinathan (Mohd Faisol Hussain), Azamuddin Akil, Matias Conti  jurulatih Dollah Salleh, Zainal Abidin Hasan, pengurusan PBNP yang telah tonjolkan kecemerlangan untuk bola sepak Pahang tahun ini. Begitu juga dengan Elephant Army yang setia memberi sokongan walau di mana skuad Tok Gajah bermain. Memang kemenangan ini sangat manis.

Harap-harap tahun depan team Pahang lebih berjaya dan memenangi lebih banyak piala.

pasukanpahang2013 matiasconti revolusitemerloh

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s