Mari Cuba Masukkan Entri Setiap Hari : Apabila Tuah demam

Saya langsung tak masukkan apa-apa entri pada bulan Mac. Kesal tak kesal memang salah sayalah. Hehehe…Kalau ikutkan saya nak masukkan entri ni dulu sebelum entri pasal Zalora tu tapi sebab semalam idea tersekat, saya dahulukanlah pasal cik zalora.

Hari semalam (Rabu) adalah hari pertama saya masuk kerja selepas 6 hari bercuti menjaga si handsome, Tuah. Dia demam start dari hari Selasa minggu lepas sampai la Selasa minggu ni…cukup seminggu.  Huhuhu…yang mencabarnya sebab dia demam yang tak kebah. Bagi paracetamol dia kebah la sekejap, lepas tu badan dia panas semula. Time dia kebah tu, dia bangun bermain sekejap. Rasa badan dia pun dah tak panas. Saya pun rasa lega tapi tulah kelegaan tu sekejap. Selang 2-3 jam dia akan kembali lemah, merengek dan menangis. Saya dapat rasa badan dia rasa sakit dan tak selesa sebab hidung dia berhingus.

Macam-macam petua dan ikhtiar, saya dan my adeng buat. Pagi Selasa saya memang dah tak masuk kerja. Bawak tuah pergi Klinik Medic, Seksyen 4 Tambahan. Macam biasa doktor akan bagi ubat selsema, paracetamol, ubat batuk dan spray hidung. Saya tahu ubat-ubat ni memang tak berapa elok untuk budak. Jadi, ikhtiarnya saya cuma beri Tuah minum paracetamol. Yang lain-lain tu saya abaikan.

Memang terpaksa kerap mandikan dia dan tuam badan Tuah sebab tak nak bagi terlalu panas. Malamnya, Tuah merengek. Kitaorang tak tahan tengok dia. Kesian. Pukul 12 kitaorang gerak ke HUKM. Setelah diperiksa, Tuah dibenarkan balik dan sekali lagi dibekalkan dengan paracetamol. Huhuhu…Doktor perempuan tu pesan kalau hari Jumaat demamnya tak kebah lagi, kena bawak Tuah ke HUKM sekali lagi untuk ambil darah. Takut suspect denggi. Ya Allah…dalam hati memang saya berdoa harap-harap demam Tuah tidak sampai ke tahap itu. Takutnya. Berdoa supaya demam Tuah kebah sebelum Jumaat.

Namun, kita hanya berdoa, Allah jualah Pengaturnya. Jumaaat malam Tuah masih demam. Tengah malam tu kitaorang sekali lagi ke HUKM. Kali ni agak lama di situ. Lebih kurang 5 jam spent masa di Unit Kecemasan HUKM tu. Tuah menangis time diambil tekanan darah, suhu badan, time ambil darah apatah lagi. Saya dah nak menangis masa tu. Tapi pengalaman menjaga Tuah dalam NICU dulu membantu saya menguatkan hati. Kesian anak ibu! Perkara yang paling saya mahu elakkan, terpaksa juga saya lalui. Pedih hati melihat tangannya dicucuk. Sejak dari dalam inkubator setahun lepas itulah proses yang terpaksa dilalui oleh Tuah. Nasib baiklah dia seorang anak yang kuat.

Kami menunggu keputusan darah sehingga lebih kurang pukul 4. Tuah dibenarkan balik sebab darah dia clear cuma ada virus yang menyebabkan dia demam. Demam tu sebenarnya bagus. Itu adalah tanda anak kita melawan penyakit.  Ya Allah…alhamdulilah. Dan sekali lagi diberi paracetamol. Pukul 6, kami sampai di rumah.

Selain ke klinik dan hospital, kitaorang cuna cara alternatif dan tradisional. Saya gosokkan ibu kunyit dan sapu kat dahi dan batang hidung Tuah untuk keringkan hingus dia. My adeng belikan air Anugerah dan air zam-zam untuk lap kat badan Tuah dan bagi dia minum. Minyakpun dah macam-macam minyak kitaorang sapu kat badan Tuah. Ayah dia beberapa kali urut badan dia sebab takut dia demam urat. Selain tu, saya jeramkan juga kepala Tuah dengan air asam jawa dan daun bung raya. Saya buatkan air penawar yang saya baca sendiri tapi keadaan Tuah masih sama. Ya Allah…bingung jadinya.

Kalau keadaan Tuah berterusan macam ni, memang saya tak boleh hantar Tuah ke Taska walaupun dia dah sihat. Nak tak nak memang kena mintak tolong ummi saya jaga Tuah bila saya dah kerja nanti. Hari Isnin, saya masih tak kerja. Saya tak yakin nak tinggalkan Tuah dengan ummi dengan keadaan badan dia yang masih panas. Lagipun, saya tak nak terlalu bebankan ummi.

Dahlah bingung dengan keadaan dia, risau lagi bila dia tak nak makan. Yelah saya faham, dia macam kita juga tak ada selera makan bila demam. Tekak dia merah sikit, masa doktor check first time aritu. Itupun, saya suapkan kismis. Nasib baik dia nak. Time nampak dia okey sikit saya bagi dia biskut, dia makan jugalah tapi tak habis macam biasa.

Petang Isnin, kitaorang ke Klinik Medic sekali lagi. Kali ni saya bengang sebab doktor yang biasa periksa Tuah tu tak ada. Diganti dengan doktor lain yang saya ibaratkan doktor yang malas. Just check macam-macam tu lepas tu bagi ubat. Memang saya tak confident dengan doktor tu. Fikir punya fikir…saya  cakap dengan my adeng, elok kita cari klinik pakar kanak-kanaklah dan my adeng setuju. Kitaorang terfikirkan Klinik Azzahra tapi memang tahu dah klinik tu ramai orang setiap masa. So, mulalah my adeng google. Akhirnya jumpa Klinik Pakar Ibu dan Anak-anak An-Nur kat Jalan Reko. Kitaorang terus ke situ tapi rehat pulak dari pukul 1 hingga 6 petang. so, kitaorang decide nak pergi malam nanti.

Dari situ, kitaorang pergi cari bubur Tuah kat Ani Sup Utara. Bubur kat situ memang kegemaran Tuah. Harap-harap sangat Tuah nak makan. Dah siap beli, saya ajak my adeng pergi Darussyifa kat Seksyen 2. Mula-mula ingat nak ambil air penawar je tapi bila my adeng tanya, orang kat situ kata boleh bawak anak sekali terus kitaorang bawak Tuah. Nasib baik orang tak ramai. Kena tunggu lagi 5 orang. Elok lepas azan Asar, sampailah giliran Tuah. Air tu kena bagi dia minum dan mandikan dia 3 petang berturut-turut. Malam pulak kena sapu kat muka dan dada dia.

Lepas Maghrib kitaorang ke Klinik Pakar An-Nur. Jumpa dengan Dr. Awaluddin. Doktor ni sangat peramah. Teruja dia bila jumpa Tuah siap kata..ni anak bertuah ni. Dah namanya pakar, ,memang dia periksa betul-betul. Dia periksa tekak, paru-paru dan pernafasan Tuah. Tekak Tuah memang merah lagi dan sehari dua, dia start batuk pulak.  Then dia bagi ubat demam (bukan lagi paracetamol) ubat selsema, batuk dan antibiotik. Kali ni saya terpaksa mengalah. Terpaksa juga bagi antibiotik kepada Tuah sebab dia dah demam lebih dari 5 hari. Saya bulatkan hati. Takpelah, bagilah semua ubat tu kat Tuah. Yang penting Tuah cepat sihat. Saya dah usaha dengan macam-macam cara dan kali ni kenalah mengalah. Doktor juga dah masukkan ubat punggung. Tapi bukan paracetamol yang macam HUKM tu. Saya tak perasan nama ubat tu. Masa kat klinik tu memang Tuah meragam lagi tapi elok sampai rumah dia dah nak bermain. Nampaknya barulah lut ubat tu dengan Tuah. Oh, ya, total semua RM175. Tak kisahkan, demi anak tersayang.

Kesimpulannya, bila Tuah demam sampai seminggu macam ni memang ibunya jadi bingung dan buntu. Inilah kali pertama dia demam lama macam ni. Selalunya kalau beralih bulan, dia memang akan demam tapi sehari je. Lepas makan ubat dan tuam badan, dia dah baik. Ummi kata, ni demam nak beralih tahun. 2 hari ni ummi yang jaga. Semalam saya tanya ummi, Tuah memang sihat sepenuhnya dan tak meragam langsung bila saya tak ada. Alhamdulillah lega rasa hati. Jadi, selepas ni, dah pengalaman anak demam macam ni, lepas ni lebih tenanglah menghadapi situasi begini ya Ibu Tuah?

Ini semua mengajar erti kesabaran dan ketabahan kan? Terutama dalam menjaga amanah Allah iaitu anak-anak. Ibu loves Tuah. Smile!

tuah demam

 Masa kat Darussyifa. Mata dia merah sebab selsema yang agak teruk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s