Pengalaman Beli Barang di Zalora Malaysia. Thumbs Up!

Al kisah nak dijadikan cerita, saya telah terbuka hati nak beli barang kat Zalora Malaysia. Lebih kurang 2 minggu jugalah saya jenguk website zalora untuk review betul-betul barang yang saya nak beli. Tapi target saya pada masa tu memanglah nak beli handbag sebab handbag yang baru saya sebulan kat Parkson Kajang berjenama Polo telah koyak bahagian dalamnya. Bahagian luar masih cantik dan elok tapi bahagian yang terkoyak tepi zip dan kocek kecil yang simpan handphone dan duit siling habis koyak. Saya masih boleh bertahan sebab fikir baru je beli. Lagipun, jenama polo tu…Memang kecewalah.

Okey, kembali kepada cerita bershopping di zalora. Sebelum ni saya agak pesimis dengan shopping online ni nak2 lagi di zalora yang saya saya dah baca tentang beberapa komen yang mengatakan servicenya sangat teruk. Tapi itu dulu agaknya. Setelah terima banyak komen of course mereka dah menaiktaraf mutu perkhidmatan mereka kan?

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatannya. Sehari saya order dan buat pembayaran, esoknya saya sudah terima beg tu. Hahahahah…sangat gembira. Walaupun warna beg yang saya dapat tu tak seperti yang saya gambarkan dan saya ambil masa lebih kurang 3 hari berfikir sama ada nak gunakan beg tu atau pulangkan  semula kepada zalora. Lagipun rasa macam berat je pulak. Belom lagi saya masukkan wallet, buku nota dan ipad saya.

Fikir punya fikir dan tanya kawan-kawan pejabat, akhirnya saya pakai juga handbag tu sudah pastinya dengan hati yang gembira. Dah pakai baru rasa cantiknya beg ni. Hehehehe…terima kasih zalora kerana telah meyakinkan saya untuk membeli secara online. Sekarang rasa macam dah kemaruk nak bershopping kat zalora. Oh tidaaaakkkk!!!

kotak

Kotaknya selamat sampai di atas meja kerja saya. Guna alamat pejabat, senang nak terima.

Kalau kat rumah susah pulak nanti nak pergi tuntut kat pejabat pos. 

alfio raldo bag
Tadaaa…inilah begnya. masih ada lagi stoknya kat zalora rasanya

One thought on “Pengalaman Beli Barang di Zalora Malaysia. Thumbs Up!

  1. Hazirah says:

    Hi, I am Hazirah from Zalora. Saw this entry. I would like to invite you to join our affiliate program. Do reply to my email so I can give more information to you.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s