Dah selamat langsaikan hutang

Hutang apakah itu? PTPTN kah? Oh tidak. Yang tu belum dapat saya selesaikan. Memang ada rasa tak best sebab hutang belajar masih ada tapi…disebabkan caj perkhidmatan yang menyusahkan tu buatkan saya malas nak bayar. Lagi pun duu saya rajin jugak bayar melalui maybank2u tapi saya lupa kata laluan akaun PTPTN saya tu jadi memang dah agak lama hutang tu tak dibayar.

Okey, berbalik kepada tajuk. Sebenarnya itu hutang puasa tahun lepas. Alhamdulillah…dapat juga saya buat sementara mak mertua saya ada kat sini. Adik saya kata saya ambil kesempatan tapi tolonglah … sebab saya masak sendiri makan untuk berbuka. Kalau dia yang masak memanglah saya terpaksa mengiyakan ‘tuduhan’nya. Hehehe…

Ada 8 hari yang perlu diganti. 2 hari saya buat tahun lepas, 2012. Dan baki 6 hari lagi tu 3 hari selepas cuti raya Cina aritu dan bersambung dari Isnin lepas hinggalah hari ni. 

Ummi saya memang selalu suruh ganti puasa cepat-cepat. Senang hati takde lah last  minute nak masuk Ramadhan yang baru baru sibuk-sibuk nak puasa. Entah-entah masa tu tak sihat ke….period datang awal ke…kerja kat pejabat perlukan kejar dateline ke. Apa-apa sajalah sebab yang boleh  menangguhkan qada’ puasa tu. Kalau tak sempat kan dah kena bahan fidyah dan puasa ganti jugak. Biarlah kita bersepah-susah dahulu maksudnya tengok orang lain bersuka ria makan sekarang ni daripada  kita terpaksa berkejar nak qada’ ‘ puasa di saat-saat akhir. 

Jadi, kepada kaum hawa yang belum ganti puasa tu jom kita tunaikan kewajipan tu. Boleh pilih saja ada nak buat hari kerja atau hari Sabtu, Ahad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s