Nak komen pasal drama Adam dan Hawa

Dah 2 minggu drama Adam dan Hawa menamatkan siaran. Habis je episod akhir saya memang berkobar-kobar nak komen pasal drama ni. Ada beberapa perkara yang saya tak puas hati. Tapi tidak semua lah saya masukkan. Lagi pun buat apalah nak membebel beriya-iya pasal drama ni. Abaikanlan kekurangan tu sebab drama ni memang dah mencetus fenomena selepas Nur Kasih (2009) dan Nora Elena (2011).

Kalau ulasan ni dapat hadiah ok jugak kan? (Tetiba jadi mata duitan).

Saya menonton AH melalui online selalunya di blog ezany-kun. Tak tahulah dia ni lelaki atau perempuan. Tetapi sangat berterima kasih dengan usaha gigihnya memuatnaik drama ni setiap hari. Selalunya selepas pukul 12 tengah malam barulah boleh tengok.

Permulaan episod selalu saya tonton di hp saya, dalam perjalanan ke pejabat. Tapi makin lama episodnya semakin membosankan. Jadi darjah keterujaan tu dan menurun. So, time episod yang boring tu bila masa saya lapang baru saya tengok.

Ok….review drama ni. Saya tidak ada masalah dengan lakonan para pelakonnya. Cuba saya sedikit bermasalah dengan skripnya. Ada masanya dialognya kurang bijak. Contoh saya scene yang saya  ingat dan rasa tak logik….time doktor yang rawat Ain tanya u belajar kata mana? Ambil course apa? Pastu dialog abis macam tu je. Aik? Cubalah buat dialog ilmiah sikit. Contohnya…doktor tu jawab…ooo…saya pun minat dengan perniagaan tetapi kalau diberi peluang saya lebih suka bisnes online. Awak pula macamana?

Memanglah nampak macam tak munasabah, orang tu tengah sakit tapi bercerita pasal kerja. Tapi bagi saya nak berkongsi idea ni tak kiralah di mana-mana kan? Cuma kalau Ain tu tengah menahan sakit tapi buat dialog macam tu memang tak kenalah. Tapi sampai sekarang saya memang tak setujulah scene tu walaupun scene tu ada dalam novel. Rasanya kalau tak buat pun tak menjejaskan cerita tu.

Lagi satu yang tak logik…anak Ain dan Adam tu…bukannya baby baru lahir. Baby baru lahir sepatutnya banyak tidur. Kecil dan tak pandai gelak lagi. Ish tak paham jugak dengan produksi ni. Takkanlah antara ramai krew atau pelakon tu tak boleh cakap atau tegur pasal tu. Rasa macam mencacatkan sikit episod akhir tu. Rasanya dalam blog lain ada jugak komen pasal ni.

Lagi apa yek? Haaa….Ain Hawani dan Adam Mukhriz tak banyak bermain dengan ekspresi muka untuk tunjukkan kasih dan cinta mereka yang mendalam. Semuanya diluahkan dalam bentuk kata-kata yang kadang-kadang kita boleh rasa kadang-kadang rasa macam sekadar lontaran dialog sahaja. Contoh, masa Ain dan Adam terserempak kat parking kereta hospital tu. Sepatutnya kalau nak main dengan jiwa penonton, mesti ada renungan mata penuh cinta dan rindu antara mereka. Saya tak setuju langsung dengan dialog Ain masa tu. Huhuhuhu….

Okey lah…istilah serba sedikit review daripada saya sebagai penonton biasa ni. Masing-masing ada pendapat sendiri. Jadi, terpulang lah sama ada nak setuju atau tak dengan review saya.  Tak payah tepek gambar lah. Semua gambar yang saya nak semua takde kat uncle google.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s