Pakai kasut atau tak sewaktu memandu

Hehehe…tajuk memang ada unsur skema terlampau sikit. Saya sebenarnya dalam usaha nak gunakan bahasa Melayu baku tetapi usaha tu memang agak mencabar dalam suasana sekarang yang banyak guna bahasa pasar dan short  form. Tapi tak pelah sekurang-kurangnya saya mencuba.

Eh berbalik kepada tajuk. Suka betul meraban dulu. Saya rasa ramai wanita kat luar sana yang tak pakai kasut time memandu termasuklah saya….dulu…hehehe….dulu tu pun baru 2 minggu ni bertukar dari tak pakai kasut ke pakai kasut. Itu pun sebab ada insiden yang berlaku time saya drive.

Abah saya pun pernah tegur sebab kami empat beradik perempuannya semua drive tak pakai kasut. Sebabnya apa? Lebih confident kalau buka kasut. Rasanya ramai setuju dengan alasan ni.

Ok….mari saya story bagaimana saya menukar tabiat saya ni. Saya start drive tahun 2008 sehinggalah tahun 2013 ni, bayangkan dah berapa tahun saya biarkan kaki kanan saya telanjang apabila menekan minyak. Kesian kaki saya.

Satu hari, masa tu saya tengah drive dengan collegue saya nak balik  ke pejabat lepas lunch. Tiba- tiba kaki saya rasa sakit. Kena simpul biawak tu. Terpaksalah saya berhenti tepi  jalan untuk redakan sakit.

Dia offer nak drive. Saya kata tak pelah saya bertahan dulu. Pastu bila dah lega sikit, saya tekan minyak dan kena sekali lagi. Kalau siapa yang pernah kena simpul biawak ni memang tahu macamana rasa sakitnya.

So terpaksalah tukar drive. Sambil duduk sebelah tu saya urut kaki. Kawan saya cakap sebab tu lah kena pakai kasut time drive. Sebenarnya ada kesan negatif kalau amalkan macam tu. Sendi atau tulang kaki kita tu bekerja lebih sebab terpaksa tekan minyak direct tanpa alas kaki.

Selepas dari tu, saya insaf. Sebelum ni pernah juga cuba pakai kasut tapi rasa tak selesa dan tak yakin. Sebab tu saya biarkan saja. Tapi lepas tu saya usaha juga pakai kasut time drive. Mula- mula tu janggal sikit tapi dah masuk minggu kedua ni rasa tak best pulak kalau tanggal kasut. Betullah bagai dikata alah bisa tegak biasa.

Semalam snap gambar kaki tengah tekan pedal minyak tapi buruk pulak tengok kaki saya so entri ni takde la gambar.

So….sesiapa yang tak pakai kasut time drive tu cuba-cubalah pakai kasut eh? Lagi pun peraturan memandu pun kena pakai kasut. Apa salahnya….ini kan perubahan ke arah kebaikan.

Hari ni saya upload jugak gambar yang saya snap semalam. Tak puas hati, nak letak gambar jugak.

kaki?

Gambar ni diambil time kereta berhenti takkanlah tengah drive nak snap gambar kot??

2 thoughts on “Pakai kasut atau tak sewaktu memandu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s