Luahan di Jumaat petang

Hari ni saya tak kerja. Bukan ambil cuti tapi el sebab Tuah tak sihat. Dia tak demam tapi panas dalam sebab pagi tadi tengok tahi mata banyak kat mata dia. Dia sampai nangis-nangis sebab tak boleh bukak mata. Saya perahkan susu badan kat kapas kemudian tekap kat mata dia. Barulah bersih.

Dia memang asyik merengek sepanjang malam. Tidur pun tak lena. Kalau dah macam tu saya pun tak lenalah tidurnya. Kesian pulak tengok dia. Petang semalam ambil dia dari taska saya tengok hidung dia berair. Alahai….selsema pulak dia. Pastu saya perasan ada budak perempuan dalam umur 3 tahun yang berhingus. Memang sahlah berjangkit. Padahal pagi tadi elok saja Tuah takde hingus. Cepat betul berjangkit.

Comot saya tengok anak saya. Nak buat macamana…pengasuh ada seorang. Cikgu tadika ada seorang. Dia orang berdualah yang pulun buat kerja. Memasak, mengemas, menjaga budak, mandikan budak, mengajar budak. Pelik jugak saya. Sepatutnya pemilik taska tu sediakanlah tukang masak dan tukang kemas. Entah apalah masalah taska tu.

Kalau ikutkan…memang ada la certain perkara yang saya tak puas hati dengan taska tu. Masa mula-mula dulu saya tegur pasal kebersihan. Nampak dah ok. Cuma kadang- kadang bila saya ambil Tuah dan cium kepala Tuah, ada bau tak best. Macam bau kepam. Saya agak mesti comforter tempat dia orang baring tu yang berbau camtu. Sebab saya pernah masuk bilik tempat Tuah tidur, hmmm memang itu baunya.

Semalam saya tanya pengasuh. Susu Tuah cukup tak? Dia kata susu takde masalah. Sebab sebelum ni saya bekalkan Tuah susu 4 auns tapi saya bahagikan 2. Tapi Tuah dah makin besar takkan dia minum 2 auns je sekali minum. Selalu saya dapat pam 4 auns saja kat pejabat. So, start minggu ni saya dah tak asingkan. Untuk 2 lagi sesi dia minum susu, saya bekalkan susu formula yang saya dah letakkan siap-siap dalam bekas mengikut sukatan keperluan Tuah iaitu 3 ceduk untuk 3 auns air.

Ok tu bab susu. Rupa-rupanya, pengasuh tu kata yang kurangnya makananlah. Saya dah suuspend masa tu. Alamak, anak aku tak cukup makan ke? Selama ni dia orang takde pun beritahu saya. Dalam minggu ni saya ada bekalkan roti dan biskut untuk Tuah. Ok la…dia orang bagilah makanan tu. Dia cakap memang bergantung kepada bekalan. Habis tu kalau takde, tak makanlah? Saya tanya semula. Makan….biskut jugak la yang dia belikan. Alahai….entahlah saya rasa sedih pulak. Selama ni saya ingat anak saya cukup makan. Rasa bersalah pun ya sebab tak bekalkan Tuah dengan bekalan yang lebih mengenyangkan.

Jadi, mulai minggu depan saya kena buat sesuatu. Nak salahkan diorang pun tak guna. Diaorang pun tak cukup kaki tangan. Sian anak ibu. Ibu cuba ya sayang masakan sesuatu untuk bekal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s