Pertama dalam 2013

Asalamualaikum pembuka bicara. Ewah macam nak berpantun pulak kan? Oleh kerana ni entri pertama untuk tahun ni kan lebih berkat kita mulakan dengan kalimah salam? Alhamdulillah…Allah masih panjangkan umur kita untuk bernafas dan terus menghimpun bekalan ke alam yang lebih kekal.

Memang dah lama sangat saya tak update blog ni. Ni bukan tahap bersawang dah ni. Dah jadi macam tahap nak tertimbus dah ni hehehe….tak adalah. Memang saya bukan blogger tegar. Kadang-kadang tu saya nak je unload cerita terkini tapi bila ada masalah je nak upload maka saya mulalah malas nak mencuba lagi.

Hari ni saya cuba gunakan iPad untuk tulis kat sini. Aritu dah cuba tapi percubaan gagal. Entah macamana entah entri tak habis taip lagi tapi dah save. Padahal saya banyak nak cerita terutama pasal Tuah. Sepatutnya saya nak masukkan sambutan birthday dia yang simple dan hadiah surprise yang my adeng beri untuk birthday saya aritu. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi seriously surprise yang my adeng buat memang berjaya. Nanti la next entri saya ceritakan. Tahun lepas dia send bunga kat rumah. Masa tu saya masih cuti jaga Tuah. Dia kata nanti ada orang hantar barang. Rupa-rupanya sejambak bunga hehehe….

Tahun ni saya akan cuba update blog sekerap yang boleh. Aritu wordpress ada hantar summary untuk pencapaian blog saya sepanjang 2012 tapi saya segan nak upload sebab malu la….tak aktif mana pon.

Ok…tuan rumah berundur dulu la. Macam biasa kalau duduk rumah mesti banyak kerja rumah yang nak dibereskan sebelum sambung kerja pagi esok.

* Ada kekurangan jugak upload entri melalui Ipad…salah ejaan dan mata saya sedikit serabut nengok perenggan ni tak justify. So, kenalah juga saya gunakan pc untuk edit entri ni.

p.s. Mahu lakukan perubahan sedikit demi sedikit untuk permulaan 2013 ini. Doakan saya.

a_smile_for_you_by_allisoneplz-d3cw9ov

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s