Tuah yang bertuah…

Ya…memang banyak stori nak cite kat sini pasal budak bertuah..Tuah ni. Nak mula dari mana, ya?

Ok…kita mulakan dengan tahap kesihatannya dulu. Bulan 9 dan awal bulan bulan 10 ni memang mencabar. Tuah asyik tak sihat je. Dari sakit mata, bawak ke badan panas setiap tengah malam, pastu terpaksa jugak ke hukm. Sampai kena ambil darah. Doktor kata ada jangkitan sikit dalam darah dia. Tapi so far dia masih aktif so tak payahlah admit wad. Lepas tu selsema ngan batuk dia still tak hilang. Tambah lagi dia kurang nak makan. Nestum dia laju la tapi saya memang nak stopkan dah nestum tu. Nak start bagi dia makan makanan rumah.

So saya telah membuat keputusan untuk beli supplement bagi tambah selera dia makan dan antobodi dia. Sebab saya perasan, batuk dan selsemanya datang bila dia balik dari taska. Maksudnya, kalau weekend dia nampak ok tapi start je ari Isnin batuk ngan selsemanya datang balik. Huhuhu…tak ke risau ibunya ni? So, apa yang saya beli? Saya beli Mealshake Shaklee, susu tepung Iqra Milk, order trial pack susu tepung Karihome dan try masuk peraduan susu S26. Haaa..semua sekali saya order. Iqra Milk tu susu yang dicampur dengan kurma, kismis, buah delima, safran dan strawberi n ada bacaan ayat al-Quran. Saya beli sebab Tuah suka kurma ngan kismis. Memang berharap la dia nak minum susu ni.

Jom kita review…adakah Tuah boleh terima semua ni? Hehehehe….So far, alhamdulillah dia nak minum mealshake yang saya bancuh dalam air suam dan sekali saya bagi dia minum campur dengan epal blend. Walaupun saya buat 80z tapi dia minum 1 oz, je, tapi boleh nampak la perubahannya. 2 minggu ni, suap jela makanan apa pun, confirm dia menganga. Syukur sangat. Cuma semalam saya nak bagi dia makan betik, dia tak nak. Sebab saya perasan Tuah dah tak suka makan makanan lembik-lembik ni. Ni la anak bertuah saya. Iqra Milk dia minum sikit je. Karihome tak try lagi. s26 tu, hehehehe tak sangka Tuah terpilih untuk dapat stok 2 bulan susu S26 tu. Tapi..suspennya adakah Tuah mahu minum susu ni? Alahai kena try lagi la. Kalau dia tak nak gak kena let go kat sapa-sapa la.

mealshake

Apa permainan terbaru Tuah? Baru-baru ni ayah dia belikan tools pertukangan tu. Ada gergaji, tukul, spanar tapi yang paling dia minat, tukul. Ke mana-mana dia bawak tukul tu. Sampai kita mintak pun dia tak bagi. Siap tidur pegang tukul tu. Hehehehe..Tuah oh Tuah. Lagi satu sekarang ni dia sangat la suka tarik kad astro. Dia tarik, main la dalam 2,3 saat pehtu dia campak kad tu. Sabo jelah. Lagi dilarang lagi dibuat. Siap dia gelak lagi. Ingat kita ni mengagah dia. Alahai…Kalau kita cakap Tuah tak boleh main kad ni, nanti kad ni rosak. Dia buat le muka tak paham dia tu.

Tuah makin lasak dan kadang-kadang pening ngan kelasakannya tu. Tapi, bila kat opis selalu rindu dia!

Harap-harap Tuah mewarisi kegemaran ibu dan ayah yang sangat sukakan buku🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s