Adam dan Hawa La Pulak!

Sebenarnya banyak sangat stori nak cita terutama pasal dak tecik Tuah yang semakin lasak dan manja tu. Dah ada draf tapi sebab dek terlalu benda nak story mori jadi macam tak tau yang mana satu nak cita hihihi boleh gitu? So, untuk arini kita cita pasal drama hangat sekarang ni…ADAM DAN HAWA.

Mula-mula tau pasal cita sebelum penggambaran lagi. Dok cita pasal hero n heroin dia. Dan saya sangat surprise gak la sebab Nadiya Nissa sebab heroinnya. Ooohhhh tu bukan bermakna saya tak suka kat dia. Tapi, macam tak percaya diorang akan buat drama bersiri dengan heroin yang tidak mempunyai nama yang gah dan rupa seperti Maya Karin dan Erra Fazira. Hmmm….watak tu memang dah ditakdirkan untuk dia. Dan saya suka pembawakan dia sebagai Hawa. Superb! Kalau bayangkan Maya atau Erra yang bawak watak tu macam tak boleh menjiwai jek.

Terima kasih kepada Aisya Sofea sebab dah menengetengahkan bakat baru ini. Takde la baru jugak kan dah pernah dapat award pun. Sangggup berbulan carik pelakon heroin semata-mata nak sesuaikan dengan watak Hawa dalam novelnya. Tapi, ibu Tuah suka lah hehehehehe….

Watak Adam? Memang sesuaaaiii sangat la dengan abang aaron aziz cuma kalau tengok tidak la exactly dalam novel. Dalam novel, orangnya ada darah kacukan macam omputih sikit tapi Aaron Aziz ni memang muka lelaki melayu sejati. Apapun, Aaron adalah tarikan utama untuk ramai mak-mak orang terpegun depan tv menengokkan dia. Cair sekejap jiwa raga hehehehe…

Of course la saya tak langgan HD semata-mata nak tengok drama ni. Walaupun pada mulanya memang tergerak hati jugak. Nasib baik juga akal waras saya menghalang. Dan nasib baik jugak ada insan baik hati yang sanggup upload episod terbaru setiap hari. Terima kasih, ezany-kun. Dalam minggu ni memang saya layan adamhawa dalam kereta sambil drive ke pejabat. Huhuhu…kalau my adeng tau confirm teruk saya kena bebel.

2 thoughts on “Adam dan Hawa La Pulak!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s