Jom Review Ending Dejavu di Kinabalu

Dah abis pun drama ni. Saya suka endingnya sebab Nadira pilih Bazli tapi saya kecewa sebab endingnya tidak ‘berperasaan’. Saya agak camni…shot Nadira dengan Ammar dibuat dahulu. Time tu, feel mesti mendalam sebab first shot kan? Pastu bila dia dengan Bazli, feel tu dah sedikit merudum. Bayangan ending saya macam ni…Bazli pergi kejar Ammar. Sampai kat rumah, sebelum akad nikah sepatutnya Nadira kena pilih antara dua lelaki tu. Masa Bazli, patutnya flashback segala kebaikan Bazli dan masa Ammar, flashback kenangandia dengan Ammar. Baru la ‘memainkan’ perasaan penonton. Baru la syahdu.

Kenapa saya pilih Bazli? He’s nice guy kan? Sanggup lakukan apa sahaja untuk Nadira. Sanggup terima Nadira semula. Yang penting dia sangat sangat cintakan Nadira. Mana-mana orang tua akan pesan ngan kita, kalau nak cari suami carilah lelaki yang lebih cintakan kita daripada kita yang melebih-lebih cintakan dia. Isteri, walaupun sebelum kahwin tak cinta tapi dengan segala kebaikan dan keihklasan yang ditunjukkan oleh suaminya tidak mustahil dia akan jatuh cinta dengan suaminya. Kan? Hehehehe….melebih-lebih pulak rasanya saya ni.

Kenapa saya tak suka Ammar? Ammar tidak yakin dengan cintanya. Sekejap dia kata dia confuse dengan perasaan cinta dia tu. Betul ke dia cintakan Nadira atau Innara disebabkan jantung tu? Tapi depan Nadira dia kata dia sangat cintakan Nadira, tak boleh hidup tanpa Nadira. Banyak dialog dalam drama ni yang buat saya keliru. Pastu Ammar ni sikit-sikit naik kapal terbang. Sikit-sikit pergi Sabah. Sikit-sikit tempah tiket. Bosan! Kihkihkihkih….

Drama ni memang menarik tetapi banyak persoalan yang ditimbulkan untuk suruh penonton fikir sendiri. Apa kesudahan yang berlaku pada Tira?  Confirm ke jantung tu jantung Innara? Melainkan produser drama ni, Puan Jeton Mohd Jiwa nak buat sambungannya. Congrates kepada semua pelakon yang telah berjaya menghidupkan watak masing-masing. Of course pujian untuk my new favourite hero….Nazim Othman. Saya baru perasan kehenseman budak ni kihkihkih…Tapi cara  dia menjiwai watak  sangat superb!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s