Drama Baru Saya Suka: Dejavu Di Kinabalu …Yippiii

Dah lama jugak saya tak menekun drama Melayu pukul 7 kat TV3. Lately takde drama best. Cinta Buat Emelda, saya tak layan. Seindah Sakura, tengok pun sebab Fahrin Ahmad. Itu pun takde la ralit. Sebab rasa cerita tu memboringkan huhu…pehtu tak minat ngan Pashah Sandah tu.

Dan bermula sekarang, dramatis kegemaran saya sudah kembali….Tiz Zaqyah dalam drama Dejavu di Kinabalu arahan Erma Fatima. Hehehehe…suka, suka. Sebab pertama saya suka, or course la sebab Tiz. Kedua, sebab jalan cerita dia. Macam drama Korea Summer Scent. Saya menangis tengok drama Korea nih. Ketiga, saya dah jatuh cinta dengan sinematografinya. Dah la episod 1 semalam start kat Gunung Kinabalu. Cantiknya!

Ni saya letak sinopsisnya:

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.

Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.

Saya rasa saya akan jatuh hati dengan watak NAZIM (Bazli) yang sangat sayangkan TIZ (Nadira)

Ni drama Summer Scent

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s