Dak Tecik…

Dah lama tak cerita pasal dak tecik Tuah. Owh..sekarang dia makin nakal dan aktif. Bersyukur dengan perkembangan dirinya. Dah genap 11 bulan. Dah nak setahun umur dia. Dah kena plan buat birthday celebration untuk si tecik nih. Bukan beriya-iya pun. Sebagai simbol kesyukuran yang saya dan my adeng kini sudah ada dia. Buah hati paling berharga! Eh? Kenapa saya rasa skill menulis saya berkarat???

Alhamdulillah..perkembangan dia memuaskan. Saya tahu tumbesarannya lambat sikit daripada bayi-bayi lain tetapi saya gembira melihat dia sudah pandai meniarap. Suppose dia dah pandai merangkak tapi dia pandai berguling-guling, undur ke belakang dan menyusur macam askar tu.  Dah hampir satu rumah dia jelajah. Momen paling indah bila dia berpusing 360 darjah bila nampak kelibat saya. Suka sangat time tu.

Sekarang, saya hantar dia kat taska. Fuh…tak dapat bayangkan perasaan saya masa hari pertama hantar dia. Saya positifkan fikiran. Doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Minggu pertama, saya hantar dua hari je. Dia dah demam, muntah, cirit-birit. Bayangkan..4 kali kitaorang pegi hospital…tak pembetulan..2 kali hospital, 2 kali klinik. Memang mencabar minda dan fizikal.

Minggu kedua…dia muntah-muntah pulak. Saya sabarkan saja hati. Telefon ummi…luahkan kerisauan. Tanya kawan-kawan, ada tak pengasuh atau taska yang better dari taska sekarang. Macam-macam yang saya fikir. Mungkin dia still belom serasi dengan taska dan pengasuhnya agaknya. Tapi, terpaksa hantar jugak. Masa dia demam tu terpaksa lah saya el. Takkan saya nak kerja jugak kan? Kejam la saya kalau buat macam tu.

Minggu ketiga, ok. Alhamdulillah takde masalah. Cuma dia kurang minum susu dan makan. Dan kemanjaan Tuah amatlah ketara hehehe… tak boleh pengasuh takde depan mata kompem nangis! Alahai anak ibu…kat rumah macam tulah jugak. Itu pun saya keraskan hati jugak. Kalau tak satu kerja tak jadi. Saya ni tak boleh tengok rumah bersepah, kain baju setimbun tak basuh. Lagi tambah stress. Kadang-kadang sambil buat kerja saya pegang Tuah kat sebelah.

Minggu lepas dia batuk ngan selsema pulak. Sabar jelah. Doktor pediatrik dia pun kata, kalau hantar taska memang macam tu. Tak boleh nak buat apa. Dah bercampur dengan budak-budak lain.

Disebabkan tu, Isnin baru ni saya el lagi. Serba salah dibuatnya. Saya tau rekod kehadiran saya memang teruk lately ni. Salah saya jugak. Selasa, terpaksalah saya angkut Tuah ke opis. Bukan main ceria Tuah. Semua orang nak dukung dia. Hehehehe..dia apa lagi lebarlah senyumnya tu. Hari Rabu, hantar semula ke taska. Petang tu tanya pengasuh dia macamana performance Tuah? Dia kata ok. Minum susu habis. Makan bubur pun berselera. Lapang rasa dada saya.

Apa lagi ya? Banyak lagi nak cerita ni. Stop sini dululah. Dah la update blog kat opis hahahaha….

Posing terbaru daripada Tuah

3 thoughts on “Dak Tecik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s