Jangan Terlalu Kecewa, Ok?

Tak tau la patut ke tak apa yang saya rasa ni. Memang saya niat nak breastfeed Tuah seberapa lama yang boleh tapi minggu ni adalah kemuncak kepada runtunan jiwa saya dan rasa bersalah ni. Saya ngaku susu saya tak adalah semeriah susu ibu-ibu lain yang saya tengok kat internet. Ada yang buat stok sampai penuh tempat beku tu. Ada gak sebab terlalu banyak sampai kena beli deep frezer. Memang saya kagum dengan diaorang. Jeles pun ada tapi yelah tu kan rezeki masing-masing. Yang penting, saya kena fikir positif walaupun sikit dibandingkan dengan ibu-ibu lain tapi susu saya tetap cukup untuk Tuah. Pam arini, untuk bekalan ari esok.

Ini antara contohnya. Gambar amik dari cik google

Lately, susu saya memang kurang . Mula-mula macam pelik jugak. Tapi, bila dah baca blog-blog orang lain baru realize yang saya tak berapa rajin nak pam kecuali di opis dapatlah 2 hingga 3 kali pam. Kat rumah memang saya tak pam langsung sekarang ni. Tuah dah makin pandai, dah kenal ibunya, nak mintak dimanjakan lah hehehehe..almaklumlah dah ditinggalkan separuh hari. Memang susah sikit nak pam kat rumah. Kalau dah susukan Tuah, mahu saya tertidur sekali. Tapi rasanya tu semua alasan bagi orang yang tak berapa nak rajin macam saya ni. Sebab tu saya kata, saya kagum dengan ibu-ibu lain yang boleh bangun tengah malam untuk pam susu. Pastu selalu fikir, macamanalah diorang pam satu sesi boleh dapat 2,3 botol. Saya ni nak dapatkan satu botol pun berde’eh jugak (orang Pahang kata).

Sahabat baik saya

Sahabat baru untuk dipakai di rumah

Okey, berbalik kepada perasaan saya nih….disebabkan saya takut susu Tuah tak cukup dan setelah berfikir panjang, saya ambil keputusan beli susu formula 2 minggu lepas huhuhu…Bayangkan, sekali sesi Tuah minum 4 oz. Sepatutnya saya sediakan 4 atau 5 botol iaitu 16 hinnga 20 oz sehari untuk bekalan sebelum saya balik kerja tetapi memang saya sedih saya dapat sediakan 3 botol sahaja. Kadang-kadang dapatlah 4 botol. Itu pun kadang-kadang dapat 3 oz kadang-kadang 4 oz. Tapi yang ajaibnya masa saya tinggalkan 3 botol tu, susu Tuah cukup sebab dia banyak tidur. Lega saya dengar walaupun masa tu susu anmum tu dah ada dalam kabinet dapur tu. My adeng ngan mak mertua saya memang ada sekali dua jugak la push saya suruh saya beli susu formula. Mula-mula saya memang berkeras tapi saya tak sampai hati pulak biarkan Tuah kelaparan semata-mata nak kekalkan breastfeed dia.  Sebab tu saya belikan jugak susu FM tapi dalam hati dok berdoa..mintak2 cukuplah susu Tuah.

Namun….tahap kekecewaan saya memuncak apabila hari Selasa lepas my mother in law berikan juga susu anmum tu. Bukan sebab stok susu yang saya pam tak cukup tapi sebab Tuah asyik meragam hari tu. MIL takut dia lapar sebab tu dia bagi. Dia kata, lepas dia bagi susu anmum Tuah pun tidur. Saya agak, sebab saya dengan my adeng cuti sampai isnin pulak tu ahad ngan isnin tu kitaorang bawak dia pegi jalan, berdukung dari pagi sampai petang mahu tak meragam si kecik tu…

Tapi, malam tu Tuah tak lena tidur. Sekejap pusing, sekejap pusing kiri. Pastu saya perasan, perut dia macam keras. Pagi Rabu tu saya bangun pukul 4.30 sebab baru nak sembahyang Isyak. Tuah pun bangun jugak. Rupanya dia nak poo-poo. Lepas dia poo-poo dia main sorang-sorang pastu saya tengok dia tertidur sendiri. Alahai…agaknya dia tak lena tidur sebab perut dia tak selesa. Cuma saya tak sure puncanya sama ada sebab susu formula tu ataupun puri buah pear yang saya bagi petang tu.

Walau bagaimanapun…(skema sekejap), saya tetap bertekad dengan azam saya untuk susukan Tuah seberapa lama yang boleh. Saya mahu buang jauh-jauh perasaan bersalah ni. Sebab saya tahu, ramai lagi ibu di luar sana yang beri susu formula kat baby mereka bukan sebab tak sayangkan anak mereka tapi disebabkan kekangan masalah yang hanya mereka yang mengalaminya. Sepatutnya saya lebih bersyukur kerana masih boleh memberikan susu badan kepada Tuah selama 8 bulan ni.

So, Ibu Tuah tak perlu sedih-sedih lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s