Dah Kena Kerja Semula

Sekarang ni..memang terasa betul cepatnya masa berlalu. Macam tak percaya dah 6 bulan umur Tuah. Dah 6 bulan juga saya menjaganya sepenuh masa. Macam-macam pengalaman baru yang saya lalui sejak bergelar ibu ni. Masa mula-mula jaga Tuah kat rumah saya rasa macam tak terurus sebab kena berjaga tengah malam 2, 3 kali untuk susukan Tuah. Tapi, makin lama saya semakin sesuaikan diri. Tanggungjawab sebagai isteri pun sedikit terabai. Maaflah my adeng, ya? Hehehe…Saya mula sedar bila terbaca satu pernyataan..Para isteri, jangan lupa menjadi isteri setelah bergelar ibu. Orang yang dah berpengalaman mesti faham apa yang saya lalui. Saya nak adaptkan diri saya dengan suasana baru, dengan perasaan stress lagi, dengan badan yang lemah dan sakit-sakit. Dah la saya ni berpantang tak macam orang lain. Setakat dapat bertungku dan beurut sikit-sikit. Air akar kayu pun saya minum 2 kali pastu stop sebab takut bagi kesan negatif pada Tuah.

Minggu depan saya dah kena mula bekerja. Tak tahulah bersemangat ke tak nak bekerja semula. Dengan nak bangun pagi-pagi, harung jammed, dah la nak pindah opis ke tempat yang lagi sesak. Cuma ada satu kerisauan…saya berniat sangat nak susukan Tuah dengan susu badan selama yang boleh. Sekarang ni pun, saya dah start train semula Tuah pakai susu dalam botol. Mula-mula dia tak nak tapi kena paksa juga la. Tu pun walaupun dah bagi 3 auns dia tetap meragam nak ‘bergantung’ jugak. Baru nak tido. Sepatutnya, sehari saya kena sediakan lebih kurang 18-21 auns  untuk stok dari pukul 6 pagi – 6 petang. Masalahnya, sekali saya pam dapat dalam 2 auns. Paling banyak pun 4 auns. Tupun dalam sehari saya dapat pam 2 kali je. Agaknya saya tak pandai manage masa. Nilah saya dok pikir sekarang ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s