Hero Behind The Scene

Dah lama saya nak share tentang Ayah Tuah. Sebab saya sangat terharu dengan perhatian dan bantuan yang dia berikan sepanjang saya mengandung, bersalin, berpantang, menyusukan Tuah sehingga hari ini. Saya sangat-sangat menghargainya! Jadi, entri ini adalah penghargaan yang teramat besar untuk Ayah Tuah @ My Adeng.

Time saya mengandung

Memandangkan masa saya disahkan pregnant, kitaorang sibuk dengan urusan pindah rumah so, memang kerap berulang dari rumah ke Bangi. Ditambah pulak dengan kerja-kerja mengemas barang-barang yang hendak dipindah. Kena saring dulu sebab rumah kitaorang ni banyak sangat barangnya. Tu pun banyak jugak yang kitaorang tinggalkan. Nasib baik jugak, adik saya Iwan yang sambung sewa rumah tu, so banyak jugaklah barang yang kitaorang let go  kat dia. Pandai-pandai la dia agihkan. Saya just tolong sikit-sikit. Banyaknya saya dok tengok dia buat kerja la.

Time saya bersalin

Dua minggu saya tinggal kat hospital. Bayangkan setiap hari dia datang hospital bawakkan makanan untuk saya, berulang dari Bangi ke HUKM. Hari pertama, saya masih makan lauk hospital tapi atas nasihat ummi ngan mak, dia bawakkan lauk. Apa lagi kalau tak ikan haruan yang dimasak singgang/ goreng/ panggang. Pastu sayur sawi yang digoreng atau dibuat kuah air. Itulah lauk saya. Selalu dia datang time waktu melawat pukul 12 tengahari – 2.00 petang, teman saya kat wad atau bawak saya turun tengok baby. Kemudian dia keluar sekejap, pusing-pusing area Cheras sementara tunggu waktu melawat pukul 4.30 petang. Pukul 7 atau 7 lebih baru dia balik. Mahu tak terharu saya. Bukan calang orang punya kesabaran begitu.

Time saya berpantang

Memang saya beruntung sebab sampai hari ke 40, memang saya langsung tak buat kerja rumah. Even hari pertama saya balik ke rumah, dialah yang tolong mandikan saya. Sebab saya sangat seriau dengan luka pembedahan tu. Ada la tiga hari dia mandikan lepas tu saya mandi sendiri sebab saya kesian pulak tengok dia. Dia memang lelaki yang serba boleh. Dialah yang memasak. Dia masak lauk saya dan dia tak kisah pun makan lauk yang sama. Dia jugaklah yang membasuh kain. Even basuh kain guna mesin basuh, itupun saya tak buat. Saya tahu masukkan baju dalam bakul kotor sajork. Kerja-kerja membasuh botol susu baby yang dibawa balik dari hospital dengan ringan tulangnya dia membasuhnya dan sterilkan dengan air panas. Bila cerita bab lipat kain ni, memang dia malas sikit dulu. Tapi time ni dialah orangnya yang  melipat semua kain yang dibasuh. Walaupun tak kemas macam saya lipat, tapi saya bersyukur sebab dia tak tambunkan baju yang dah dibasuh macam tu jek. Baju baby yang dibawak dari hospital pun dia yang tolong basuhkan. Sampai hari ni, dialah ayah yang sangat rajin membasuh baju anaknya. Saya ada la basuh 2,3 kali.

Sekarang

Dia tak kisah bangun tengah malam susukan baby. Masa Tuah baru-baru balik rumah, saya buatkan stok susu untuk bagi pada Tuah waktu tengah malam. Kalau ada stok dia tolong bagi susu kat Tuah. Ada satu malam, saya tak sedar pun Tuah menangis. Tengok-tengok dia tengah susukan Tuah. Rumah lama dulu, mana pernah dia vakumkan rumah tapi sekarang saya tak payah risau lagi tengok habuk dan sampah. Dia jugaklah yang buat semua tu. Dia support saya untuk breastfeed Tuah. Kalau tengah malam, setengah lelaki takdenya nak berjaga malam temankan isteri menyusukan anak tapi dia memang mengharukan saya sebab tolong pujuk Tuah sementara saya bangun untuk basuh muka. Malah semua barang keperluan Tuah, termasuk baju, diapers, sarun tangan, sarung kaki, tuala, blanket, topi, kain lampin, beg simpanan susu, majoritinya dia yang belikan. Termasuklah katil, stroller, car seat yang dibeli tanpa saya. Dan saya tak kecewa dengan pilihannya sebab dia memang pandai memilih.

Ayah Tuah bukan tipikal lelaki Melayu yang dikatakan hanya tahu membaca suratkhabar dan menyandar depan tv. Saya memang akui dia memang ringan tulang. Memasak pun kadang-kadang kalah saya. Dan saya amat berharap Tuah akan mewarisi kerajinan ayahnya tu. Nyatanya, saya memang bersyukur dikurniakan suami seperti dia yang banyak membantu dan menjadi tulang belakang buat saya.

Terima kasih, my adeng.

My hero behind the scene with our lovely little hero

3 thoughts on “Hero Behind The Scene

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s