Bila Duduk Rumah

Dah lebih 2 bulan saya bercuti termasuk cuti bersalin dan sekarang amik cuti tahunan selama sebulab. Lepas ni saya kena ambil cuti separuh gaji sebab nak beri tumpuan sepenuhnya menjaga Tuah. Sekurang-kurangnya sehingga bulan 1 tahun depan.

Dunia saya sekarang memang rumah dan HUKM hehehe…kalau tak appoinment Tuah, appoinment saya. Sekali sekala dapat la saya peluang keluar sekejap. Keluar sorang-sorang pergi beli barang. My adeng yang tunggu anak kat rumah. Yang penting saya dah siapkan stok susu untuk Tuah. Setakat hari ni, Tuah memang baby yang tak banyak kerenah. Menangis bila lapar dan lampinnya basah je. Tu yang berani tinggalkan sekejap. Tapi memang tak lama. Tak keruan rasanya.

Kadang-kadang, serius cakap ada la rasa boring. Rutin yang sama setiap hari. Tapi bila saya pergi kerja bosan dan serabut pulak dengan jalan jammed dan politik pejabat. Melayan Tuah memang menyeronokkan tapi kalau dapat jalan-jalan dengan Tuah mesti lagi best. Tak apalah, kena sabar la sampai Tuah betul-betul kuat. Nak bagi dia sihat dan kuat sepenuhnya.

Dah lama terfikir nak mulakan tulis novel tapi ish mood malas saya ni sangat menebal. Daripada tengok tv je baik saya buat sesuatu yang berfaedah dan boleh mendatangkan hasil kan? Boleh sebenarnya nak buat sementara Tuah tidur tapi entahlah bila la saya nak sedar diri?

Bila duduk rumah rasa nak kerja. Bila kerja rasa nak cuti??? Huhuhuhu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s