Menjaga Tuah

Sudah agak lama bercuti. Kepala saya macam bersarang je. Yela…tak aktif berfikir sebagaimana waktu bekerja. Sekarang fokus saya sudah tentunya kepada Tuah. Dah lebih 2 bulan usianya kalau ikutkan dari tarikh lahirnya. Tapi kalau ikutkan tarikh dijangka dia dilahirkan, dia sekarang dalam minggu 38. Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira dalam menjaga anak pra matang ni. Perkara yang agak sukar untuk difahami oleh orang sekeliling.

Saya dah tahu la sikit-sikit konsep menjaga anak pra matang ni melalui cerita kawan my adeng dan juga pembacaan di dalam internet. Melaluinya sendiri memang memberi pengalaman baru buat saya.

1)  Tuah tidak boleh didedahkan dengan suasana yang ramai orang. Doktor kata sekurang-kurangnya 6 bulan kena kuarantin kat rumah. Lepas dari itu, boleh cuba bawak dia sekeliling rumah. Dah rasa dia kuat dan boleh adapt dengan suasana sekeliling, baru la boleh bawa pergi shopping complex atau ke mana saja.

2)  Yang paling perlu dielakkan ialah binatang peliharaan, orang merokok, orang batuk dan selsema.

3)  Tak boleh orang pegang-pegang dia. Kalau ikutkan doktor, hanya parent saja yang boleh pegang dia. Inilah yang paling susah nak diterangkan. Kita faham, baby memang menjadi perhatian orang, orang nak cium la, nak dukung la, nak peluk la, tapi baby macam Tuah tak boleh dibuat begitu. Kenapa? Sebab organ dalamannya belum cukup matang dan dikhuatiri jangkitan kuman mudah berlaku. Jangkitan kuman kepada bayi pra matang adalah sangat membimbangkan.

Kalau ada orang nak datang rumah, takkan kita tak bagi pulak tapi memang kena pesan kat orang tu, peraturan yang perlu dipatuhi. Mungkin orang akan mencemuh tapi sebagai parent kita kena ambil berat pasal perkara ni.

Kami sendiri, sebelum pegang Tuah kena basuh tangan atau pakai senitizer. Ya, memang leceh tapi untuk melihat Tuah membesar dengan sihat dan tidak menghadapi masalah itulah yang kami kena lakukan.

Kami terpaksa berkorban untuk balik beraya di kampung. Kalau ikutkan giliran tahun ni di kampung my adeng. Tapi, dah disebabkan saya bersalin awal memang plan tu terbatal lah. Mula-mula, nak balik kampung saya tapi bila dah dengar pesanan doktor, terpaksalah batalkan niat tu dan berayalah kami di kl sajork.

Gambar raya dengan Tuah di rumah sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s