Ramadhan Yang Berbeza

Saya tak postkan apa-apa pun pasal puasa tahun ni. Almaklum la…1 Ramadhan saya belum dapat puasa sebab masih dalam era berpantang. Tak best pulak, tak puasa tapi buat entri pasal puasa. Nak ucap selamat berpuasa kat kawan-kawan pun malas. Baca je mesej yang masuk melalui telefon tapi tak berniat pun nak membalas. Sori, kawan-kawan. Ramadhan tahun ni berlainan. Saya dah bersalin, saya dah ada baby dan rutin harian saya juga berubah.

Arini, baru hari keempat saya berpuasa. Baru rasa mood puasa. Kalau ikutkan my adeng, dia tak bagi saya puasa lagi. Yela, dia takut saya tak larat dan takut tak cukup susu badan. Saya jawab kat dia, ramai lagi yang menyusu badan anak-anaknya tapi boleh je puasa. Yang penting mind set kita dan jaga pemakanan kita terutama makanan untuk banyakkan susu badan.

Hari pertama puasa, saya tak rasa lapar dan letih langsung. Semangat! Ummi saya pun dok tanya, okey tak puasa? Takde apa-apa ke? Pening ke? Hehehehe…alhamdulillah okey, jawab saya. Sebelum makan nasi waktu sahur saya minum susu anmum. Pehtu minum milo campur horlicks. Hasilnya, susu badan mencurah-curah. Kalau takde ke mana-mana sebelum ke hospital, saya sempat la pam lepas sembahyang Subuh. Boleh dapat dua botol. Petang hantar susu dan jumpa Tuah. Walaupun Tuah duduk dalam inkubator tapi sangat penting interaksi dengannya. Rutin kitaorang, sampai NICU…basuh tangan. Kemudian masukkan tangan ikut ‘tingkap’ inkubator tu. Pegang badan Tuah, panggil nama dia. Selalunya, kitaorang sampai dia tidur. Yelah, tu jela keja baby. Baby tidur banyak takpe, bagus untuk tumbesarannya.

Kalau sempat, saya buat ‘kanggaro care’. ‘Kanggaro care’ ni kena buat setengah jam selepas dia minum susu. Takut dia muntah kalau kita buat serta-merta lepas dia minum. Time ni Tuah pandai. Tengah elok-elok tidur, dia boleh celik mata bila ayah dia start bukakkan baju dia. Macam tahu-tahu je orang nak angkat dia. Time duduk atas dada saya, lagi bulat mata dia. Tengok muka ayah ngan ibunya. Alhamdulillah…rasa lega dan seronok sangat melihat perkembangan si kecil tu.

Doktor pun cakap, kena banyakkan sentuhan dan bercakap dengan dia. Bila berat dia dah cecah 1.7kg, insya Allah saya dah boleh mulakan beri susu badan secara direct. Kalau takde aral, bila berat dia dah cecah 1.8kg…bolehlah Tuah balik ke rumah.

Gambar contoh: Beginilah kaedahnya.  Lebih kurang macam ni lah Tuah. Kecik kan? Tengok tangannya. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s