Perkembangan Tuah

Hari ni dah hari ke-29 Tuah dilahirkan. So far, saya memang bersyukur sangat-sangat kerana menurut doktor dan nurse di NICU, Tuah berada dalam keadaan yang stabil dan tidak menghadapi apa-apa masalah. Berat badannya pun makin bertambah. Semalam, saya pergi tengok dia, berat dia cecah 1. 95 kg. Alhamdulillah..Doktor kata, patut saya letak gambar kek kat inkubator dia, meraikan dia dah cecah sekilo. Hehehe…Lampin pun dah nak bertukar. Aritu, pakai lampin khas untuk baby pre mature yang kena beli kat NICU. Pasni dah tukar lampin biasa untuk new born. Ayahnya dah belikan lampin Petpet aritu. Nurse kata, nasib baik sebab lampin lama tu macam dah tak muat ngan dia.

Nakal pun ya. Semalam, waktu nurse tukarkan lampin dia, elok je dia buang air besar. Habis baju n kain alas dia. Banyak lak tu. Nengok muka dia, muka tak bersalah je ahaks… Tuah, Tuah. Pehtu, nurse mintak saya pegangkan dia jap sebab dia nak tukarkan kain alas tu. Boleh pulak dia kencing atas tangan saya. Bertuah betul. Terkebil-kebil mata dia tengok saya. Lega hati saya, bermakna dia berinteraksi macam baby lain. Nurse kata, nak marah anak sendiri, sambil tergelak-gelak.

Lepas setengah jam dia menyusu, saya buat kanggaro care iaitu satu kaedah meletakkan baby di dada untuk membenarkan sentuhan kulit ke kulit dan letakkan baby di antara payu dara ibu. Kepala baby lak kena berpaling supaya telinga dia berada di atas jantung ibu. Ini untuk galakkan tumbesarannya. Dah 3 kali saya buat kanggaro care. Aritu buat, dia merengek, macam marah masa nurse nak letak dia semula dalam inkubator. Sampai nurse kata, amboi garangnya dia. Adik tak leh tido kat sini (atas dada saya). Alahai…sweet sangat rasa masa tu. Rasa Tuah dah kenal ibunya.

Skang, saya kerah tenaga untuk dapatkan susu yang banyak untuk Tuah. Nurse kata, susu saya memang banyak. Memang dia minum tak banyak lagi tapi sebagai persiapan untuk bulan puasa nanti. Takut pengeluaran susu merudum. Skang saya banyakkan minum air kosong, makan kurma, kismis dan ulam pegaga.

One thought on “Perkembangan Tuah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s