Selamat Datang, Tuah Eid Fahri

Kelahiran yang tidak dijangka. Tapi, alhamdulillah…Tuah Eid Fahri, buah hati saya dan my adeng sudah selamat dilahirkan 24 Jun yang lalu. Minggu ke-27, 2 bulan lebih awal dari jangkaan. Tak sangka, saya kena tekanan darah semasa mengandung (PIH). 12 hari kat hospital. 4 hari tekanan darah saya dipantau dan hari kelima saya terpaksa melahirkan Tuah kerana saya terkena sawan pagi Jumaat tu. Alhamdulillah juga, Tuah selamat dan tubuhnya sempurna even dia sangatlah kecik. 890 gram je. Subhanallah! Pasti ada hikmah di sebalik semua ini…

Nama Tuah memang telah lama saya angankan. Saya suka sebab ia klasik. Lagipun, saya nak nama anak saya menggunakan perkataan bahasa Melayu dicampur dengan bahasa Arab. Selepas dia dilahirkan, barulah kitoarang carikan nama yang sesuai dan sepadan dengan nama Tuah tu. My adenglah yang carikan sepanjang saya di hospital. Akhirnya, terciptalah nama itu yang bermaksud Tuah Hari Besar Kegembiraanku. Hari ketujuh, ayahnya dah daftarkan namanya di JPM.

Arini, dah masuk hari ke-23 saya berpantang. Selang sehari saya akan ke HUKM untuk ambil tekanan darah (dah normal sekarang ni), pergi tengok Tuah dan hantar susu dia yang saya pam di rumah. Alhamdulillah juga, sebab saya boleh berikan susu badan untuk dia. Dijangkakan Tuah akan berada dalam inkubator di NICU selama lebih kurang 2 bulan. Semuanya ini menuntut kesabaran yang luar biasa, bukan?

Ya, saya harus sabar. Itulah yang saya rafakkan kepada Allah s.w.t…diberi ketenangan, kesabaran dan kekuatan menghadapi semua ini. Amiinn…

4 thoughts on “Selamat Datang, Tuah Eid Fahri

  1. farini says:

    sy trharu ngn pgorbnan n ksbran awk.sy hrap ianye bleh jd pnduan kt sy.sy br mlhirkn ank xckup bln.30mggu..brt 880g.br 20ari dia lahir.situasi ni mmrlukn byk ksbrn.stiap kali mliht dia sy akn mnngs.kekdg rs xkuat nk hdpi smua ni.bla bc blog awk,sy dpt smngt utk mjd kuat utk mnempuh smua ni.sma2 kita bdoa utk ank kita.amin.tma ksh.

    • ilhamfatihah says:

      Terima kasih sebab sudi baca entri ni. Harap bermanfaat. Mesti farini cari info pasal baby prem kan? Sama la macam saya ngan husband. Selain tu, banyak share info ngan member yang ada baby prem. Tp baby dia dh besar dah 2 tahun lebih. Pengalaman dia la yang kitaorang jadikan panduan. Dan juga beberapa orang lain yang sangat menyokong kami.

      Memang! Sabar adalah ubat dan penawar paling mujarab dalam situasi begini. Selain tu, jangan putus berdoa. Mintak Allah beri kekuatan kepada kita dan baby. Saya pun macam tu jugak. Masa awal2 baby lahir, saya menangis sebab tak tahan tengok dia yang kecil dan berselirat dengan wayar tu. Tapi, saya cakap dengan diri saya mesti kuat dan tunjukkan kekuatan tu pada baby.

      Selalu bercakap dengan dia, berselawat dan berzikir walaupun dia dalam inkubator. Kalau ada peluang buat kanggaroo care lagi bagus. Usap belakang dia pelan2 dan berbual la dengan dia. Insya Allah dia dengar.

      Lagi satu, sebagai satu support pada baby, saya tampal sticker pada inkubator. Letak nama dia dan doakan semoga dia kuat.

      Saya doakan babay farini, kuat dan membesar dengan sihat. Amiiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s