Demam Drama Lagi…Oh Nora Elena!

Baru saya perasan dalam blog saya ni banyak cite pasal drama dan filem. Tapi, saya nak ikut citarasa semasa gak. Ramai yang komen pasal drama Nora Elena so saya pun nak la tumpang sekaki…meluahkan pandangan saya tentang drama yang saya rasa memang jadi favourite ramai sekarang nih.

Mula-mula tengok teasernya, saya cakap nak tengok la cite ni sebab ada Aaron Aziz. Saya minat gak ngan mamat handsome ni tapi lately macam dah kurang minat lak. Tapi, bila tengok dia dalam drama ni saya makin suka lak ngan dia hehehehe…Siti Saleha, saya tak minat sangat sebab tak nampak lagi keberkesanan dalam lakonannya tapi pembawaan dia sebagai Nora Elena sangat superb. So, saya mula suka budak yang baru umur 19 tahun ni. Budak lagi, ya? Nampak sangat serasi Seth Tan dan NE ni.

Balik kerja, kalau saya tak solat Asar kat opis, saya akan mandi pastu solat. Sebelum pukul 7 saya dah tercongok kat depan tv. Memang waktu Maghrib pun. Tapi, ada masa saya akan sembahyang Maghrib awal waktu ataupun selepas tengok NE. Adakah anda sudah nampak yang saya tidak memasak? Minggu ni memang tak masak langsung. My adeng yang tolong masak.  Baik kan dia? Dia pun follow gak la cite ni sebab dari pukul 7 – 8 malam, memang saya akan conquer tv dan tak boleh tukar-tukar channel lain. Dia tersengih-sengih gak la heheheh..Yang tak tahannya dia boleh tanya, apa kesudahan cite ni? Saya jawab le tak tahu (walaupun dah tahu cuma tak clear je endingnya camne). Dia jawab balik, eh awak kan kawan ngan penerbit mesti awak tau hahahaha…saya gelak je la. Sebab memang dia dah faham, kalau macam tu sekali cara saya ngadap cite, dia tau la mesti saya akan cari sumber citenya.

Si Rupawan dan Si Kacak

3 thoughts on “Demam Drama Lagi…Oh Nora Elena!

  1. alia maisarah says:

    salam menyibuk sikit,hehehehe memg demam nora elena..tertigl 9 hri sb kursus tp best my huby tolg tgkn…yang tak seronok nyer ramai melewatkn solat maghrib sebab tak nak terlepas cite ni..apa kata kita minta TV3 ubah waktu siaran sikit….baru syok dua2 dapat kan..

    • ilhamfatihah says:

      Wsalam…terima kasih dengan komen anda. Yelah, kadang-kadang kita leka sebab terlalu terikutkan hal duniawi tapi jangan sampi tinggal solat, sudah. Minggu ni habis la cite ni. Tak sempat nak mintak TV3 tukar waktu siarannya cuma harap pasni diaorang lebih alert dengan keperluan orang Islam. Dunia dikelek, akhirat dijunjung.

  2. Hey there! I simply wish to offer you a huge thumbs
    up for the great information you have got here on this post.
    I’ll be returning to your site for more soon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s