Saya Kemaruk Dengan Drama Ni

Kat mana kali pertama saya tau pasal drama ni? Bila saya tengok gambar scene lakonan kat fb Azhan Rani. Gambar kat kebun getah. Pehtu warna hitam putih, macam cita zaman lama ni. Menarik! Pastu tengok gazette drama Gemilang kat tv3,  lagi saya teruja nak tengok. Mula-mula, saya tengok scene Azhan Rani jadi ayah kepada 4 orang anak. Betapa susahnya kehidupan dan cepatnya rasa tu meresap dalam hati saya. Ditambah pulak dengan watak utama kanak-kanak tu. Maknanya…sebab pertama saya jatuh cinta dengan drama ni ialah lakonannya.

Kedua, sebab ada Tiz Zaqyah. Entah kenapa saya suka betul ngan budak ni (budak la sebab dia jauh lebih muda dari saya). Adakah sebab dia cantik? Memang dia cantik pun tapi saya tau bukan sebab tu. Saya sukakan lakonannya. Tambah-tambah bila tau drama ni dibikin Kabir Bhatia. Mesti superb!

Ketiga, saya tak tau jugak sejak 2 menjak ni saya sangat suka tengok lakonan Shah Jaszle. Dia memang good looking tapi lakonan dia dalam Gemilang memang mantap. Saifullah, seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah, adik-beradik pulak diserahkan kepada keluarga angkat. Pastu hidup pulak dengan keluarga angkat yang merupakan cikgunya, Cikgu Talib. Pastu diberi lagi kepada keluarga angkat yang lain dan hidupnya ternyata berubah selepas itu. Dia dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang paling tinggi kemudian balik ke kampung asal untuk berbakti kepada masyarakat di situ terutama  untuk memberi ilmu kepada anak-anak muda yang pernah tercicir dalam pelajaran. Jati dirinya sebagai anak kampung yang pernah melalui kesukaran dan ranjau hidup amat terserlah diterjemahkan oleh Shah Jaszle.

Sekarang, dah masuk episod 10, lagilah nampak penderitaan yang dilalui. Cinta yang tak kesampaian apabila Asmah yang disayangi sudah menjadi tunangan orang dengan anak Cikgu Talib pulak tu, Halim yang sentiasa berlumba-lumba dengannya semasa kecik. Suka sangat chemistry antara Shah dan Tiz. Kabir memang berjaya mencipta magik antara hero dan heroinnya. Sahabat baik, Omar yang salah faham kerana dihasut oleh perempuan, Rohana yang rupanya sukakan Saifullah sejak dari zaman kolej. Dia mengajar di Institut Gemilang pun sebab nak pikat Saifullah (saya suka Asmah panggil dia Lah. Cute.). Pencarian mencari adik-adiknya yang masih belum berakhir. Cuma seorang yang baru ditemui. Itupun dah kena pergi belajar kat Mesir. Takpelah, sekurang-kurangnya dia dah jumpa, kan? Ditambah lagi dengan kerenah dan masalah pelajar-pelajar yang memang menguji kesabaran. Saya puji sebab Shah memang bijak membawa wataknya. Begitu juga dengan pelakon lain. Asmah yang garang tapi sangat kena dengan karakternya yang mempunyai adik-adik yang ramai. Umar yang baran tak bertempat dan si gedik Rohana yang sangat membencikan.

Saya sanggup tengok drama ni banyak kali! Alaaaa….sukanya….

Cantik

“Awak rasa hubungan kita ni akan jadi lebih daripada kawan tak satu hari nanti?” – Saifullah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s