Ya! Inilah Keajaiban Yang Allah Berikan

Apa ekspresi saya bila tengok blog ni yang dah tak lama di update? Resah gelisah  sebenarnya tapi belom ada mood nak ngadap dan menaip kat depan pc. Baru di pagi Jumaat ni, baru la ditiupkan semangat untuk saya update. Banyak juga sebabnya selain daripada MALAS!!! hahahaha…

Apakah sebabnya? Awal tahun aritu sibuk dengan persiapan nak pindah rumah. Lepas tu dengan line P1 yang tak function kat area rumah saya. Pegi terminate la lepas tu baru ni haaaa pegi beli broadband Celcom. Tu pun ada masanya line laju. Kalau line slow memang  merosakkan orang nak update blog terutama sekali saya yang sangat rajin nih…

Yang pasti darjah kehidupan saya mula berubah sejak kebelakangan ni hehehe.. Alhamdulillah! Ni adalah keajaiban yang Allah kurniakan juga kepada saya dan my adeng. Both of us are mom and dad to be! Seronok! Excited! Fuh…satu penantian yang sangat melegakan selepas sebulan rawatan yang saya jalankan, barulah bunga-bunga ceria ini hadir juga dalam hidup kami. Sepanjang menunggu tu, macam-macam rasa yang ada dalam diri saya ni. Orang kata jangan fikir sangat tapi tak boleh la… Ya, saya memang mengharap tapi apa-apa pun, saya tidak putus memohon kepada-Nya supaya dimurahkan rezeki kami tahun ni.

Sekarang, the baby in the womb dah berusia 3 bulan. Kadang-kadang, rasa macam tak caya je hehehe. Harap-harapnya semua akan berjalan dengan baik. Insya Allah. Alahan? Alhamdulillah, saya tak kena alahan dan mabuk yang teruk. Masih cergas  ke pejabat tapi bab bangun pagi sangatlah liat. Nak-nak dah pindah jauh ni. Kekadang, saya boleh mengeluh nape la pejabat saya jauh sangat. Bercinta je nak bangun lebih awal dari dulu. Yelah, dulu masa dok Hulu Kelang pukul 7 lebih boleh selamba keluar rumah lagi. Ni, pukul 6.30 saya kena pastikan saya dah panaskan enjin kereta dan pastikan keluar rumah sebelum jam mencecah pukul 6.45 pagi ya puan-puan. Pastu kena drive sejam nak sampai ke pejabat. Pernah aritu sampai 2 jam saya drive balik ke rumah dari KL ke Bangi disebabkan  Sungai Besi tu jammed. Sangatlah tension! Badan, kaki sakit walaupun saya pakai kereta auto. Mungkin disebabkan saya preggy badan cepat je lemah.

Saya memang bersyukur, sepanjang tempoh ni my adeng yang banyak buat kerja rumah. Dialah yang basuh kain, basuh pinggan, memasak, layan kerenah saya nak makan tu la nak makan ni la. layan gak kerenah saya yang tak boleh makan tu la, ni la. Penyabar rupanya suamiku ni, ya? Hehehe…sekarang baru sedar? Tak patutnya saya nih. Tapi yang dia tak boleh sabar bila saya tak nak makan. Pernah satu malam tu, saya terasa nak makan spageti Piza yang Prawn Olio tu. Sebelum tu memang dah pegi makan kat Piza order spageti tu tapi kecewanyalah bila waitress tu kata bahan nak masak spageti tu dah habis. Huh. Order spageti lain tak abis pun saya makan. Berbalik pada cita tadi…malam tu dia keluar dengan adik dia yang kebetulan datang KL. Saya dah tak larat dah.  Saya pun order la spageti tu ngan dia. Balik-balik dia kata spageti yang saya order tu tak boleh take away. Adoi…kecewa lagi saya. Nape la susah sangat saya nak dapatkan spageti tu? Dia beli jugak spageti lain, suruh saya makan. Tapi, serius…selera saya langsung tak terbuka nak makan ball meat spageti tu. Saya cakap tak nak mkan. Dia apa lagi? Marah-marah pehtu merajuk kuikui…saya relaks dulu tengok tv sambil cari mood nak makan. Akhirnya, saya makan gak la spageti tu demi dia dan si kecik nih. Tapi maaf la tak abis. Memang membazir tapi kalau saya paksa gak saya lak yang muntah nanti. Langsung takde apa.

Panjangnya cita saya kali ni yek hehehehe…Stop kat sini la. Hari ni cuti, jap lagi nak balik kampung ngan adik. Nak raikan sepupu yang nak kawin kat Chini esok.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s