Haha..Akhirnya Salina Jatuh Jugak Ke Tangan Saya

Jenuh mencari dan tanya kat orang..sapa ada Salina? Sapa ada Salina? Dengan muka tak malunya saya tanya orang yang saya rasa ada potensi memiliki Salina. Ada yang jawab takde dan ada yang jawab ada tapi ada kat kampung, owh, nanti cari dulu kat rumah. Dah ntah mana-mana letaknya. Yelah…saya paham. Salina adalah karya hebat milik Sasterawan Negara A. Samad Said yang diterbitkan tahun 1961. Dah lama sangat dan memang patot pun kalau novel tu sudah terlepas pandang dari senarai ulat buku.

Seingat saya, saya pernah baca novel ni zaman saya budak-budak dulu. Kulit bukunya warna kuning, kalau tak silap sayalah. Tapi masa tu takdelah baca betul-betul. Tapi, sejak 2,3  menjak ni memang saya sangat berkeinginan nak memiliki novel ni. Lama jugak saya menunggu kawan-kawan saya bagi jawapan tapi akhirnya saya terpaksa rasa kecewa sebab macam Abang Mus…dia memang sayangkan buku-buku dia tapi bila ada orang pinjam dan buat macam harta sendiri, lenyaplah buku dari koleksi dia. Saya memang berterima kasih kat dia sebab sanggup cari novel tu untuk saya walaupun jawapannya menghampakan saya. Tak apalah tu..

Kat pejabat saya sebenarnya, ada anak A. Samad Said. Dah banyak kali jugak saya tanya bila Pak Samad nak terbit balik Salina guna syarikat dia Wira Bukit tu tapi…sampai sekarang saya tak dapat jawapan yang jelas. Tapi, bagi orang yang ikuti kesusasteraan Melayu mesti tahu kekeruhan yang berlaku antara Pak Samad dan DBP.

Kenapa saya cari novel ni?

1) Aiii..tu kan karya Sasterawan terbilang negara, pemenang pertama Sea Write Award takkan saya tak mahu mempunyai koleksi tu?

2) Saya nak sangat tahu apa keistimewaan novel ni sehingga menjadi perbualan walaupun usianya dah mencecah 50 tahun. Saya nak hadam dengan ceritanya.

3) Dah dapat banyak pengiktirafan antarabangsa.

4) Saya nak selusuri watak Salina dan tengok terjemahan watak ni dalam teater yang akan berlangsung di Istana Budaya nanti.

Dan akhirnya…saya adalah manusia paling gembira bila berjaya menemui novel di celah-celah rak buku di sebuah kedai buku kat Jalan TAR tu. Hati saya berdebar bila tengok sesuatu yang saya cari selama ni betul-betul wujud depan mata saya. Gembiranya dalam hati lalalalalalala…

Tapi, saya berfikir panjang jugaklah sama ada nak beli atau tak. Harganya lebih kurang 70 ringgit. Novelnya tebal dan saya percaya novel ni dah disunting bahasanya supaya selaras dengan zaman sekarang. Huhuhu…saya dok mencongak duit sambil belek-belek buku lain (cara untuk cover supaya orang tak perasan kita tengah buat timbang tara hehehe) Fikir punya fikir, kalau saya tak beli sekarang takut lepas ni langsung tak dapat. Gipun ada satu copy je kat situ. Maka….saya pejam mata sajalah bayar 70 ringgit. Jadi, Salina sudah jadi kepunyaan saya sekarang lalalalala…

Saya baru baca sikit tapi saya dah jumpalah watak Salina, Hilmy, Kurupaya, Si Botak, Nahidah. Memang berazam nak khatamkan novel ni dan cuba buat review ikut pemahaman saya.

Ni la Cik Salina yang saya cari

 


Sinopsis

 

9 thoughts on “Haha..Akhirnya Salina Jatuh Jugak Ke Tangan Saya

  1. adha says:

    aiii..salam sejahtera saya pun nak sangat2 memiliki novel ini dulu mase skolah dpt pinjam kejap je… kat mana yea nak beli novel ini.. give me imp’mation.. pleass..

    • ilhamfatihah says:

      Aritu saya beli kat Pustaka Mukmin Jalan TAR. Tapi tinggal satu je. Tak tau la kalau ada stok baru. Buku tu terbitan DBP tapi edaran Ryhtm Publishing. Try la carik kat situ.

    • joe says:

      sudah jumpa buku ni?
      saya ada kebanyakkan siri novel sasterawan negara ini versi kulit tebal.
      semuanya masih adalm bungkusan plastik belum dibuka.
      salina, hujan pagi, interlok, senja kala, melati sarawak, jaringan, biru warna, pemberontakkan, srengengge, saudagar besar dari kuala lumpur, sandera, tunggul-tunggul gerigis.
      hubungai saya kalau minat: joeparanormal@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s