Hantu Kak Limah Balik Rumah…Saya Langsung Tak Suka

Cite Mamat Khalid? Tak tau kenapa saya tak boleh terima lawak yang dia bawa dalam filem dia terutamanya Zombie Kampung Pisang. Tapi, tak semua la. Tidak semuanya negatif. Bila dengar cita pembikinan HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ni pun saya tak amik pusing. Kompem…mesti macam cite zombie tu jugak.

Walau bagaimanapun….hehehe…skema kejap. Saya sangat heran kenapa kutipan tiket wayangnya mencecah sehingga 6 juta? Adakah citenya sangat berbeza dari yang sebelumnya atau memang graf kebijaksanaan Mamat Khalid sudah semakin bertambah? Dek kerana nak layankan my adeng yang nak gak tengok cite tu, kitaorang pun pegilah tengok hujung minggu baru ni kat MBO Ampang. Tak ramai orang macam kat Wangsa Walk tu.

Sebelum masuk ke dalam panggung, saya memang bersangka baik, mesti cita ni best dan kelakar abis kesan dari pembacaan yang saya dapat di dada-dada akhbar (pakai bahasa standard) dan komen seorang member opis yang dah pegi menonton. Sayang…masuk setengah jam saya dah mula resah dan boring. Aduiii…saya malas nak layan cite camni. Dari dulu lagi, kita disogokkan dengan cita macam ni. Dalam drama pun ada. Ingatkan hantu rupanya orang tak betul.

Saya mula jadi tak faham kenapa wartawan puji sangat nih? Ada sapa-sapa boleh bagitau saya? Kalau bagus kenapa abis je cite my adeng boleh ngomel, hampeh punya cita huhuhu…Saya lagi la…tak suka..tak suka…Apa kesimpulan saya? 6 juta mungkin disebabkan cite ni ditayangkan musim cuti sekolah. Bayangkan, saya pegi Wangsa Walk, tayangan tengah malam minggu habis dibeli. Sungguh tidak kupercaya!

Satu yang nampak, ada beberapa kritikan sosial dalam cita ni. Tapi, macam tak kena gaya. Entahlah…ni yang saya rasa je.¬†Minta maaf kepada peminat filem ni, ye? Kalau anda suka, teruskanlah kesukaan anda tu. Masing-masing ada citarasa sendiri. Ini apa yang saya rasa sebagai penonton biasa-biasa ni.

 

6 thoughts on “Hantu Kak Limah Balik Rumah…Saya Langsung Tak Suka

  1. fir says:

    ok ja..mmg kelako abis..mayb certain part macam xlogik, tp anyway ada pembaharuan dlm filem melayu, esp bab shoot close up lari tue..mmg epic!!mayb u ja yg xminat, org lain ok ja…n filem nie mmg jauh lebih best dr zombie kampung pisang..

  2. salam.sy ingin kongsi pendapat,HKLBR bg sy x best. sy ni sorg pemikir logik. xleh trima byk sgt yg x logik. cuba paksa ketawa tp xleh. part yg menari poco-poco sy n rakan2 tnganga bila tgk org sebelah gelak kuat2. adui… lawak skeptical. bg sy dan rakan2 filem Kg. Pisang lebih baik dr HKLBR. mungkon lawak lebih jujur(kot).

  3. salam.sy ingin kongsi pendapat,HKLBR bg sy x best. sy ni sorg pemikir logik. xleh trima byk sgt yg x logik. cuba paksa ketawa tp xleh. part yg menari poco-poco sy n rakan2 tnganga bila tgk org sebelah gelak kuat2. adui… lawak skeptical. bg sy dan rakan2 filem Kg. Pisang lebih baik dr HKLBR. mungkin lawak lebih jujur(kot).

    • ail says:

      salam..berdasarkan hu-ha member2 psl cite ni ar yg buatkn sy nak tgk cite HKLBR..sygnye, indah khabar dr rupa jek..mungkin mmg bkn type cite yg sy minat..ape2 pn, merong mahawangsa lg best dr cite ni hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s