Tahun Baru Datang Lagi…

Betulll…cepatnya masa berlalu. Dah masuk ke tahun 2011. Lagi 9 tahun kita akan menuju ke tahun 2020. Dulu, saya rasa jauhnya tahun 2020 ni dan rasanya macam tak sempat sampai je yelah…dunia makin tua akhirat pasti menjelma.

Okey…cerita tentang tahun baru Masehi ni. Sibuknya orang bercerita ya? Tadi pun baru tengok berita pasal bayi yang lahir hari ni…tarikh 1.1.11. Tak tau la apa mak dia cakap tapi yelah mestilah happy, satu sebab dapat baby. Dua, sebab tarikh tu memang cantik la dan senang diingat. Tapi, time Tahun Baru Islam aritu, takde pulak pemberita tv atau suratkhabar buat liputan macam tu.

Walau dibincangkan macamana pun, orang kita dah lama disogokkan untuk buat azam baru bila angka tahun tu berubah. Bagus juga,  kita ada penanda aras untuk semua perkara yang kita mahu lakukan. Takde salahnya lah. Tapi, saya terfikir sesuatu la..agaknya sebab tahun masehi berakhir pada penhujung bulan sebab tu orang ingat. Lagipun, tahun masehi tu la yang dok dikira. Tak kisahlah, yang penting amalan-amalan sunat yang kita boleh buat menjelang tahun Hijrah. Ada doa awal dan akhir tahun untuk kita mohon supaya kehidupan kita yang lalu diampuni dan kehidupan kita di masa mendatang akan sentiasa diberkatiNya.Kalau nak praktikkan untuk tahun masehi pun boleh. Doalah semoga diberi yang terbaik oleh Allah.

Bercerita pasal azam, seriusnya saya takde azam apa pun. Takde semangat nak menyenaraikan azam. Kerjaya saya pun kucar kacir lagi walaupun dah 7 tahun berkhidmat. Saya ada bidang yang saya minat tapi saya diletakkan dalam bidang yang saya terpaksa kena buat. Patutnya kerjaya kita ni bergantung kepada minat atau sebab diarah? Nilah satu soklan yang sampai arini saya tak boleh nak jawab. Kalau pasal peribadi, tahun 2011 akan menjadi tahun yang serius untuk saya berusaha dapatkan baby. Doa saya, semoga  Allah sentiasa beri saya kekuatan dan tak mahu mengalah dan putus asa untuk itu. Saya percaya..rezeki itu ada buat saya cuma lambat je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s