Kesian kepada yang terabai…

Dah lama saya tinggalkan dunia blog. Penyakit malas nak mengadap komputer lama-lama, penyebab kenapa saya mengabaikan catatan saya ni. Alhamdulillah semangat datang semula. 1432H, dah menjengah wajahnya. Kalau boleh rasanya dah tak nak menyorot tahun lalu kerana saya tau betapa yoyonya saya. Sekejap berazam, sekejap dibiarkan saja segala apa yang saya mampu buat tapi saya SANGAT MALAS nak melakukannya.

Serius, saya boleh menulis segala apa cerita yang saya mahu nukilkan tapi mood memainkan peranan yang amat besar untuk saya biarkan segala idea  yang saya ada larut dalam catatan. Banyak masa saya boleh peruntukan tetapi saya rasa malas nak bersusah payah!

Saya banyak masa untuk mencuba segala resepi masakan tetapi saya masih belum memaksa diri saya untuk menjadikan dapur sebagai tanah jajahan saya. Memperuntukkan masa di situ…bereksperimen dengan macam-macam jenis masakan.

Ya…..memang blog ni memang terabai. Seandainya ia seorang anak kecil, aduh kesiannya kerana dibiarkan tanpa sentuhan yang sewajarnya. Jujurnya, saya mahu menukar url blog ni tapi beratnya rasa  nak mengadap komputer yang selalu terganggu dek line internetnya yang sekejap ok, sekejap tidak. Bayangkan, gambar-gambar saya di India dulu tak dapat saya tepekkan di sini sebab line interenet yang memang mengocak emosi saya.

Cuma kebelakangan ini apa yang menggembirakan saya..saya bersyukur ditemukan dengan 2 orang hamba Allah yang istimewa di Bandung aritu. Aa Gym, pengasas Daarut Tauhiid di Bandung. Dia terkenal kat Malaysia dalam tahun 2007 dulu. Saya baru diberi rezeki oleh Allah untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah…mendengar dia berbicara membuatkan hati saya tersentuh. Sungguh! Bicaranya meresap hingga ke dalam hati.

Seorang lagi, Pak Monthy. Berkerusi roda tetapi sangat positif melalui kehidupannya. Tidak merasakan kekurangannya sebagai ujian Allah tetapi keberkahan yang Allah kurniakan untuknya. Tidak putus-putus kalimah alhamdulillah terlontar dari bibirnya. Dia juga tidak mahu merawat penyakitnya sehingga sembuh walaupun ramai yang menawarkan mahu membantunya kerana bimbang kalau dia sudah pulih sepenuhnya, dia akan lalai dan leka kepada Allah. Subhanallah! Mata saya panas, saya sebak ketika berbicara dengan lelaki ini. Terasa bertuah kerana saya yang terpilih untuk berbicara secara in person dengannya.

5 Disember…hari lahir saya. Tiada sambutan meriah tetapi sangat menghargai semua ucapan daripada teman-teman yang mengingatinya. Terima kasih! 7 Disember…Awal Muharam 1432H, saya macam tak berani nak cipta azam sebab takut tak mampu nak tunaikannya. Biarlah saya takde senarai azam tapi saya maklum dengan hala tuju saya untuk tahun yang seterusnya. Insya Allah…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s