Tahniah untuk Ibu Awiah Awi

Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsi kisah tentang pemenag Ibu Mithali yang telah dinobatkan 14 Oktober yang lalu. Saya hanya orang belakang tabir, sibuk bekerja sebelum program berlangsung.

Tahniah untuk Ibu Awiah yang mempunyai 9 orang anak…semuanya lelaki. Saya kagum dengan semangat setiakawan dan sikap ceria mereka anak beranak. Kami yang baru datang berkunjung ke rumah mereka rasa seperti sudah lama mengenali mereka. Terasa sangat dekat…kerana saya berpeluang menemuramah keluarga ini beberapa bulan sebelum program berlangsung. Dijamu dengan mi bandung muar, nasi beriani dan buah-buahan yang dipetik dari pokok-pokok yang terdapat di sekitar rumahnya. Terima kasih daun keladi.

Sayangnya, saya tidak berkesempatan bertemu dengan Ibu Awiah, kerana sudah tentu-tentu dia menjadi tumpuan hari itu. Cuma melihat dari kejauhan saat jurugambar meminta mereka anak-beranak mengabadikan gambar kenangan di pentas penuh gah di PWTC.

Kenangan bersama

3 thoughts on “Tahniah untuk Ibu Awiah Awi

  1. Ustaz Fendi says:

    Assalaamu’alaikum;

    Jazakillahulkhair kerana sudi bercerita tentang ibu kami di blog puan.

    Saya tak perasan yang mana satu ni erk?🙂

    Ustaz Fendi.

    • ilhamfatihah says:

      Waalaikumussalam…

      Sama-sama…terlalu banyak yang saya nak kongsi tentang rasa kagum saya dengan mak ustaz dan adik-beradik ustaz. Tahniah sekali lagi.

      Saya yang duduk depan 2 dari kiri, pakai baju kurung coklat dan bercermin mata. Saya memang tak banyak cakap hehe…

      Kat PWTC aritu, saya ada bagi semula gambar2 mak ustaz n majalah DAKWAH. Harap ustaz boleh sumbangkan idea di dalam majalah kami.

      Terima kasih.

      • Ustaz Fendi says:

        Ok2… ingat2.. maaf sbb tak perasan… mungkin tak perasan sbb puan diam jer… kami ni jenis “huha huha”… hehehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s