Cerita India Part (ii)

Sengaja mahu mencoretkan catatan ke India di sini. Satu momen yang patut disyukuri sebab dapat tengok tempat orang. Tapi, hujan batu di sini jauh lagi baik dari hujan emas di sana. Best ke pi oversea? Di penghujung catatan ni, nanti saya buat conclusion.

Kitaorang berpeluang la berjalan melihat persekitaran Masjid Jama yang dibina oleh Shah Jehan sewaktu zaman pemerintahannya. Ikut sejarah, masjid ni dibina menggunakan keupayaan 5,000 orang pekerja dalam tempoh lebih kurang 6 tahun. Dianggarkan kos pembinaan ialah sebanyak 1 lakh ( 1 juta rupees), lengkap dengan 3 pintu masuk utama, 4 menara, dua menara setinggi 40m dibina berjalur-jalur batu pasir merah dan marmar putih.

Di masjid nilah lokasi 2 orang pelancong Taiwan yang ditembak secara rambang tu. Huhu…tak risau?? Abis datuk kata relaks tapi tawakaltu ala Allah, semoga dilindungi dari segala perkara yang tak diingini. Sempat la menyusuri Jalan Masjid Jama yang sibuk. Agaknya orang India ni dah biasa sangat dengan kes-kes macam ni. Tak nampak langsung diaorang takut. Relaks je meneruskan kehidupan…berniaga, menjaja, menjual barang di tepi-tepi jalan, bawak transport awam, mengemis.  Tu la…alah bisa tegal biasa.

Rasanya tempat ni memang tempat tumpuan. Banyak kedai kat sini. Kedai jual baju, buku, selipar, kasut, abaya, tudung, sari. Tapi sayang, keadaan persekitaran langsung tak gambarkan tempat pelancongan. Sekejap-sekejap saya terpaksa kuis-kuis hidung saya sebab tak tahan dengan bau busuk. Kebetulan pulak, jalan lecah baru lepas hujan. Kaki seluar pun dah melekat dengan tanah. Saya pulak pakai kasut putih. Apa lagi, bertanda la kasut tu. Solutionnya supaya kasut sentiasa nampak bersih…setiap kali balik ke hotel saya gonyoh kekotoran tu sungguh-sungguh. Nasib baik bukan kotoran degil hehehehe…

Makan kat sini memang takde masalah cuma yelah, tiap-tiap makan masakan sana tak larat tapi kira ok lagi la. Yelah, daripada berlapar kan? PergiIndia memang tak complete kalau tak ke Taj Mahal. Cadangan awal nak ke sana dengan bas tapi terpakas dibatalkan sebab perjalanan makan masa lebih kurang 7 jam. Dengan keadaan jalan raya yang teruk, huhuhu…memang tak larat!! Mahu patah pinggang kitaorang. So, keputusannya naik keretapi. Pukul 3.30 pagi kitaorang dah berkumpul nak ke stesen keretapi. Nak naik train pukul 6.30 pagi. Kitaorang naik auto berpasangan. Kat sini jangan nak berani-berani naik transport awam tanpa orang lelaki. Keselamatan tu penting!

Sampai kat setesen tu ingatkan tak ramai orang sebab awal pagi lagi tapi….terkejut sakan kitaorang bila tengok penuh orang tidur kat situ. Padat! Masuk ke dalam lagi…huhu..kat tepi-tepi dinding tu bersusun diaorang tidur. Lena pulak tu. Tak tau la apa fesyen diaorang ni. Dekat tempat menunggu train tak payah cakaplah…sekelompok sana, sekelompok sini yang tido. Siap ada alas kain lagi. Alahai….fenomena baru pada sayalah! Saya dengan Jijie asyik berbalas pandang dengan muka tertanya-tanya. Realiti!

Masuk ke dalam train rasa lega sangat. Nasib baik selesa upper class dia. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Merasalah sarapan pagi..air panas, light breakfast, air kotak. Air mineral 1 liter ngan suratkhabar pun dibagi.  Sampai kat Agra, tak sesak sangat tapi bila dah keluar nak carik transport ke Taj Mahal, bukan main ramai yang tawar nak hantar kitaorang. Berlakulah proses tawar menawar tambang antara datuk, mr. khursyeed (kawan datuk), rahil (anak mr. khursyeed) ngan ulat-ulat tu. Lastnya kitaorang amik dua kereta.

Nak masuk taj mahal, kena lalu proses pemeriksaan dulu. Tak boleh bawak makanan, barang elektronik ngan apa ntah lagi. Leceh je rasanya. Nasib baik gak saya tak sumbat beg saya dengan semua benda. Guard tu just amik biskut yang saya dapat dalam train tadi. Pus…terus dia buang dalam tong sampah.

Taj Mahal! Memang cantik! Cuma bila dah jejakkan kaki tu tak adalah teruja sangat. Tak tau kenapa. Tapi…bila dapat sentuh struktur binaan Taj Mahal, masa tu memang rasa sangat berbangga sebab saya dah dapat sentuh salah 1 benda ajaib di dunia. Wow! Saya sangat terkesima dengan seni bina dan seni ukiran Taj Mahal ni. Kitaorang masuk ke dalam nak tengok makan Shah Jehan dan Mumtaz Mahal. Waktu ni, saya macam dapat rasakan aliran ikatan kasih sayang mereka berdua. Sungguh! Ia lahir dengan sendiri dan perasaan tu sangat indah. Terus teringat my adeng kat Malaysia hehehe….Sebelum ni terlupa sekejap kot. Kitaorang sempat juga  nikmati pemandangan  Sungai Yamuna bertentangan dengan Taj Mahal ni.

Kalau ikutkan panjang lagi cita kat India ni. Saya tak masukkan cita tentang lawatan kerja sebab tu memang tak boleh diceritakan hehe yoyo je kan? Betul…Pe yang saya dapat dari India? Negara yang dikatakan sedang membangun tetapi disebabkan masalah kasta yang terus jadi amalan, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin. Ramai yang tak bekerja dan hanya harapkan ihsan orang lain walaupun negara diaorang sangat subur dengan hasil semulajadi.

Selama ni saya dok merungut tandas dan sungai kat Malaysia ni sangat kotor tapi kat sana…? Tapi rasanya saya memang tak boleh bandingkan Malaysia dengan India sebab menjaga kebersihan tandas dan sungai tu memang sangat penting sebab tu lambang rakyat yang mempunyai mentaliti kelas pertama!

Kat sana, takde istilah JPJ ataupun Kementerian Kerja Raya agaknya bila tengok keadaan lalu lintas dan keadaan jalannya. Pening kepala tengok. Semuanya buruk ke pasal India? Tak la…saya senang dengan keramahan diaorang. Mungkin tu la yang saya boleh ingat. Kemesraan dan kebaikan family mr. khursyeed.

Gambar tak dapat tepek. Tak tau pe masalahnya..nanti satu entri saya tepek gambar je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s