India? Nak Pergi Lagi?

Peluang ke New Delhi, memang bukan selalu orang dapat melainkan kalau orang tu memang banyak duit dan melancong ni dah jadi mainan dia dah. Dan orang macam saya…telusnya tak excited pun bila dapat tahu kena pergi India (lawatan kerja) sebab…kena terbang seminggu selepas raya. Saya pulak nak raya sakan. Nak tak nak, saya terpaksalah pendekkan cuti raya. Hari Malaysia, saya dah balik KL. Hari Ahad dah nak terbang. Persiapan pun tak complete. Boss lak asyik call tanya, masuk opis tak hari Jumaat. Huhuhu…sabo jelah.

Naik flight pukul 4.30 petang, sampai New Delhi pukul 7.30 waktu sana. Kat sana lambat 2 jam setengah. Indra Ghandi International Airport Isekarang dah cantik. Lebih kurang cam KLIA. Ok la tu sempena Commonwealth Games. Kira macam tak sangka lak. Sebab airport ni kira baru siap ni. Langkah kanan le kitaorang ni hehehe. Sampai sana kitaorang seramai 8 orang dibawak ke hotel yang dibooking secara online…Tara Palace Hotel dekat dengan Chandni Chowk. Kalau dalam internet kata, CC ni memang tempat tumpuan. Datuk (YDP) kata lebih kurang macam Chow Kit la. Saya pun dok survey gak hotel ni kat internet and nampak ok.

Kitaorang curik ambil gambar kat Indra Ghandi International Airport

Masa menunggu kereta nak ke hotel, Timbalan Duta Malaysia, En. Azmi siap pesan. Kat sini ada beberapa perkara kena jaga. Satu, Jangan minum air kat sini. Kotor katanya. Nak minum, minum air mineral. Air buah pun tak digalakkan sangat. Dua, pasang ubat nyamuk kat bilik sebab time tu memang musim denggi. Ketiga, barang berharga jaga elok2. Kat sini ramai peminta sedekah dan pick pocket. Waktu ni kitaorang dah seriau dah.

Perjalanan ke hotel lebih setengah jam. 15 minit pertama, jalan raya ok maksudnya rata dan saya lega la, rasa tak jauh beza dengan KL. Tapi satu, driver kat sini asyik hon je. Bawak kereta pun ikut dan je. Asal dia nak guna lorong tu, dia hon la. Kat sini takde lorong laju atau lorong perlahan. Kalau kat bulatan pun ikut suka dia. Takde lorong aku, lorong kau. Kira macam kejutan budaya gak la hehehe….Lepas tu baru la nampak the true India. Jalan berlubang-lubang, tak rata, berlopak. Sabar jelah. Baru berapa minit je sampai ND saya dah rasa macam nak balik huhu…Ntah pe2 je kan?

Kami dibawak ke kawasan yang masih sibuk walaupun jam dah pukul 9. Driver kata, kita dah sampai kat hotel. Terkujat jap kitaorang. Memang dah nampak papan tanda Tara Palace Hotel tapi takkan celah bedah lorong gelap tu? Biar betik. Dah lah ada anjing merayau, orang tido tepi koridor, jalan berlecah. Rasa cam tak layak je tetamu dari Malaysia duduk kat kawasan yang macam tu. Datuk turun dulu, nak tengok hotel tu. Kitaorang yang pompuan ni nak lah  follow tapi Datuk tak bagi. Kawasan dia cam tak selamat je. Rasanya muka kitaorang dah pucat masa tu. Cuak sangat2!

Lorong hotel kitaorang

Tunggu punya tunggu, Datuk kata ok. Hotelnya ok, bersih. Hmmm..kitorang follow jelah cakap Datuk. Lagipun, dia dah expert dengan India ni. Yelah…masa flight mendarat dia boleh melawak, ni kampung den! Gelak beso kitaorang. Cakap kampung dia tapi cakap N9, hehehe…Kitaorang tak payah fikir pasal nak angkat sebab memang kat ada orang tolong angkatkan. Masuk bilik, kira ok la. Berbeza la dengan keadaan kat luar tu walaupun bau dalam bilik tu kurang menyenangkan. Nak buat camna, harung jelah.

Sekitar Jalan Masjid Jama

Antara yang menarik perhatian saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s