Hidup Yang Tidak Berhenti Daripada Kedukaan

Sedih! Sudah pastinya rasa yang membuatkan air mata saya menitis. Macam-macam yang saya rasa. Kecewa, sedih, geram semuanya ada. Saya akui, saya adalah seorang pekerja yang sentiasa belajar dan saya mahu melakukannya. Terlibat dengan satu projek besar adalah sesuatu yang amat saya risaukan sebenarnya. Lebih-lebih lagi terlibat dengan jawatankuasa baru yang memang saya langsung tak pernah terlibat secara langsung dalam program-program company sebelum ni. Saya akui, saya blur.

Banyak yang perlu dibereskan. Buat jemputan untuk sidang akhbar. Buat surat kepada semua media cetak dan elektronik, ke majlis flag off, even fakskan surat pun saya buat. Saya langsung tak kisah. Kemudian follow up semua surat yang telah dihantar. Siapkan kenyataan media, sediakan soalan dan jawapan untuk YDP dalam slot temuramah radio dan tv. Susun perjalanan untuk YDP atau Naib YDP untuk ke tempat temuramah. Sediakan press kit untuk media bermula dari sidang akhbar hinggalah ke penutupnya nanti. Saya akui, langsung tak menang tangan. Saya mengah. Nasib juga, saya ada team yang sangat membantu. Sehari sebelum program, mereka masih di pejabat walaupun jam sudahpun pukul 10 malam. Dan saya terpaksa balik untuk uruskan kewajipan saya kepada suami. Sediakan juadah berbuka puasa. Kebetulan pula, yang stay back semuanya anak dara. Terima kasih, kawan-kawan kerana memahami.

Sebelum pergi macam-macam yang saya fikirkan tapi apabila saya sudah berada di sana, saya mula terasa seronok. Cuma letih sebab terpaksa melayan kerenah manusia dan masalah teknikal yang sentiasa ada. Hakikatnya itulah yang menguji kesabaran. Hari terakhir saya di program itulah hari yang telah membuka mata saya seluas-luasnya. Tentang kelemahan saya. Saya akui, saya ada silap dalam pengurusan kenderaan untuk media. Tapi, pujukan my adeng buat saya sedar, saya tak harus terus-menerus menyalahkan diri saya. Kalau ada silap, belajar dari kesilapan. Jangan diulang lagi. Dan apabila terlibat dalam program seperti ini, jangan sibuk menuding jari mencari salah orang lain. Tak salah kalau kita ada cadangan, kita usulkan dan tak perlu harapkan pada seorang saja. Yang paling penting adalah komunikasi 2 hala.

Ya, saya berduka tapi sekurang-kurangnya saya puas hati kerana seorang teman telah meluahkan apa yang sepatutnya saya tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s