Susah Ke?

Bermula 1 Julai 2010, saya akan bertugas di bahagian/unit baru. Satu bahagian yang saya nak kata baru pada saya tak juga, tapi kesimpulannya benda baru la dalam dunia kerja saya selama lebih 7 tahun ni..Sektor Analisa dan Penyelidikan dan saya kena duduk kat Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. Susah ke?

Meh, saya cita sikit sejarah saya mula kerja tahun 2003 dulu. Saya masuk penerbitan, buat buku (memang bidang yang saya sangat suka!) 5 tahun di situ, alhamdulillah ada rezeki naik gred. Tapi, kena tukar bahagian. Saya menjadi pegawai khas kepada Yang Dipertua. Huhuhu…yang ni sampai hari ni saya musykil kepada saya dipilih untuk jawatan tu sebab kebolehan PR saya amatlah rendah. Cuma memandangkan YDP hanya nakkan seorang pegawai khas yang mempunyai skill penulisan, duduklah saya kat situ selama setahun.

Setahun? Satu tempoh yang membuatkan prestasi saya merudum. Sungguh! Kecewa sesangat tapi saya kuatkan jugak hati. Pastu saya dapat offer untuk join team majalah as editor. Time ni memang saya happy! Bersyukur sangat2. Tapi, tak lama dalam lebih kurang setengah tahun saya ditempatkan di bahagian baru yang sekarang ni. Boleh terima tak? Bolehlah…separuh hati!  Honestly, memang saya tak pernah buat keja penyelidikan. Cuma keja dokumentasi pernah la masa duduk kat penerbitan buku dulu. Dulu, saya mendengar arahan. Sekarang saya kena lead unit tu. Boleh ke? Di samping tu, keja majalah kena buat jugak. Camne tu ek?

Tak apalah, saya ambil benda ni secara positif. Saya boleh blaja banyak perkara baru kan? Chaiyok!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s