Kalaulah Saya Buat 10 Perkara Ni…

Apakah? Mengapakah? Saya memilih tajuk ni? Hehehe…saya selalu renung diri saya ni, kadang-kadang saya banyak sangat benda nak buat dan benda yang saya nak. Untuk setakat ni, apakah 10 perkara yang saya nak buat dan nak beli??

1) Rasa nak sambung blaja. Tengok opismate2 yang dah register untuk sambung blaja buat semangat saya menggunung tinggi. Tapi, sebab saya tak fikirkan benda ni secara serius, saya tak pikir pun course apa yang saya nak amik. Lagipun, tak lama lagi nak pindah rumah. Banyak nak pakai duit tu. Saya ingat kalau saya dah pindah area Bangi nanti, bolehlah saya mulakan hasrat tu.  Cuba risik-risik course kat UKM. (tetiba lak rasa rindu kat UKM, tempat mencari ilmu dulu). Tupun kalau saya tak mengandung lagi kot.

2) Rasa nak start grooming diri. Pakai complete make up ke opis seperti pakai eye shadow, mascara, foundation etc. Rasa nak tonjolkan imej wanita berkerjaya yang menjaga penampilan. Waaahhh..bolehkah begitu?? Bab pakai make up ni saya gagah la…tapi malasnya nak menyental muka bila nak sembahyang. Pastu nak ke saya touch up balik. Let see, saya sembahyang Zohor pukul 2. 2,3 jam pastu dah nak balik. Lecehnya…

3) Nak beli baju dan tudung yang up to date. Yang ikut trend skang. Tapi, masih menjaga aurat. Saya kan dah jadi isteri orang. Kenalah jaga imej suami, kan? Saya tengok orang lain pakai cantik je, kemas je. Tapi bila saya pakai, macam something wrong je. Kenapakah begitu?

4) Nak beli novel-novel Sasterawan Negara dan penulis-penulis yang memang dah dimaklumi kualiti karyanya. Yang terlintas kat fikiran saya sekarang…novel Imam, Seorang Tua di Kaki Gunung, Dari Salina ke Langit Petang.

5) Nak blaja Bahasa Arab secara intensif. Blaja untuk komunikasi. Dulu, saya ni nama je pernah blaja Bahasa Arab tapi dah berkarat sangat. Ada la yang masih melekat tapi kalau ada orang tanya maksud sesuatu makna, ilmu saya dah tentunya duduk dalam buku atau kamus. Harunya saya ni…

6) Nak blaja tajwid al-Quran dengan sempurna dan kalau boleh tarannum skali. Skang ni mengaji entah ikut lagu apa tak tau la. Aritu saya ngaji depan anak sedara, tu pun 2 baris ayat je dengan lagu2nya skali la. Skali tanya diaorang sedap tak sore mak ngah? Dia orang jawab pe? Ntah…tak tau. Ketawa besar saya. Nampak sangat tak sedap.

7) Nak kemas rumah. Memang tak sedap mata memandang tapi penyakit malas sedang melanda. Cuma kemas sikit2 jek. Kalau nak ikut tahap kepuasan, memang tak puas hati kemas sikit2 macam tu. Bestnya, korek sampah sana sini, alih sana alih sini sikit. Nak refresh ruang. Maknanya…kena tunggu hujung minggu baru kemas dan mop lantai.

8)Ada rasa macam nak makan waffle atas tu curah ngan coklat, ada gak rasa nak makan pisang goreng Bukit Aman, lagi…rasa nak makan kuetiaw kat Mali’s Corner, Danau Kota. Tapi, yang paling kepingin waffle yang dicurah coklat di atasnya. Aduh…sedap bangat.

9) Nak lipat kain yang bertimbun tapi….huhuhuhu MALASSS.

10) Nak beli cermin mata baru yang designnya padan dengan muka saya yang bulat ni dan nampak saya muda dan cute gitu. Bolehkah?? Hahaha…sendiri jawab la.

Jadi…kesimpulannya apakah yang menyebabkan keinginan saya ni tak dapat dilunaskan? Saya tau….kekangan kewangan, masalah yang datang dari diri sendiri iaitu malas dan takde keinginan yang tinggi untuk mencapainya. Jadi??? Sendiri kena fikir la..

ilhamfatihah’10

One thought on “Kalaulah Saya Buat 10 Perkara Ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s