Imam Muda 2010

Saya setuju! Program Imam Muda ni mencipta satu kelainan dalam program tv yang ada di Malaysia selepas Rancangan Adik-adikku (TV1). Masa promo, saya dah teruja nak tengok. Aduh…dalam keriuhan kita mencanang penyakit sosial yang berlaku di kalangan remaja kita, masih ada lagi rupanya sekumpulan remaja/belia yang masih kukuh dengan pegangan Islam.

Saya senang melihat wajah mereka, suci dan bersih. Tapi senang saya bukan sampai tahap memuja. Saya rasa bahagia menonton program ni. Jujurnya, saya akan menangis setiap kali melihat promo atau apa saja yang berkaitan dengan Imam Muda ni. Entahlah, perasaan tu sangat halus dan susah nak diterjemahkan.

Hehehe…kenapa saya rasa ayat saya sangat jiwang ni? IM dah masuk minggu keempat. Sebelum ni saya tak pernah dapat tengok betul-betul masa hari Jumaat. Ada saja program lain. Malam ni, saya betul-betul tengok dan saya yang mudah menangis ni, menangis lagi bila melihat muka-muka diaorang dan saat perpisahan Abe Syara dengan kawan-kawan yang lain. Aduuhh…sambil dalam hati berkata, saya terlalu ingin melahirkan zuriat seperi diaorang.

Saya doakan diaorang akan membawa bah perubahan  kepada masyarakat selepas ni. Dan..siapa Imam Muda pilihan saya? Saya suka dengan Hizbur, (yang sentiasa tenang dan nampak berkaliber),  Taufek (yang terserlah ketokohannya)  dan Nuri (yang walaupun kurang dari latihan teorinya tetapi sangat terserlah semasa latihan praktikal).

Semoga berjaya buat semua Imam Muda!!

Hizbur: berdiri paling kanan. Taufek: duduk kedua dari kiri. Nuri: duduk paling kiri

One thought on “Imam Muda 2010

  1. islam says:

    program yang amat bagus sekali…menggalakkan kebaikan…ini perlu di teruskan berbanding rancangan realiti seperti af dan seangkatan dengannya…kerana rncangn sbegitu menggalakan perkara yg lagha…boleh membawa bnyk dosa…program imam muda memberi pedoman kpd remaja sekarang yg smakin hilang arah tuju dan peribadi sbagai islam amnya…harap diteruskan sampai bila2…(x perlu undi pown sbb ini imam muda melahirkan pemimpin yg bijak dan berkualiti)..penuh dgn ilmu pengetahuan…perlu org yg bijak dan berpengetahuan tinggi menilainya…bukan untuk suka2 buat program ini sperti af dan mentor yg hanya mengejar dunia yg sementara semata-mata…insyaAllah imam muda berjaya dunia akhirat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s