Sikit Pasal Lagenda Budak Setan

Minggu lepas, saya dan my adeng sebulat suara nak tengok cita nih. (Yang sebenarnya my adeng yang teruja nak tengok, saya biasa2 je. Mungkin takde pelakon yang saya suka). Ok dan buat pertama kalinya kitaorang nak tengok kat TGV, Wangsa Walk Mall yang baru je dibukak tu. Memandangkan skang ni cuti sekolah, huhuhu memang tiket hangat di pasaran. Kami nak pergi tengok hari Ahad malam tapi sold out.

Dan…esoknya, balik keja saya dengan gigihnya pergi singgah WWM dan beli tiket awal. Siap budak tu tanya pukul 7 ke? Eh, tak2 pukul 9.20 ye? Gipun, takkanlah nak tengok pukul 7? Tak sembahyang ke? Walaupun saya tengok ramai je orang Melayu berpusu-pusu masuk panggung pukul 7 tu. Takpelah, masing2 uzur dan musafir agaknya.

Ulasan saya? Saya memang pernah baca novel LBS ni tapi ingat2 lupa. Memang tak dinafikan novel tu hot zaman saya saya remaja dulu. Adaptasi ke filem? Not bad dan tidak hancur pun walaupun kisah Kasyah tu sangat la panjang. Saya boleh nangis dan boleh ketawa kira ok la kan? Walaupun, saya tak feel sangat dengan lakonan Farid Kamil. Ntah la…macam tak cukup emosi.

Lisa Surihani sebagai Ayu? Agak bagus…memang dia makin bagus. Saya mula impressed dengan lakonan dia dalam drama Adamaya sebagai ibu. Walaupun dia muda, sifat keibuannya sangat terserlah.

Pengganti watak Ayu tu tak best! Tak tau sape dia tu. Rasanya feel yang dah ok tadi rosak apabila masuk watak Ayu yang dah buat plastic surgery nih. Huhuhu… Watak mak? Selalunya Sheila Mambo ni lakonannya mantap tapi saya tak berapa nak berkenan dengan lakonan dia. Macam kurang and something missing.

Fazura? Ok…berlangsung dengan baik dan kesian  dengan dia yang terpaksa pendam perasaan. Lakonannya menjadik lah!

Lakonan paling best goes to Que Haidar. Saya tabik la dengan dia nih. Apa-apa saja watak mesti dia buat sungguh2. Cuma sebab filem, setiap watak tak berkembang baik.

Ada la beberapa kekurangan yang saya perasan dalam filem ni. Yang paling saya ingat, Kasyah kerja dengan Ayu (Emilia) tapi bila dia dah sibuk jaga Ayu bila Ayu dah hilang ingatan tu, mak Ayu tanya macamana dengan kerja Kasyah? Pastu dia jawab…company yang dia keja tu dah bungkus.

Ulasan di atas adalah pandangan peribadi saya. Ada orang suka, suka. Terpulang pada citarasa masing2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s