Hidup Untuk Apa?

Tiba2 nak bercerita pasal ni. Kenapa? Adakah saya sudah cukup memuhasabah diri? Kalau ikutkan memang patut kita post mortem diri kita setiap hari..sebelum tidur tapi yang tu memang saya tak amalkan. Bila2 masa saya tersedar, saya post mortem diri sendiri dan selalunya benda ni berlaku kadang2. Ikhlas saya mengaku…walaupun sebenarnya saya ni bukan la jenis yang mudah mengaku kesilapan sendiri ) kadang2 ya?

Hidup untuk apa? Saya selalu renung2 kan kehidupan manusia kat di dunia. Adakah orang yang kaya /mewah akan berada dalam rasa bahagia setiap masa? Dan adakah orang yang hidup sederhana dan susah akan hidup dalam kesukaran sepanjang waktu? Hidup….tidak begitu kan? Tidak termaktub begitu. Luarannya kita nampak orang kaya bahagia kerana mereka boleh dapatkan apa sahaja yang mereka mahukan. Dan kita nampak orang susah tu sangat perit hidupnya kerana terpaksa mencongak keperluan untuk meneruskan kehidupan.

Macam2 yang berlaku dalam kehidupan ni kan? Sangat banyak dan saya rasa kehidupan yang Allah bagi kepada kita adalah sangat simbolik! Betapa besarnya kuasa Allah memberi kita peluang untuk hidup di muka bumiNya. Kenapa dia yang terpilih? Hanya Dia yang Tahu. Subhanallah.

Sekali lagi, hidup untuk apa?

1-     Untuk melaksanakan segala kebaikan yang telah Allah gariskan untuk kita bawa ke dalam kehidupan hakiki kita di sana nanti. Alam abadi yang hingga sekarang saya fikir..macamana keadaan kita di sana nanti? Suatu kehidupan yang tiada siapa dapat lari darinya.

2-     Untuk rasa bahagia dengan segala yang Allah berikan sehingga hari ini. Apa sahaja ganjaran, hadiah, dugaan, penderitaan, gembira semuanya aturan daripada Allah.

3-     Untuk rasa bersyukur kerana kita terpilih untuk menjadi pemimpin; pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, komuniti, organisasi, masyarakat, bangsa dan negara.

4-     Untuk menikmati hidup ini berlandaskan syariat Islam. Buat segala kebaikan dan belajar untuk mengurangkan kesilapan dan seterusnya sifar dosa dan kesalahan. Bolehkah saya lakukannya?

5-     Untuk menyayangi dan mencintai semua insan yang berada di sekeliling kita ; suami, isteri, anak-anak, ahli keluarga, adik-beradik, saudara-mara, kawan2, sahabat2, jiran2.

Gambar hiasan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s