Hikmah Di Sebalik Kekalahan

Arini…saya rasa terpanggil nak komen pasal Piala Thomas yang baru je berlangsung minggu lepaih. Walaupun… dah seminggu tapi rasanya saya nak share gak apa yang saya rasa ni? Ingat nak antar kat suratkhabar tapi saya takut ni terlupa je. Dah kebetulan ngadap blog ni, saya story kat sini jelah. Kecewa tak Malaysia kalah? Dah kompem2 kecewa sebab saya rakyat Malaysia, ye?

Mula2 saya tak boleh terima betollah kenapa la team Malaysia kalah dengan keadaan yang langsung tak berjuang??? Sakit ati je tengok. Sorak sorai dah gegak gempita tapi team Malaysia langsung tak boleh serap semangat tu. Tapi…setelah saya post morterm sendirik (hehe xde sape bayo no khidmat saya nih) rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kekalahan nih?

1- Bayangkan kalau kita menang mesti kita dah tak nampak yang memang team badminton kita nih takde pelapis. Kalau kita menang kita akan berbangga2 dengan player yang turun naik prestasinya, player yang dah agak berumur (tp kesian kat Wong Chung Han, dia dah la berlatih sendirik tup2 kena wakil negara). Yang saya peliknya rakyat Malaysia ni ramai sangat orang yang pandai main badminton lepas tu macam2 perlawanan ada peringkat sekolah, universiti, jabatan kerajaan, syarikat swasta. Ish, banyak sangat sumber nak cari pelapis. Tapi….tak tau pe yang DEPA (pihak yang sepatutnya buat??)

2- Kalau kita menang takde KBS / BAM nak bukak mata. Baru la ni la dah nak laporan la, nak buat post moterm la. Tapi, takpelah..sebab tu saya kata nasib baik kita kalah. Cuba kita menang aritu, sampai sebulan pun tak habis bercerita dan memuji.

3- Lin Dan..camne dia main? Fuh! Semua sudut bulu tangkis dia boleh amik. Saya tau dia risau jugak lawan ngan Lee Chong Wei tapi tengok la camne dia hilangkan rasa risau / gabra? Dia pulak boleh psiko kat Lee Chong Wei.

4- Dari dulu dah sebenarnya team Malaysia ni kena diberi pendekatan mengawal suasana – lebih tenang, lebih teratur, lebih taktik, lebih teknik dan bersedia untuk menghadapi lawan yang macamana sekalipun. Semangat juang tu kena tinggi menggunung jangan harapkan nak dapat ganjaran je tapi nak gahkan nama MALAYSIA tu.

5- Tengok apa sindiran Lin Dan bila reporter tanya tak nak rebut gelaran pemain no. 1 dunia? Dia leh jawab…saya tak kejar pun gelaran tu. Biarlah saya jarang muncul kat mana-mana series tapi bila saya muncul dan saya boleh sumbang kemenangan besar pada negara saya. See???

Semangat yang gagal diserap

Mereka memang layak!

Saya tak suka dia tapi dia memang pemain yang bagus

Semua pihak baik pihak BAM / KBS / PEMAIN/ JURULATIH / PEMERHATI SUKAN  juga terlibat dengan kekalahan Malaysia dalam Piala Thomas di bumi Malaysia tahun 2010. Apapun, saya rasa semua rakyat Malaysia berharap ada pembaharuan yang sangat positif dalam team Piala Thomas kita 2 tahun akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s