Akademi Fantasia 8?

Ish ish tak penah2 saya story pasal AF8 nih. Satu rekod baru nih. Ye la tu…Tahun ni nape ntah teruja lain macam hehehe… Saya sedar banyak benda ‘tak betul’ dalam AF ni terutama yang menyentuh tentang aurat dan batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Kenapa, ya? Saya macam dah tak nampak semua tu. Adakah pemikiran saya sudah terpesong? Huhuhu…tidak!!!

Untuk arini biar saya story nape saya layan AF? Saya start tengok AF musim ke-3 tapi sorry..saya tak minat Mawi. Sayapun tak ingat saya suka siapa masa tu. Tengok pun sebab housemate dok melayan. Saya pon tumpang le sekaki dah tu channelnya kalau time ari Sabtu malam. Musim 4, saya suka Farhan. Musim 5, saya pilih Heliza walaupun dia tak juara. Musim 6, of course Stacy. Musim 7, saya sukaaa Hafiz. Dan untuk musim ke-8 ni, saya sangat sukaa dengan Adira.

Siti Adira Suhaimi

Kalau ikutkan, memang saya tak nak layan langsung AF ni. Memang tak mendatangkan kebaikan pon pada saya tapi…dah takde pe nak  ditonton rasanya.  Yelah…kat rumah saya takde komitmen yang besar selain untuk my adeng n keja-keja rumah yang boleh pilih sama ada nak buat ataupun tak. Menulis pon dah lama saya tinggalkan. Memang dah bersawang…

Masa konsert pengenalan dulu, huhuhu saya tarik muka bila my adeng dok melayan AF. Memang kalau boleh nak boikot tapi entah macamana bila dok sorang2 (time my adeng keja) saya start melayan. Betol la…kita tak boleh terlalu benci dengan sesuatu nanti kita akan suka jugak. Dan lagi satu, sesebuah program tu kalau dah kita dah start melayan kompem melekat. Tak boleh miss la. Sama macam kita tengok drama Nur Kasih n Adamaya tu.

Saya start minat Adira time dia nyanyi lagu Bertamu di Kalbu (Jaclyn Victor) tu. Suara dia sangat power dan lately saya juga suka sama Shahir. Budak ensem yang nampak kelakar dan pemalu tuh. Sebelum ni tak perasan pon kewujudan budak ni. Pas dia nyanyi lagu Anggapanmu baru la saya nampak dia. Tapi, saya tetap sokong Cik Siti Adira.Persembahan paling superb… masa dia nyanyi lagu Sri Mersing.

Ahmad Shahir Zawawi

Walau apapun, setakat ni walaupun…saya dok melayan AF ni saya tak pernah sms untuk diaorang. Yang tu saya rasa memang tak berbaloi nak spentkan duit semata-mata!! Tak kuasa akak…Biarlah saya tengok aje dengan rasa biasa-biasa dan tak menjadi seorang yang fanatik. Tapi….satu semangat yang saya boleh kutip dari AF ni yelah semangat kesungguhan mereka. Walaupun duduk dalam tekanan nak menyempurnakan tugasan dalam masa yang singkat diaorang tetap perform kan walaupun tak sempurna tapi diaorang tetap berjaya menangani tekanan pada mata saya. Semangat tu memang saya boleh adapt dalam life saya.

Tak salah menonton.. Dunia dikelek akhirat dijunjung.

sue@ilhamfatihah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s