Rabu Yang Semalam

Status ketika menulis blog:

Baru balik dari HQ. Sedang letih. Letih memikir sistem pengurusan yang memeningkan dan menjelekkan.

Semalam yang memenatkan :

Semalam, saya bangun lambat. Sebab? Tak cukup tidur sebab dok tunggu my adeng balik keja. Pukul 3 pagi, baru dia menjengul. Bila dia dah balik baru saya rasa boleh tido lena. Keluar rumah pukul 7.30. Jalan jammed. Janji dengan Jijie nak amik nasik kerabu yang dia buat. Amik kat HQ pastu patah balik ke pejabat saya. Sampai opis lebih kurang 8.30. Sarapan nasik kerabu dengan Eton.

Then, duduk jap. Tengok surat-surat jemputan untuk majlis pelancaran majalah ari Jumaat ni. 9.30, bergerak ke Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Nak tengok  kedudukan meja tetamu yang dah ditambah. Takut ntah mana-mana diletaknya. Semua dah ok, gerak ke CIMB Kajang lak. Ofismate nak setelkan urusan pembelian domain portal. Ingat nak ajak kawan-kawan pi minum mana-mana dulu tapi tak sempat sebab saya nak berkejar balik ke Temerloh lak.

Mula-mula nak balik petang tapi adik saya tak nak balik malam. Dia dok Balakong nun. Tapi lastnya, dia gak yang lambat. Kul 12 lebih, gerak dari KL konon nak lawat tok waktu melawat tengahari. Kompem tak sempat, kitaorang balik kampung dulu. Panasnya kat sini. Bahangnya lain macam. Saya memang rasa cepat-cepat nak balik. Kepala pun tengah sakit.

Kul 4 lebih bersiap, nak gerak ke hospital. Kul 5 masuk wad. Dok sana sampai abis waktu melawat kul 7 then saya dan adik saya yang 2 orang tu mintak izin nak balik. Tak terus balik. Singgah bandar Temerloh jap. Pergi bank, makan malam (lambat betul orang tu masak) Sampai saya yang lapar dah hilang rasa laparnya. Sib baik gak ada Piala Thomas. Tengok la juga dalam rasa debar. Kul 8 lebih gerak balik ke KL. Hujan mula turun. Alhamdulillah….

Kecut perut saya, adik saya bawak keta. Banyak kali saya menjerit. Seriau la. Sampai rumah, tengok Piala Thomas yang hampir-hampir nak kalah. Basuh kain dalam mesin basuh. My adeng call, tanya nak stay Grand Season tak. Saya kata, tak la sebab tengah basuh kain. Lagipun dah dekat pukul 11. Tambah dengan penat lagi. dan rasa takut gak la walaupun sebelum ni saya pernah je buat keja camtu. Kuar tengah malam pergi Grand Season.  Dia kata, tak apa. Dah siap-siap basuh kain datang la hotel. Bateri handphone dia dah kong. Nak tak nak saya kena bawak charger huhuhu…

On the spot, kemas beg. Sidai kain. Pukul 11.30 kuar rumah dalam debar yang teramat sangat. Sepanjang perjalanan saya berselawat dan saya rasa lajunya saya bawak keta. Huhuhu…takut la… Pukul 12.10 sampai hotel. Masuk bilik, saya terus terjun atas katil. Tak larat daaaahhh. My adeng still kat bawah dengan sekretariat program department dia. Pukul berapa dia naik saya pon tak sedar.

Kompem takde gambo sebab ….ni diari saya la. Mana ada gambo. Sengaja mau luahkan rasa penat nih!

2 thoughts on “Rabu Yang Semalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s